Memaparkan catatan dengan label Ekzema. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ekzema. Papar semua catatan

Ekzema Bayi: Punca Dan Tips kawalan

Sejak saya ada anak, dan anak ada potensi ekzema, di sana-sini saya terdengar cerita tentang anak-anak kecil yang mempunyai masalah ekzema yang teruk. Mempunyai anak yang bermasalah ekzema memang merisaukan lebih-lebih lagi kalau bayi yang berusia di bawah 6 bulan. Ramai yang memilih untuk mengambil ubat berasaskan steroid bagi melegakan kulit yang gatal. Sebenarnya terdapat beberapa alternatif bagi merawat ekzema tanpa streoid yang boleh di cuba. Tapi sebelum tu kita lihat dulu apa itu ekzema.
Apakah eczema?
Eczema adalah keadaan kulit yang kering serta mengalami kegatalan secara kronik. Eczema biasanya bermula dalam masa lima tahun pertama dalam kehidupan seorang bayi, paling kerap dalam masa enam bulan pertama. Ia biasanya berlangsung sehingga ke zaman kanak-kanak dan remaja. Dalam sesetengah kes ia boleh berlarutan sehingga ke dewasa.
baby eczema
Bayi yang mengalami eczema selalunya mempunyai kulit yang kering dan kemerahan terutamanya di bahagian pipi dan celah pelipat lengan dan kaki. Kulit yang mengalami ekzema tidak mampu untuk menghasilkan lembapan secara sendiri dan mengakibatkan kulit menjadi kering. Apabila kulit kering, bayi akan merasa kegatalan pada kulit dan mula menggaru di bahagian kulit tersebut. Apabila kerap digaru, kulitnya boleh terluka dan menjadi pedih serta akan dijangkiti kuman. Ini akan memburukkan lagi keadaan kulitnya yang sedia kering.
Selalunya, ia dikaitkan dengan keturunan,sekiranya salah seorang daripada ibu bapanya /keluarga menghidap masalah ekzema, kemungkinan besar bayi itu juga akan mewarisi eczema tersebut. Apapun. buat masa ini, belum ada kajian yang menjumpai faktor-faktor yang menyebabkan mengapa ada sesetengah bayi cenderung untuk menghidap eczema
Malangnya, tiada penawar untuk eczema. Mujurlah, kebanyakan eczema pada kanak-kanak menjadi kurang serius dengan berlalunya masa. Berita baik ialah ekzema boleh dikawal.

Merawat Ekzema (eczema) Dengan Shaklee

Ekzema atau dermatitis adalah penyakit kulit yang dialami oleh semua peringkat umur. Ekzema berperingkat, ada yang ringan sehingga yang berat. Bagi ekzema ringan, kulit akan menjadi kering, rasa panas dan gatal-gatal. Ekzema yang agak berat pula, kulit menjadi pecah, retak dan juga berdarah. Walaupun nampak teruk, ekzema ini tidak akan berjangkit. Dengan rawatan yang betul, sakit boleh berkurangan. Tapi mesti berjaga-jaga kerana kulit pesakit ekzema agak sensitif dan memerlukan penjagaan yang lebih.

4 Rawatan Ekzema (General)
  • Elakkan dari perkara yang merengsa seperti bahan kimia atau pakaian yang gatal.
  • Gunakan selalu 'emollients' bahan pencuci bukan sabun. Juga krim pelembap yang khas untuk ekzema.
  • Gunakan rawatan anti-radang sama ada berasaskan steroids atau yang semulajadi dan tiada kesan sampingan
  • Penggunaan sarung tangan juga disarankan. Bagi mengelak kulit tercedera apabila digaru kerana gatal.


6 Cara Mencegah Ekzema Lebih Teruk
  • 5 Minutes Rule, sapakan emollient sekitar 5 minit selepas mandi. Masa ini, kulit akan kehilangan lembapan dan menjadi kering
  • Beli atau guna pakaian dan 'bedding' yang berasaskan cotton.
  • Pastikan kuku anak yang ada ekzema kekal pendek.
  • Sarungkan sarung tangan bagi anak yang kecil.
  • Elakkan apa juga yang boleh 'trigger ekzema'. Seperti makanan atau bahan kimia atau bahan sintetik.
  • Bagi punca ekzema yang disebabkan 'dust mites'. Jangan gunakan carpet. Basuh selalu pakaian, bedding dan  'soft toys' untuk elak ekzema menjadi parah.
  • Cari tempat yang sejuk elak kulit menjadi gatal.

Rawatan Ekzema: Dalaman

Ekzema boleh dicegah menjadi lebih teruk dengan pengambilan makanan tambahan yang baik dan semulajadi bagi mengawal kegatalan dan radang. Set Rawatan Ekzema Shaklee, insyaallah membantu mengurangkan ekzema yang teruk.

Set ini terdiri dari Omega Guard, Energizing Soy Protein (ESP) dan GLA. Kebaikan bagi merawat ekzema:




Omega Guard: Bersifat semulajadi anti radang. Juga memulihkan dan mengawal ekzema dari dari dalam. Pengambilan yang konsisten akan elakkan ekzema dari menyerang.

ESP: Kaya dengan protein soya. Menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru dengan cepat. Memulihkan parut dan bekas ekzema.

GLA: Bagus untuk hampir semua sakit kulit. Mengurangkan kegatalan. Melembapkan kulit yang kering disebabkan ekzema.