Keperluan Kalsium Harian Anda


Kalsium adalah sejenis mineral yang penting untuk kita. Ia membentuk mineral yang terbanyak berbanding mineral-mineral lain. Ia sangat penting kepada kanak-kanak dan remaja dalam pembentukan tulang dan gigi yang baik. 99% kalcium di dalam badan adalah dalam bentuk tulang dan gigi. Bagi mereka yang sudah menopause (putus haid) pula, kalsium juga sangat penting untuk mengekalkan struktur tulang mereka.

Kekurangan kalsium akan menyebabkan keadaan yang dipanggil rickets pada kanak-kanak dan osteomalacia di kalangan orang dewasa.

Selain daripada itu, kalsium juga adalah penting untuk fungsi-fungsi yang lain seperti :
  • fungsi saraf yang baik (rasa gelisah, rasa sesemut atau kebas)
  • fungsi otot yang baik (kekejangan) seperti merawat kekejangan waktu malam
  • proses pembekuan darah
  • kajian terkini mendapati kalsium membantu menghalang berlakunya tekanan darah tinggi.


Keperluan kalsium
Kajian yang dilakukan di luar negara mendapati sehingga 60% - 70% penduduk tidak mengambil kalsium yang secukupnya setiap hari. 
Berapa banyakkah keperluan kalsium untuk setiap individu ? Sila rujuk kepada carta di bawah ini

LELAKI

Umur (tahun)
Keperluan kalsium dalam mg
8 - 11
800
12 - 15
1200
16 - 18
1000
19 - 64
800
melebihi 64
800

WANITA 
Umur (tahun)
Keperluan kalsium dalam mg
8 - 11
900
12 - 15
1000
16 - 18
800
19 - 54
800
melebihi 54
1000
Mengandung
1100
Menyusu bayi
1200



Apa yang menyebabkan Ostematrix Shaklee berbeza dari jenama lain?
Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati yang mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.
Pilihlah kalsium yang semulajadi dan terbukti berkesan untuk tubuh anda hanya dari Shaklee.



Manfaat Utama Ostematrix Shaklee :
  • Menguatkan tulang - kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Juga merawat tulang retak, osteomalacia (riket dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi & artritis.
  • Meringankan stres - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stres. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
  • Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
  • Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.
  • Memperbaiki hiperaktiviti dan sakit gastrik.
  • Mengurangkan rasa sakit akibat migrain
Ostematrix Shaklee :
1 tablet kalsium Ostematrix Shaklee = 1 gelas susu kalsium tinggi = 80 biji badam.

Hubungi saya untuk tempahan dan pertanyaan ya!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan