Memaparkan catatan dengan label Ostematrix. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ostematrix. Papar semua catatan

Petua Hilangkan Migrain

Dalam facebook sekarang, trends update status kalau sakit apa-apa pun, termasuk la saya sendiri pun buat jugak. 
Dari pemerhatian saya, antara sakit  yang paling selalu di update adalah MIGRAINE dan rata-rata yang update tu wanita. Tapi rasanya orang lelaki pun migraine jugak kan ? Menurut statisktik kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka.
Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun begitu, peluang untuk seseorang mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika ahli keluarga terdekatnya juga mengidap migrain.

Macam mana nak beza migrain dengan sakit kepala biasa-biasa ni? 
1. biasanya terjadi pada sebelah kepala sahaja dan biasanya digambarkan sebagai ‘berdenyut’. 
2. merasa loya dan kadang-kadang muntah. 
3. tidak tahan dengan cahaya yang terang atau bunyi yang kuat
4. Pergerakan kepala juga mungkin menyebabkan kesakitan bertambah.
So, selain mengambil panadol,paracetamol dan lain-lain bentuk ubat penahan sakit ada beberapa cara yang boleh di cuba untuk melegakan sakit kepala migrain ni. Cara tanpa ubat ini boleh di lakukan terus di rumah/ ofis sebab cukup simple dan mudah. 

Cara Hilangkan Kejang Kaki Semasa Tidur

Sepanjang mengandung anak yang pertama, jarang tidur malam saya lena sebab mesti terjaga sebab kejang kaki di tengah malam. Sebelum mengandung pernah juga rasa tapi tidak la selalu seperti semasa mengandung. Waktu tu, bila pergi klinik memang tanya cuma jawapan yang di berikan itu perkara biasa semasa mengandung.

Sebenarnya masalah kejang betis d waktu malam semasa mengandung ni boleh di elakkan. Tidak perlu kita menahan sakit sementara kejang tu hilang dan menyebabkan tidur lena terganggu kan.


Kejang betis semasa tidur ni di akibatkan beberapa perkara seperti dehidrasi, kekurangan unsur mineral seperti kalsium,sodium,magenesium dan potassium, kurangnya pengaliran darah akibat kedudukan kaki semasa tidur tidak sesuai.

Untuk ibu mengandung pulak, biasanya akan di rasai pada trimester ke dua apabila rahim makin membesar dan berat bertambah memberi tekanan kepada kaki.  Pertambahan berat menyebabkan kaki letih dan mudah untuk menjadi kejang.  Selain itu,tekanan rahim yang semakin membesar kepada saluran darah juga boleh membawa kepada kejang kaki semasa tidur..

Cara hilangkan kejang kaki semasa tidur untuk wanita hamil

1. Pastikan pengambilan air yang cukup sepanjang hari bagi mengelak dehidrasi
2. Rendamkan kaki dengan air suam sebelum tidur/ meletakkan tuala panas bagi merehatkan otot.
3. Kurang berdiri pada siang hari dan kurangkan menyilang kaki.
4. Lakukan stretching ringan sebelum tidur
5. Ambil makanan yang kaya dengan sumber kalsium, pottasium, magnesium dan sodium. Diantara nya susu,keju,pisang,avocado dan boleh menambahkan suplemen sebagai tambahan kepada makanan harian . Saya mengamalkan pengambilan Ostematrix (kalsium dan magnesium) dan Perfomance Drink (potassim dan sodium).


Semoga ibu-ibu dapat tidur lebih lena lepas ni ya!!!



Vitamin untuk Kawal Simptom Psoriasis

Psoriasis adalah penyakit kulit kronik yang lazim dihidapi. Penyakit itu terjadi disebabkan penghasilan sel kulit yang terlalu pantas hingga menyebabkan sesetengah bahagian kulit menjadi tebal dan bersisik pada permukaan kulit.


