Tips Berjaya Breastfeeding di bulan Puasa..


Semakin hari semakin ramai ibu-ibu yang berpuasa sambil menyusukan anak walaupun telah di berikan kemudahan untuk ibu mengandung dan ibu menyusukan untuk tidak berpuasa. Sebelum ni saya dah kongsi kan makanan tambahan yang patut di ambil bagi mengekal kan kesihatan sepanjang berpuasa sekaligus mengekalkan penghasilan susu. Kali ni saya share sedikit berkaitan tips penyusuan dan milk booster natural ya agar dapat membantu ibu berjaya breastfeeding di bulan puasa ini.



1. Teruskan penyusuan/jadual mengepam 

Bagi ibu yang tidak berkerja di luar, teruskan menyusukan bayi seperti biasa sama seperti hari-hari sebelum ini. Manakala bagi ibu yang berkerja di luar,jadual mengepam juga kekalkan seperti biasa. Ini penting bagi memastikan penghasilan susu ibu berterusan dan tidak berkurangan. Konsep Supply and Demand ini adalah yang paling utama bagi memastikan ibu berjaya breastfeeding bulan ramadhan.





2. Banyak kan pengambilan air/cecair

Semasa tidak berpuasa iaitu selepas berbuka sehingga la waktu sahur, pertingkatkan sedikit pengambilan cecair dari sebelum ini bagi mengelakkan masalah kurang air dan mengakibatkan susu badan berkurang. Pengambilan cecair bukan bermaksud air sahaja tapi boleh juga memperbanyakkan lauk yang berkuah seperti sup atau pun bubur. 




3. Amalkan Milk Booster/ Makanan tambahan 

Ada ibu yang tidak memerlukan milk booster pada masa biasa tapi di bulan puasa memerlukan sedikit bantuan. Milk booster ada pelbagai mengikut tuan punya diri ada yang bertindak balas dengan Milo, Nestum, Horlicks, Sup Ayam, Sup Betik Muda,Sup Lobak Putih. Ada juga yang mengambil minuman milk booster seperti perlbagai Teh untuk ibu BF, Jus-jus kesihatan seperti jus kurma dan juga minuman malt atau chocolate khas untuk ibu menyusu. Shaklee menyediakan gabungan ESP dan alfalfa yang boleh di amalkan semasa bersahur. Resepi ESP untuk bersahur yang paling di gemari adalah ESP+sususegar+Kurma yang di sejukkan semalam. Oh ya...pastikan anda mengambil Milk Booster ketika bersahur ya.





4. Yakin dan berdoa dan zikir

Ini juga penting. Ibu mesti yakin mampu berpuasa dan BF baby dalam masa yang sama. Fizikal dan mental mesti seiring barulah ibu berjaya breastfeed sepanjang bulan puasa ini. Selain itu ada beberapa doa dan zikir yang boleh di amalkan saya kongsikan dari Blog Ainul Malik yang gojes ..

1) Surah al-kauthar



2) Surah al-Baqarah, ayat 60



3) Surah al-hujurat



4) Zikir ya Matin



Semoga post ini dapat membantu ibu-ibu menyempurnakan ibadah puasa dan menyusukan bayi ibu-ibu sekalian ya.. 



Breastfeeding Di Bulan Ramadahan

Alhamdullillah Ramadhan tiba lagi. Sempena bulan puasa ni saya share sikit berkaitan Breastfeeding. Ramai ibu-ibu yang fully breastfeeding merasakan mereka tidak mampu untuk meneruskan penyusuan ataupun berpuasa. Insyallah saya harap artikel ini dapat membantu.

Breastfeeding bukan lagi satu perkara yang asing pasa masa sekarang. Secara alami,setiap ibu mampu menyusui anaknya. Susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mempunyai daya tahan yabg diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya dari serangan dan jangkitan yang biasa dihidapi oleh bayi baru lahir. 


Selain bayi,ibu juga mendapat manfaat kesihatan dari penyusuan tersebut. Sesetengah jenis kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang breastfeed bayinya. Breastfeeding secara eksklusif disarankan untuk diberi sehingga 6 bulan dan selepas itu di teruskan sehingga 2 tahun dengan makanan tambahan. Diet seimbang amat penting kepada para ibu yang breastfeeding bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan si ibu.

Bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya nutrien berikut di sarankan untuk yang menyusui bayinya


1. Multivitamin

menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu. Kadar vitamin yang cukup membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan secara menyeluruh.

2.Protein

Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Bayi amat memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein amat penting untuk pengeluaran susu ibu.

3.Vitamin C

Khasiat Vitamin C tidak terhad untuk kebaikan kepada si ibu. Dengan menyusui bayi secara eksklusif dapat memastikan bayi mendapat vitamin c yang cukup bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit,gusi dan gigi yang sihat.

4. Vitamin B Complex

Vitamin B Complex merupakan vitamin yang di perlukan oleh ibu dan bayi setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisme yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon,pembentukan sel-sel darah merah,penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. 

5. Kalsium


40 peratus dari susu ibu adalah kalsium. Kalsium di perlukan untuk membina tulang yang sihat dna pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusukan bayi di sarankan megambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

6.Asid lemak Omega 3

Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega 3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia telah di buktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula,tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) atau autisme.

7. Alfalfa

Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk petumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga di gunakan secara tradisional untuk meningkat pengeluaran bekalan susu ibu.


Kesemua makanan tambahan ini dapat membantu ibu menjalani ibadah puasa dengan lebih baik dan insyallah dapat menyusukan bayi tanpa mengalami masalah kekurangan susu badan dengan syarat ibu mengekalkan konsep Supply And Demand. 


MITOS VS FAKTA MENGENAI PENYUSUAN SUSU IBU

Bacaan semangat buat ibu menyusu...pelbagai perkara yang seringkali dimomokkan kepada ibu tentang penyusuan..Mari semua..bersihkan minda dari mitos ini..

Mitos 1 : Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur
Fakta : Payudara ibu mmg akan bertambah saiz sepanjang 9 bulan kehamilan kerana pembentukan kalenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susuapabila bayi lahir kelak. Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas lahir, saiz payudara ibu akan menurun dgn cepat dan drastik manakala bagi ibu yang menyusukan, saiz payudara akan menurun secara perlahan-lahan.

Mitos 2 : Bayi asyik "melekat" dengan ibu
Fakta : Ibu adalah orang pertama yang bayi kenal. Apabila menyusukan secara eksklusif 10-12 kali sehari, mmg tidak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya. Tetapi jangka masa "melekat" dgn ibu sebenarnya amatlah singkat, mungkin 6 bulan, 2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3/5 tahun. Bandingkan jangka hayatnya sehingga 70 tahun. 5 tahun daripada 70 tahun amatlah singkat! Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh menyusu dengan ibunya.

Mitos 3 : Susu ibu tidak sesedap susu formula
Fakta : Sedap bukan ukuran kualiti makanan berkhasiat. Banyak makanan "sedap" mengundang masalah kesihatan ! Susu ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8g berbanding 4.8g dalam susu formula. Tetapi gula di dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung dalam susu formula. Oleh itu, bayi mendapat nutrien mudah daripada susu ibu.

Mitos 4 : Susu formula mengandungi pelbagai nutrien
Fakta : Terpengaruh dengan iklan susu formula di media yang mewar-warkan "khasiat dan nutrien" yang terkandung di dalam susu formula, hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis ! Malah susu ibu mengandungi antibodi, enzim & protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana susu formula di dunia !

Mitos 5 : Payudara kecil, susu kurang
Fakta : Semua ibu secara semulajadinya boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kalenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar disebabkan kapasiti lemak yang tinggi !

Mitos 6 : Kolostrom adalah susu kotor, nanah daripada payudara
Fakta : Kolostrom berwarna kekuningan dan agak pekat, tidak menyerupai susu matang yang cair. Kolostrom hanya hadir pada 3/4 hari pertama hayat seorang bayi & hanya sekali itu sahaja dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang ! Kolostrom mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrom adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrom susu ibu. Kolostrom yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.

Mitos 7 : Ibu menyusu tidak boleh minum/makan makanan sejuk, ibu menyusu perlu waspada pengambilan makanan
Fakta : Ibu menyusu (mallah semua orang sebenarnya) perlu menjaga pemakanan & mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. Makan secara sederhana & mengikut keperluan badan. Bagi ibu menyusu yang gemarkan minuman berkafein (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan & dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam kemudian. Oleh itu, kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat-ubatan tertentu.

Mitos 8 : Susu ibu terlalu cair (banyak air)
Fakta : Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu pekat lemak berkrim di lapisan atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga & akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir (hindmilk) yang pekat yang akan menyenyangkan !

Mitos 9 : Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi
Fakta : Puting payudara ibu bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi ! Bintil-bintil kecil disekeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa 2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol dan sebagainya.

Mitos 10 : Penyusuan susu ibu mengambil nutrien daripada ibu. Ibu perlu makan lebih !
Fakta : Nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu. Oleh itu, ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya) perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awasi jika terdapat tanda-tanda alahan kepada bayi, maka ibu harus berwaspada dengan pengambilan makanannya. Risiko osteoporosis di kalangan ibu menyusu lebih rendah berbanding wanita yang tidak menyusukan bayi mereka !

Sumber Artikel:
Momchoice.com.my

Istiharkan Perang pada Kolestrol Tinggi Dengan PHYTOCOL-ST Shaklee

Satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi.*
Paras kolesterol darah yang tinggi boleh dialami oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira usia. Ia adalah masalah serius yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung iaitu pembunuh nombor satu di Malaysia. Hakikatnya, semakin tinggi paras kolesterol anda, semakin tinggilah risiko yang anda hadapi.

Terdapat 2 jenis kolesterol dalam darahanda:



·      Lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) boleh membentuk plak dan menyumbat arteri,seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.  Lazimnya ia dikenali sebagai ‘kolesteroltidak baik’.

·      Lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol ‘baik’ dapat menyingkirkan kolesterol tidak baik dengan membawanya ke hati untuk disingkirkan.

Oleh yang demikian, bagi melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, anda hendaklah mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah.

Walaupun paraskolesterol darah anda tinggi, terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mengurangkannya demi melindungi kesihatan anda.

#  Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepudan tinggi serat larut air.
#  Lakukan aktiviti fizikal dengan kerap.
#  Kurangkan berat badan berlebihan.




PHYTOCOL-STTM Shaklee ialah formula proprietari berasaskanbahan-bahan yang terbukti secara klinikal berkesan untuk menyekat penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL.




Keistimewaan Shaklee:

√ Rumusan beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.
√ Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
√ Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol LDL dalam lebih 80 kajian.
√ Membekalkan 100% nilai harian fitosterol sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH). * *
√ Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.

Mau tau dengan lebih lanjut ?hubungi saya