Memaparkan catatan dengan label Mealshake. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mealshake. Papar semua catatan

Tips Untuk Atasi Muntah Dan Loya Semasa Hamil

Alhamdulillah dua tiga bulan ni, banyak terima berita baik kawan-kawan yang berjaya hamil. Ada yang hamil tanpa di rancang, ada yang memang di nanti-nanti, apa pun semua kehamilan membawa berita gembira di hati ibu-ibu kan..



Kegembiran semasa hamil ada sedikit tergugat dengan kemunculan mabuk hamil atau morning sickness. Morning sickness boleh berlaku pada bila-bila masa seawal minggu ke 6 kehamilan dan biasanya berakhir pada lewat minggu ke 16. Ada juga ibu yang mengalaminya sepanjang trimester kedua kehamilan. 

Punca utama berlakunya morning sickness ni adalah disebabkan oleh kehadiran hormone dalam kuantiti banyak di awal kehamilan terutamanya hormon hCG. Mau atau tidak morning sickness terpaksa di hadapi oleh bakal-bakal ibu.

Saya kongsikan sedikit beberapa tips untuk mengatasi muntah dan loya semasa hamil.

1. Makan biskut/cracker sebaik bangun dari katil untuk membantu menyerap asid perut dan membantu menjaga tahap gula dalam darah supaya tidak terlalu rendah




2. Cuba makan snek setiap 2 jam atau sepanjang hari untuk memastikan perut tidak kosong. Perut yang kosong boleh mencetuskan asid yang menyebabkan rasa loya dan muntah.

3. Makan makanan yang boleh mencegah muntah seperti avocado,protein,keju,susu,yogurt dan asam-asam bagi mengurangkan rasa loya.Untuk ibu yang sedang mengandung, Shaklee produk yang boleh di amal adalah ESP dan Mealshake untuk mencegah muntah.



4 Elakkan makanan yang boleh mencetuskan muntah seperti makanan berminyak,kafein dan makanan yang manis-manis

5. Minum air yang secukupnya bagi menggantikan bendalir yang hilang dan bagi mengelakkan sembelit. Bagi mengurangkan loya boleh tambahkan sepotong lemon dalam air minuman anda.



6.Elakkan makan dalam jumlah banyak dan begitu juga dengan air

7. Jauhkan diri dari bau-bauan yang kurang menyenangkan dan juga dari tempat yang hangat dan penuh sesak. 

8. Ambil vitamin pranatal selepas makan atau sebelum masuk tidur. untuk set pranatal Shaklee amal Vitalea (iron supplement) , Vitamin C dan B Complex.

9. Legakan perut dengan makanan yang berhalia seperti sup dan masak halia. Shaklee menyediakan satu supplement halia yang senang di ambil dengan peppermint iaitu Peppermint Ginger Plus


10. Jumpala doktor anda sekiranya keloyaan anda teruk dan menyebabkan anda tidak bermaya.


Selamat Menikmati Saat Indah Kehamilan Anda !!
 

Kesan Kekurangan Protein Dalam Badan

Ramai yang tidak menyedari kekurangan protein dalam badan boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan. Protein boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi.



Hari ni saya nak share pasal kekurangan protein. Saya terfikir nak search pasal kekurangan protein ni sebab anak saya dulu selalau makan nasi kosong je. So saya risau sebab daging,ikan , sayur dan ayam tu jarang betul dia makan.  Tapi alhamdulillah sekarang sejak amal mealshake dan dipaksa makan ayam, skrang kalau makan memang berlauk la dia.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati. Pengambilan protien membantu menghasilkan sel baru maka sel mati dan sel lama ini dapat disingkirkan.


Semasa anak saya makan nasi kosong tu ja, apa yang nampak kaki dia cepat lebam bila terlanggar apa-apa benda. Lepas tu kuku anak memang tak cantik dia pecah2. Badan tak usah cakap la kan, memang kurus cekeding. Anyway mari kita lihat dulu risiko secara umum kesan kekuarangan protein dalam badan ya
RISIKO KEKURANGAN PROTEIN:(SECARA UMUM)

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)

5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)







Huh banyak kan kesan nyaaa...So pastikan pengambilan protein harian kita mencukupi ya. Oh ya protein bukan datang dari daging,ikan dan ayam ja tau.. Untuk yang vegetarian, mereka mendapat sumber protein dari sayur-sayuran jugak. Paling banyak mereke menggunakan soya sebagai pengganti daging,ayam dan ikan kena kandungan protein dalam soya adalah tinngi. Tapi sayur-sayuran lain banyak protein jugak kita tgk dlm gambar di bawah ni.




Untuk family saya selain protein dari pemakanan harian saya juga tambah Mealshake untuk anak-anak sebab diorg ni makan memilih so untuk memastikan cukup nutrisi harian tambah satu hidangan Mealshake. Dan untuk saya dan husband kami ambil ESP Shaklee sebab husband aktif ke gym perlukan protein jaga otot dan saya memerlukan tenaga berpanjangan setiap hari...



Cara Pengambilan Mealshake Shaklee Untuk Dewasa

Ramai yang bertanya Mealshake ni untuk budak je ke? Sebab semua SID balik iklan kata untuk kanak-kanak je ni.. Mealshake Shaklee adalah minuman tambahan untuk seisi keluarga,so dari kanak-kanak sampaila warga emas boleh ambil. Terutamanya individu yang kurang minat nak ambil pil2 supplement multivitamin seperti Vitalea, Mealshake Shaklee ni la pilihan terbaik untuk mendapat supplement vitamin dan mineral tambahan yang kita tak dapat dari pemakanan seharian kita.

Apa itu Mealshake Shaklee ?

             Shaklee mealshake

Hidangan lengkap dan asid amino yang nutrisinya mudah di serap untuk kegunaan seharian. Di perbuat dari bahan semulajadi dan mengandungi lactalbumin(sejenis susu).

Menyediakan 24 jenis vitamin,mineral dan zat perlu untuk keperluan seharian. Juga mengandungi lecithin soya yang berkerjasama dengan vitamin larut lemak.

Kaya dengan sumber protein yang membantu pembinaan sel kulit,kuku,rambut,organ,darah dan lain-lain.

Mengandungi asid folik,kaya dengan kalsium dan magnesium, vitamin B yang lengkap dengan biotin,zat besi,Vitamin A,C,E,zink dan selenium yang dapat membantu menaikkan seri wajah dan melambatkan proses penuaan dengan anti oksidsn yang tinggi.

Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buagan dari perut dan usus.

Mealshake Shaklee di cadangkan untuk di ambil bersama ESP Shaklee dan Perfomance Drink di waktu sarapan untuk tenaga berkekalan sepanjang hari.  Selain itu, Mealshake Shaklee boleh dicampurkan dengan buah-buahan,minuman kegemaran anda atau hanya di campurkan dengan air kosong.

Hanya 2 sudu untuk satu hidangan pasti melengkapkan keperluan harian anda di samping rasa yang lazat dan menyelerakan...


 Untuk membuat pembelian anda boleh la  hubungi saya ATAU 





Anda MESTI menghubungi saya selepas pembelian untuk mendapat jadual cadangan pengambilan yang lengkap.


                


Tips Cergas Di Bulan Puasa

Sempena bulan ramadhan ni saya share sikit tips-tips kekal cergas di bulan puasa. Sejak mulanya ramadhan ni,ramai yang dulu sentiasa bertenaga dan semangat berkerja tapi masuk je bulan puasa,terus tak berdaya melakukan banyak aktiviti. Sedikit cadangan yang  boleh kita praktikkan bersama di bulan ramadhan supaya cergas dna bertenaga : 

 
1.  Makan makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak semasa bersahur dan berbuka. 

    * Biasanya saya bersahur dengan Energizing Soy Protein (ESP)  dan Mealshake serta Wajib ambil Vitalea dan Vitamin C. Sebelum masuk Imsak minum Shaklee Cinch Tea Secawan. Berbuka jangan cerita la kan memang makan pelbagai tapi pembuka Lecithin dan penutup alfalfa supaya lelemaks tu terkawal

ESP PROTEIN SHAKLEE


2. Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan kadar metabolisma. Waktu yang sesuai untuk melakukan aktiviti fizikal ialah ½ jam sebelum berbuka puasa ataupun selepas makanan yang dimakan hadam.

* Aktiviti Fizikal saya sebelum berbuka mestilah di dapur tapi sempat juga habiskan masa dengan anak-anak    main kejar2 ke main bola ke.. kira jadik la kan... hah yang surau dekat dengan rumah boleh la jalan kaki je takyah bawak keta ke motor... Aktviti fizikal jugak kan.



3. Minum banyak air terutama air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak.

* Hah yang ini memang benda pertama saya capai selepas kurma/buah bila berbuka. Dan sepanjang malam memang confirm sebotol besar abis. Tapi untuk memastikan sebelah siang pun saya kekal terhidrasi saya minum Perfomance Drink. Ini memang bercouple dengan Energizing Soy Protein Shaklee (ESP) dan Mealshake Shaklee dalam set Mighty 3 Gems.

M3G, Mighty 3 Gems


4. Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ianya boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan
* Sekali sekala mesti teringin nak minum. Saya da lama tak ambil minuman berkafein. Sebaiknya kalau nak minum jugak, minum la selepas dua jam kita dah berbuka. Sebab bagi peluang dulu zat-zat tu menyerap baru kita minum kafein. Time sahur tu kalau boleh elakkan la. Kalau nak jugak minum panas hah bancuh Shaklee Cinch Tea tu.. Takpun minum susu panas sedap jugak kan


Cinch Energy Tea MIx
Ini tips kekal cergas di bulan puasa yang dapat saya komgsikan..

Semoga dapat membantu anda yang sudi membaca ya.. Kalau nak BELI set/produk yang saya sebut kat atas tu,hubungi saya SEGERA atau untuk membuat pembelian terus sekarang juga



Dan JANGAN LUPA hubungi saya SEGERA selepas membuat pembelian supaya saya boleh bantu anda mengatur jadual pemakanan nya ya.

Salam Ramadhan Al Mubarak...




Anak Sering Demam Selsema ??

Musim hujan dan panas tidak menentu sekarang ini membimbangkan ibubapa kerana anak-anak murah mendapat demam,batuk dan selsema. Lebih-lebih lagi anak yang sudah bersekolah atau pun anak-anak yang terpaksa di hantar ke nurseri/taska/pengasuh. Ibubapa yang berkerjaya cukup risau kan menghantar anak ke nurseri di musim demam ni? Anak di hantar sihat balik petang mula batuk2 dan bersin. Ini risiko yang kita ibubapa berkerjaya terpaksa terima.

Bagaimana untuk elak anak cepat di jangkiti?

Bagi anak yang sudah faham mudah untuk kita pesan supaya menjauhkan diri dari kawan yang batuk selsema,basuh tangan selepas memegang barang permainan yang di kongsi dan sebagainya. Tapi bagi anak kecil yang masih belum faham apa yang boleh lakukan adalah dengan membantu menguatkan anti bodi atau daya tahan anak terhadap penyakit mudah berjangkit ini.

Dengan Set Anak Sihat Dan Pintar ini insyallah dapat membantu anak anda mempunyai daya tahan yang tinggi .




1. Chewable Vita C Plus
    - Vitamin C yang mempunyai rasa hebat dan boleh di kunyah agar mudah untuk anak kita mengambilnya.

    - Vitamin C amat berguna untuk pertumbuhan kanak-kanak, memperbaiki sel-sel darah merah dan memperkuat pembuluh darah.

   - Vitamin C juga membantu dalam penyembuhan luka,meningkatkan daya tahan badan,mencegah jangkitan dan membantu penyerapan zat besi dari makanan.


2. Mealshake 

- Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
- memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
- Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak
- Meningkatkan selera makan anak
- Menangani masalah sembelit pada kanak-kanak

3. Omega Guard 
-membantu perkembangan otak kanak-kanak
-mengekalkan tahap ketajaman penglihatan kanak-kanak
-membantu system antiradang dalam tubuh kanak-kanak

Set Yang Lengkap dalam membantu anda melindungi anak anda dari jangkitan penyakit ketika di luar jagaan anda.
 
Untuk mendapatkan set anda hubungi saya 



Penawar Sembelit : Perut Sihat,Badan Pun Sihat

Tau kah anda sembelit yang berterusan boleh membawa kepada masalah- masalah berikut :

 >> buasir
 >> dubur merekah dan jangkitan kuman
 >> usus tersumbat
 >> kulit yang tidak sihat ...
 >> menyukarkan proses penurunan berat




SEMBELIT merupakan suatu keadaan pengosongan usus yang jarang berlaku, najis atau tinja (feses) adalah keras dan kecil atau perkumuhan feses menjadi sukar.

Sembelit mungkin mengakibatkan kesakitan dan jika keadaan serius, boleh mengakibatkan tanda-tanda usus yang tersumbat.

‘‘Obstipation merujuk kepada penyakit sembelit yang serius. Sembelit terjadi mungkin disebabkan oleh cara pemakanan, perubahan hormon, kesan sampingan dari ubat dan perubahan struktur badan manusia.

‘‘Sembelit boleh dirawat dengan perubahan cara pemakanan (menambahkan fiber dalam makanan), pengambilan ubat pelawas atau laksatif (julap), enema dan pembedahan,’’ kata Pakar Bedah, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain.

*Tanda-tanda awal
Bagi kes sembelit yang biasa, bahan buangan adalah keras dan sukar untuk dikeluarkan.

Meneran mungkin akan menyebabkan hemoroid (buasir) dan fisur anus (perekahan kulit dubur).

( Sumber : http://dherbjournal.blogspot.com/ )

 Sembelit boleh di rawat dengan pengambilan lebih fiber,air dan kadang memerlukan ubat pelawas.

Kebergantungan kepada ubat pelawas akan memberi kesan masa panjang oleh itu lebih baik menggunakan produk yang semulajadi dan lembut pada usus bagi memastikan tiada masalah yang lebih besar akan timbul kemudian hari

Set Sembelit Shaklee mengandungi pelawas lembut,pelembut najis dan sumber tinggi fiber untuk membantu anda.





Contact Me ya kalau berminat!!


Kebaikan Omega Guard Shaklee untuk kanak-kanak




Omega Guard adalah salah satu daripada suplemen yang disyorkan untuk anak-anak kita.Selalu kan kita dengar bagi anak suplemen minyak ikan?  Anda boleh mula memberikan Omega Guard kepada anak-anak seawal usia mereka setahun.


Apakah kebaikann Omega Guard untuk anak anda? Diantaranya adalah

    *Meningkatkan sistem imun tubuh kanak-kanak (selesema, demam,batuk-batuk berkurangan)

    *Kesihatan sistem kardiovascular (jantung, arteri, salur darah yang sihat)

    *Membantu mengurangkan kesan radang di sebabkan eczema.

    *DHA dan EPA dengan untuk perkembangan minda kanak-kanak.Oleh itu Omega Guard disyorkkan untuk kanak-kanak hyperactive dan autisme
  

** Mau kesan yang lebih baik untuk anak anda? Boleh amalkan bersama Mealshake dan Vitamin C Chewable 100mg juga**






Psstt  : 
bulan ni bulan Promosi Omega Guard 
Beli 6 Percuma 1,
Layak Daftar Ahli Shaklee Percuma
Layak dapat Cash Bonus bulan depan
Ni bukan untung sekali tapi berkali-kali !!!!

Nak ? Hubungi saya 


Cara Nak Gemukkan Badan Dengan Sihat

Ramai yang mengeluh kerana berat badan berlebihan, tetapi tahukah anda ramai juga yang susah hati kerana badan terlalu kurus dan takde cara nak gemukkan badan? Masyarakat melabelkan bahawa orang berbadan besar sebagai "sihat" dan yang terlalu kurus pula dikatakan "sakit". Sedangkan kedua-dua terdapat risiko masing-masing.. Antara keluhan yang biasa kita dengar ialah "dah banyak saya makan tapi kerempeng jugak" atau "tak boleh nak buat apa nak gemukkan badan". Lagi, "famili saya semua kurus kering, saya pun sama".

Berikut adala beberapa maklumat berkaitan kurang berat badan yang di petik dari tanyadietitian.blogspot.com

Apa definisi kurang berat badan?
Individu yang mempunyai berat badan 15-20% kurang bagi ketinggian atau umur (krause,2000). 
Ukuran IJT atau indeks jisim tubuh juga boleh digunapakai untuk penentuan kekurangan berat badan. Yakni, individu yang memiliki IJT kurang dari 18.5 dikategorikan dalam golongan kekurangan berat badan. 

Punca kekurangan berat badan?
Sebahagian faktor adalah di sebabkan masalah fizikal dan sebahagian lagi berpunca dari masalah psikologikall. Berikut antara punca penurunan berat badan:

1) Penyakit
2) Faktor psikologi
3) Ubat-ubatan
4) Senaman berlebihan
5) Kekurangan enzim
6) Faktor genetik


Risiko kekurangan berat badan?
Risiko kekurangan berat badan berkaitan dengan kekurangan pengambilan nutrien, jadi kekurangan ini akan menyebabkan gangguan berdasarkan jenis kekurangan yang dialami. Sebagai contoh, akibat kurang pengambilan makanan tinggi kalsium dan nutrien penting lain, individu akan mengalami kondisi tulang rapuh. Risiko lain pula seperti sistem imuniti yang rendah dan ketidaksuburan. Semua ini sedikit sebanyak akibat dari kekurangan pengambilan kalori dan nutrien bagi menampung keperluan fungsi tubuh.


Cara untuk nak gemukkan badan

1) Tambah kuantiti makanan

2) Tambah waktu makan

3) Makan sedikit tapi kerap.

4) Tambah kalori makanan secara sihat

5) kurangkan pengambilan makanan ringan

6) Teruskan bersenam

7) Supplemen jika perlu

Shaklee menawarkan Set Tambah Berat Badan bagi membantu individu yang mempunyai masalah kurang berat badan ini.


Gemukkan Badan

Set Terdiri dari Mealshake Shaklee, Vitalea  dan juga B Complex .

Bagaimana Set Ini Membantu ?

1. Mealshake Shaklee 
   Mealshake  Shaklee adalah merupakan satu hidangan lengkap    
   seharian. Dengan menambahkan Mealshake Shaklee dalam menu    
   harian menambah kalori hidangan di sampin membekalkan fiber   
   yang mencukupi agar penyerapan vitamin dan mineral dengan 
   lebih baik. 

2. Vitalea 
   Membekalkan vitamin dan mineral penting dalam banda. 
   kekurangan vitamin dan mineral penting menyebabkan sistem 
   badan tidak berfungsi secara optimum. Pengambilan vitamin dan 
   mineral yang cukup sangat membantu dalam memperbaiki sistem 
   metabolisma badan.


3. Bcomplex
   Bcomplex menukarkan makanan kepada tenaga dimana ia membantu 
   penghadaman,menukar lemak,karbohidrat dan protein kepada 
   tenaga. Ia juga membantu meningkatkan selera makan.

Testimonial dari pengguna Set Tambah Berat Badan ini



Anda boleh dapat kan set ini DI SINI atau dengan menghubungi saya



Mealshake Shaklee Untuk Sembelit

Masalah sembelit di kalangan kanak-kanak seringkali berlaku sekarang ni.
 Sampaikan ada ibu yang terpaksa memberikan anak ubat sembelit sepanjang masa untuk memastikan anak ini dapat membuang dengan lebih selesa.
Terdapat pelbagai jenis ubat sembelit untuk kanak-kanak di pasaran sekarang ini.
Walaubagaimanapun penggunaan secara berterusan adalah amat tidak di galakkan.
Ibu biasanya di minta untuk berusaha supaya sembelit anak dapat di pulihkan secara semulajadi sebelum di berikan ubat sembelit untuk kanak-kanak dari Klinik.

Apa tanda anak sembelit? 

Petikan dari penulisan Dr.Zubaidi.com. boleh klik link untuk bacaan lanjut


"Antara tanda-tanda itu ialah bayi atau kanak-kanak menangis dan menunjuk rasa resah atau tidak selesa ketika membuang air besar." "Selain itu,najis mereka kelihatan kering,keras,berbiji-biji seperti biji kacang. Kentut dan najis mungkin berbau lebih busuk"

Apa penyebab berlaku nya sembelit? 

Menurut childhoodconstipation.com penyebab sembelit di antara nya ada lah :


* Menahan diri dr membuang air besar (sibuk main,tandas kotor,tidak biasa)
* Kekurangan fiber dalam diet harian ( sayuran,buahan dll)
* Kurang pengambilan air (kes leka main jugak ni)
*kekurangan exercise ( err Ipad,Ipod,PSP dll)
*Persekitaran

Jadinya, ada ke produk Shaklee yang dapat membantu anak kita ni?

Jawapannya ada iaitu  MEALSHAKE




Kenapa Mealshake? 

Mealshake menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.

Mealshake juga kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.


Ramai ibu yang suda mencuba.. untuk testimoni berkaitan mealshake boleh la ke FB Page saya Kedai Vitamin Tuaran

Untuk maklumat lanjut atau pembelian bolehla menghubungi saya





Persediaan Menghadapi Ramadhan - Set Mighty 3 Gems

Persediaan Menghadapi Ramadhan dengan Set Mighty 3 Gem agar dapat berpuasa dengan lebih bertenaga!

Set Mighty 3 Gem ini sangat sesuai buat buat ibu-ibu menyusu terutama yang mengamalkan tandem nursing, ibu-ibu mengandung, mereka yang aktif dan sesiapa yang ingin memelihara taraf kesihatan sepanjang bulan puasa nanti.

Set Mighty 3 Gem mengandungi ESP (Energizing Soy Protein), Performance Drink dan Mealshake.
Kita kupas satu persatu bagaimana setiap produk dalam set ini dapat membantu anda dalam persediaan menghadapi bulan puasa tahun ini


1. ESP (Energizing Soy Protein)

ESP didatangkan dalam bentuk serbuk yang diperbuat dari 100% non-GMO soy protein yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. Kesan POSITIF dari pengambilan minuman ini ialah:

  • Ia membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan
  • Membantu kita melapik perut dan menahan lapar kerana ia membantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik di dalam perut. Oleh itu, dapat mengelakkan rasa kepedihan perut dan juga pedih ulu hati! Sangat sesuai bagi yang menghidapi gastrik
  • Gabungan kalsium dan protein di dalam ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manja kesayangan anda sepanjang anda berpuasa

2. Meal Shakes

Meal Shakes ini berperisa vanila yang pasti dapat memikat rasa semua! Ia membekalkan 35% atau lebih Nilai Harian bagi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting

  • Sumber yang kaya dengan kalsium, dan serabut membantu anda mengatasi masalah sembelit sempena bulan puasa ini.
  • Memelihara kesihatan melalui kandungan vitamin-vitamin dan mineral penting yang diperlukan badan setiap hari yang selalunya sukar dipenuhi melalui sajian berbuka dan sahur kita
3. Performance Drink

Performance Drink mempunyai rasa oren yang menyegarkan!
Mengapa ia penting buat kita sepanjang bulan puasa ini?
  • Rumusan Ekslusif Opticarb memberi kita KARBOHIDRAT bagi daya ketahanan dan elektrolit bagi penghidratan semula dengan segera
  • Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan
  • Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar
******
Bonus:
Mighty 3 Gem ini juga sesuai untuk diberikan kepada suami dan anak-anak (lebih-lebih lagi yang baru hendak belajar berpuasa pasti letih kan).

Jadi sekiranya anda membeli set ini sebenarnya anda juga memberikan yang terbaik buat keluarga anda!