Dalam kecoh-kecoh musim boikot ni,kita redakan sikit dengan kisah perkenalan saya dengan Shaklee. Bagaimana Shaklee membuat saya terpaksa join jadi ahli. Saya berkenalan dengan Shaklee dalam tahun 2011-2012 rasanya, mak saya yang beli dari makcik saya Ostematrix. Lepas tu mak mula promote suruh saya start ambil vitamin untuk jaga kesihatan sebab saya ada sejarah hypertension dan diabetes. Saya ni jenis makan tak kontrol tapi di sebabkan tidak percaya dengan suplemen ni malas ambil pot la org bilang..
Tahun 2012 saya pregnant dengan anak ke2 saya Jasmine,sama seperti kehamilan sebelum ni saya ada hypertension dan diabetes. Sampai ke minggu 28 kehamilan,hypertension tak terkawal saya di tahan di hospital dan di jangka akan tinggal sampai la full term. Sekali lagi saya di sogok dengan Shaklee oleh makcik saya,dia bancuhkan ESP suruh minum,ego punya pasal saya tak minum pun.
2 Oktober 2012 saya terpaksa di buat pembedahan keluarkan baby sebab baby da tak membesar akibat hypertension. Waktu tu saya baru 32minggu dan berat baby di jangka baru mencecah 1.15kg dan kami di terangkan dengan pelbagai risiko melahirkan bayi premature ni. Alhamdulillah bila da selesai baby beratnya 1.29kg lebih dr yg di jangka tapi nya tetap kena masuk NICU sehingga sihat dan beratnya 1.8kg. Bermula la kisah saya menjaga bayi premature( pra matang)
![]() |
My Jasmine on her 1st day of life. 1.29 kg |
Sedih hati balik rumah tanpa baby,badan tak kuat,makan ubat hospital lagi. Hari pertama balik rumah mmg saya tak larat bergerak pening pucat dan lain-lain. Hati kuat nak duduk di hospital sepanjang hari dengan baby tapi saya takut pitam. Nak kuatkan badan orang kata ambil jamu tapi masalahnya saya tak di benarkan ambil Jamu2 sebab saya masih on ubat hypertension dan diabetes. Google2 akhirnya saya jumpa Shaklee Set Pantang, itu je la pilihan saya ada untuk kuatkan badan secepat mungkin nak pegi melawat baby di hospital. Akhirnya saya mengalah dan order Set Pantang Shaklee ( Vitalea,bcomplex,zinc dan Vita C) dari Master Aya Chalo yang waktu tu baru sangat join Shaklee. Senang order dari dia sebab kami seofis so mitak dia kirimkan dengan husband je.
2 hari saya makan Set Pantang Shaklee ikut panduan Master Aya Chalo bagi supaya boleh ambil sekali dengan ubat2 hospital. Pagi hari ke 3 saya mandi siap dan tengokla cermin saya terkejut sendiri tengok muka dah seri semula ( bukan nak kata cantik tapi dah tak pucat lesi ). Lepas tu saya boleh bergerak bangun dari katil/sofa tanpa rasa pening dan dapat rasa tenang sikit. Punya senang hati dapat rasa perbezaan , saya bersyukur sangat2 dan saya mula atur plan nak melawat baby sebab da berapa hari tak jumpa. Jumpa pun tengok dari luar inkubator je masuk tangan pegang2 sikit.
Bermula dari hari ke 7 selepas bersalin , 8 Oktober 2012 (birthday saya) saya dah start ulang alik dari hospital dengan rumah.Bukan dekat ye ambil masa 40 minit jugak nak driving sbb husband kena bawak slow2 luka csec masih rasa walaupun on pain killer. 8 Oktober 2012 tu jugakla hari pertama saya dukung anak saya untuk kanggaroo care. Rasa seronok campur sedih sebab kesian anak,mak dia yang tak jaga kesihatan anak kena duk hospital. sedih tengok macam-macam wayar dan tiub dicucuk kat baby, dah la kecik je waktu beratnya da turun sampai 1.08kg je.
![]() |
8 Oktober 2012 1st time Umi dukung Jasmine (1.1kg) |
Waktu tu saya nekad untuk breastfeeding anak saya Hospital Likas memang galakkan sangat2 susu badan terutama bayi premature ni .Oleh kerana anak yang 1st saya tak berjaya full BF,bersalin awal gak 35mggu saya jadi risau dengan yang no2 ni. Susu takde diantara sebab2nya saya makan ubat hypertension yang mmg ganggu produksi susu,saya ada masalah hypotiroid (da buang tiroid) so hormon kena betul dos kalau nak berjaya BF dan teknik penyusuan saya tak betul sebab end up dengan puting luka.
![]() |
1st day at home. 44days old |
Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.
Itulah cerita pahit manis dengan saya dengan Shaklee dan akhirnya bila saya dah start keja sesi pumping masih di teruskan, saya ambil keputusan untuk jadi ahli. Master Aya tak promote pun jadi ahli tapi sebab saya dah yakin,mak saya pun dah lama yakin saya je yang degil hehe so ambil keputusan jadi ahli untuk beli sendiri dan untuk bantu ibu-ibu yang punya masalah BF seperti saya.
Ibu-ibu proBF selalu kata kita tak perlu supplemen untuk dapat menghasilkan BM yang banyak. Tapi diorg takde masalah,di kurniakan kemudahan menyusukan anak,susu melimpah ruah tak yah ambil milk booster bagai,diorg tak rasa struggle ibu-ibu yang tak mampu walaupun dah apply konsep supply dan demand,power pumping dll tu. Bagi saya, konsep penyusuan itu amat penting tapi tak semua orang boleh berjaya tanpa bantuan Milk Booster. Kita kena faham masalah orang lain sebelum kita menjatuhkan hukuman pada orang itu, setuju tak??
![]() |
My Small Family |
Nice entry... Dah besar ur princess Yasmeen kan. Hehe
BalasPadam