Lebih buruk apabila lebihan kulit itu menjadi kering hingga menimbulkan rasa kegatalan dan kemerahan seterusnya menyebabkan rasa sakit, selain menjejaskan tahap keyakinan diri mereka. 
Antara makanan yang boleh diambil untuk mengelakkan simptom penyakit kulit berkenaan daripada terus memudaratkan adalah avokado, bijirin, lobak, ikan, kekacang dan beri biru.  Selain mempunyai zat antioksidan yang baik untuk kulit, kebanyakan makanan itu mempunyai unsur antiradang yang dapat melindungi sel tubuh. 

Menurut laman web Natioanl Psoriasis Foundation terdapat beberapa vitamin dan supllemen yang dapat membantu mengawal simptom psoriasis di antaranya adalah Omega 3 Fatty Acid dan Vitamin D.
Set cadangan bagi penghidap masalah Psoriasis adalah terdiri dari Vitamin E (anti oksidan), Omega Guard ( antiradang) dan ostematrix ( sumber vitamin D)



Untuk membuat pembelian sila hubungi saya untuk maklumat selanjutnya ATAU 



Breastfeeding Di Bulan Ramadahan

Alhamdullillah Ramadhan tiba lagi. Sempena bulan puasa ni saya share sikit berkaitan Breastfeeding. Ramai ibu-ibu yang fully breastfeeding merasakan mereka tidak mampu untuk meneruskan penyusuan ataupun berpuasa. Insyallah saya harap artikel ini dapat membantu.

Breastfeeding bukan lagi satu perkara yang asing pasa masa sekarang. Secara alami,setiap ibu mampu menyusui anaknya. Susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mempunyai daya tahan yabg diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya dari serangan dan jangkitan yang biasa dihidapi oleh bayi baru lahir. 


Selain bayi,ibu juga mendapat manfaat kesihatan dari penyusuan tersebut. Sesetengah jenis kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang breastfeed bayinya. Breastfeeding secara eksklusif disarankan untuk diberi sehingga 6 bulan dan selepas itu di teruskan sehingga 2 tahun dengan makanan tambahan. Diet seimbang amat penting kepada para ibu yang breastfeeding bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan si ibu.

Bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya nutrien berikut di sarankan untuk yang menyusui bayinya


1. Multivitamin

menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu. Kadar vitamin yang cukup membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan secara menyeluruh.

2.Protein

Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Bayi amat memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein amat penting untuk pengeluaran susu ibu.

3.Vitamin C

Khasiat Vitamin C tidak terhad untuk kebaikan kepada si ibu. Dengan menyusui bayi secara eksklusif dapat memastikan bayi mendapat vitamin c yang cukup bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit,gusi dan gigi yang sihat.

4. Vitamin B Complex

Vitamin B Complex merupakan vitamin yang di perlukan oleh ibu dan bayi setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisme yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon,pembentukan sel-sel darah merah,penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. 

5. Kalsium


40 peratus dari susu ibu adalah kalsium. Kalsium di perlukan untuk membina tulang yang sihat dna pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusukan bayi di sarankan megambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

6.Asid lemak Omega 3

Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega 3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia telah di buktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula,tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) atau autisme.

7. Alfalfa

Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk petumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga di gunakan secara tradisional untuk meningkat pengeluaran bekalan susu ibu.


Kesemua makanan tambahan ini dapat membantu ibu menjalani ibadah puasa dengan lebih baik dan insyallah dapat menyusukan bayi tanpa mengalami masalah kekurangan susu badan dengan syarat ibu mengekalkan konsep Supply And Demand. 


Keperluan Kalsium Harian Anda


Kalsium adalah sejenis mineral yang penting untuk kita. Ia membentuk mineral yang terbanyak berbanding mineral-mineral lain. Ia sangat penting kepada kanak-kanak dan remaja dalam pembentukan tulang dan gigi yang baik. 99% kalcium di dalam badan adalah dalam bentuk tulang dan gigi. Bagi mereka yang sudah menopause (putus haid) pula, kalsium juga sangat penting untuk mengekalkan struktur tulang mereka.

Kekurangan kalsium akan menyebabkan keadaan yang dipanggil rickets pada kanak-kanak dan osteomalacia di kalangan orang dewasa.

Selain daripada itu, kalsium juga adalah penting untuk fungsi-fungsi yang lain seperti :
  • fungsi saraf yang baik (rasa gelisah, rasa sesemut atau kebas)
  • fungsi otot yang baik (kekejangan) seperti merawat kekejangan waktu malam
  • proses pembekuan darah
  • kajian terkini mendapati kalsium membantu menghalang berlakunya tekanan darah tinggi.


Keperluan kalsium
Kajian yang dilakukan di luar negara mendapati sehingga 60% - 70% penduduk tidak mengambil kalsium yang secukupnya setiap hari. 
Berapa banyakkah keperluan kalsium untuk setiap individu ? Sila rujuk kepada carta di bawah ini

LELAKI

Umur (tahun)
Keperluan kalsium dalam mg
8 - 11
800
12 - 15
1200
16 - 18
1000
19 - 64
800
melebihi 64
800

WANITA 
Umur (tahun)
Keperluan kalsium dalam mg
8 - 11
900
12 - 15
1000
16 - 18
800
19 - 54
800
melebihi 54
1000
Mengandung
1100
Menyusu bayi
1200



Apa yang menyebabkan Ostematrix Shaklee berbeza dari jenama lain?
Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati yang mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.
Pilihlah kalsium yang semulajadi dan terbukti berkesan untuk tubuh anda hanya dari Shaklee.



Manfaat Utama Ostematrix Shaklee :
  • Menguatkan tulang - kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Juga merawat tulang retak, osteomalacia (riket dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi & artritis.
  • Meringankan stres - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stres. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
  • Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
  • Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.
  • Memperbaiki hiperaktiviti dan sakit gastrik.
  • Mengurangkan rasa sakit akibat migrain
Ostematrix Shaklee :
1 tablet kalsium Ostematrix Shaklee = 1 gelas susu kalsium tinggi = 80 biji badam.

Hubungi saya untuk tempahan dan pertanyaan ya!




Atasi Badan Letih Dan Lesu

Wanita zaman kini menghadapi tugas yang lebih berat. Kebanyakan ibu-ibu sekarang merupakan ibu yang berkerjaya tidak kira yang berkerja dari pejabat mahupun di rumah.

24jam sehari hanya 4-5jam sehari sahaja masa yang ada untuk kaum wanita ini berehat selebihnya di peruntukkan untuk anak-anak,suami,rumahtangga dan kerjaya. Keperluan diri seperti menjaga pemakanan dan kesihatan sendiri kadang-kadang di abaikan untuk melaksanakan tanggungjawab ini. 


Women Health Set
Set Kesihatan Wanita
Untuk itu , Shaklee menawarkan rangkaian produk yang hebat untuk memenuhi keperluan wanita pada semua peringkat kehidupannya. Program kesihatan wanita ini mengandungi 3 produk iaitu GLA Complex, Ostematrix dan Omegaguard. 



Kebaikan dan manfaat gabungan ketiga-tiga produk ini ialah :

  • membantu melegakan simptom senggugut dan menopos
  • menggalakkan kulit yang sihat & cantik
  • menggalakkan tulang yang kuat
  • mengurangkan risiko penyakit jantung
  • melegakan sakit-sakit sendi
  • membantu membakar lemak & memperolehi berat badan yang ideal
  • membantu bertenaga, menghilangkan rasa letih serta lesu

Bagi wanita yang b masih tercari-cari untuk mencuba supplemen harian,hadiahkan la diri anda dengan Set Kesihatan Wanita Shaklee ini. Dan kepada para suami yang kasihankan isteri anda yang berkorban untuk anak-anak dan rumahtangga,tunjukkan la kasih sayang pada  isteri, boleh hadiahkan set ini untuk kesihatan berpanjangan isteri anda. 


Hubungi saya pengedar Shaklee anda untuk membuat tempahan anda sekarang: