Memaparkan catatan dengan label Set Pantang/Set Bersalin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Set Pantang/Set Bersalin. Papar semua catatan

Rahim Jatuh sebab Set Pantang Shaklee ??

Bismillahirahmanirahim...

Baru-baru ni saya terbaca satu iklan produk Jamu selepas bersalin di Facebook. Sentap juga hati baca iklan tu sebab antara intipati iklan tu dia dapat customer bleeding tak berhenti yang cuma ambil set pantang shaklee je. So lepas ambil jamu dan berurut customer dah ok. Memang la dia sebut nama shaklee cuma tulis vitamin set pantang S je tapi kita pun faham la kan...


Set Pantang Shaklee ni adalah kumpulan vitamin-vitamin yang di gabungkan supaya dapat memberikan manfaat kepada ibu yang sedang berpantang. Pengambilan set pantang shaklee ni tidak meletakkan syarat bahawa tidak boleh mengamalkan amalan berpantang  tradisional seperti berurut,makan jamu dan berbengkung.  Malah kalau dapat di amalkan bersama insyallah ibu akan dapat hasil yang lebih baik.


Statement si penjual jamu tu memang tak boleh di terima kerana tidak berdasarkan fakta sebenarnya . Rahim jatuh bukan sebab tidak makan jamu tapi boleh di sebabkan oleh pengabaian kepada penjagaan diri semasa bersalin. Secara umumnya, wanita yang melahirkan anak berdepan dengan risiko peranakan rendah atau rahim turun. Ini kerana otot pelvis atau tulang kajang akan merenggang akibat peneranan yang kuat semasa proses melahirkan. Dengan mengabaikan penjagaan basic seperti terutama amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung atau berbarut boleh mengakibatkan pelbagai masalah di masa akan datang.

"Selain itu,ada juga wanita yang memendekkan masa berpantang bersama suami kerana nifas sudah kering. Walaupun persetubuhan dilakukan secara lembut, aktiviti tersebut akan mengganggu urat saraf peranakan yang menegang apabila mencapai inzal. Ketegangan urat saraf akan menyebabkan bentan urat, manakala gerakan kucupan mulut rahim akan membuka kesan luka bersalin yang masih dalam proses penyembuhan. Keluaran darah nifas yang lebat atau tumpah darah sering berlaku, sama ada dalam kalangan ibu bersalin normal atau secara pembedahan. Luka-luka jahitan di bahagian lapisan perut serta rahim akan mulai membengkak dan adakalanya jahitan terbertas dan mengakibatkan pendarahan"
Sumber : Kak Engku Bidan Bersalin 

Kesimpulannya , mengambil supplement seperti dalam Set Pantang Shaklee semasa dalam pantang sebenarnya dapat memberi manfaat kepada si ibu lebih dari sekadar mengambil Jamu dan penjagaan diri. Amalan berpantang di setiap daerah dan negeri adalah berbeza-beza. Ada sesetengah amalan,ibu hanya di benarkan mengambil nasi dan ikan kering sepanjang berpantang. Ada pulak yang tidak boleh mengambil daging dan ayam. Bukan menafikan kebaikan amalan tradisi tapi ada yang kita lihat dalam menu tersebut adalah kekurangan sumber vitamin dan mineral tertentu. Untuk memastikan tubuh ibu sihat dan mampu menjaga bayi serta menghasilkan susu ibu untuk bayi, kesemua vitamin dan mineral seharin perlu di jaga. Maka dengan penambahan set pantang shaklee ini dapat memenuhi keperluan itu. Ibu lebih bertenaga,cepat sihat dan luka yang lebih cepat pulih. secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko meroyan,kurang darah dan kurang bekalan susu ibu.




Order sekarang secara Online


atau hubungi saya jangan segan jangan malu



Lagi testimoni Set Pantang di sini.

Kerana Shakleee Aku Terpaksa...

Bismillah..

Dalam kecoh-kecoh musim boikot ni,kita redakan sikit dengan kisah perkenalan saya dengan Shaklee. Bagaimana Shaklee membuat saya terpaksa join jadi ahli. Saya berkenalan dengan Shaklee dalam tahun 2011-2012 rasanya, mak saya yang beli dari makcik saya Ostematrix. Lepas tu mak mula promote suruh saya start ambil vitamin untuk jaga kesihatan sebab saya ada sejarah hypertension dan diabetes. Saya ni jenis makan tak kontrol tapi di sebabkan tidak percaya dengan suplemen ni malas ambil pot la org bilang..

Tahun 2012 saya pregnant dengan anak ke2 saya Jasmine,sama seperti kehamilan sebelum ni saya ada hypertension dan diabetes. Sampai ke minggu 28 kehamilan,hypertension tak terkawal saya di tahan di hospital dan di jangka akan tinggal sampai la full term. Sekali lagi saya di sogok dengan Shaklee oleh makcik saya,dia bancuhkan ESP suruh minum,ego punya pasal saya tak minum pun.

2 Oktober 2012 saya terpaksa di buat pembedahan keluarkan baby sebab baby da tak membesar akibat hypertension. Waktu tu saya baru 32minggu dan berat baby di jangka baru mencecah 1.15kg dan kami di terangkan dengan pelbagai risiko melahirkan bayi premature ni. Alhamdulillah bila da selesai baby beratnya 1.29kg lebih dr yg di jangka tapi nya tetap kena masuk NICU sehingga sihat dan beratnya 1.8kg. Bermula la kisah saya menjaga bayi premature( pra matang)

My Jasmine on her 1st day of life. 1.29 kg

Sedih hati balik rumah tanpa baby,badan tak kuat,makan ubat hospital lagi. Hari pertama balik rumah mmg saya tak larat bergerak pening pucat dan lain-lain. Hati kuat nak duduk di hospital sepanjang hari dengan baby  tapi saya takut pitam. Nak kuatkan badan orang kata ambil jamu tapi masalahnya saya tak di benarkan ambil Jamu2 sebab saya masih on ubat hypertension dan diabetes. Google2 akhirnya saya jumpa Shaklee Set Pantang, itu je la pilihan saya ada untuk kuatkan badan secepat mungkin nak pegi melawat baby di hospital. Akhirnya saya mengalah dan order Set Pantang Shaklee  ( Vitalea,bcomplex,zinc dan Vita C) dari Master Aya Chalo yang waktu tu baru sangat join Shaklee. Senang order dari dia sebab kami seofis so mitak dia kirimkan dengan husband je.

2 hari saya makan Set Pantang Shaklee ikut panduan Master Aya Chalo bagi supaya boleh ambil sekali dengan ubat2 hospital. Pagi hari ke 3 saya mandi siap dan tengokla cermin saya terkejut sendiri tengok muka dah seri semula ( bukan nak kata cantik tapi dah tak pucat lesi ). Lepas tu saya boleh bergerak bangun dari katil/sofa tanpa rasa pening dan dapat rasa tenang sikit. Punya senang hati dapat rasa perbezaan , saya bersyukur sangat2 dan saya mula atur plan nak melawat baby sebab da berapa hari tak jumpa. Jumpa pun tengok dari luar inkubator je masuk tangan pegang2 sikit.

Bermula dari hari ke 7 selepas bersalin , 8 Oktober 2012 (birthday saya) saya dah start ulang alik dari hospital dengan rumah.Bukan dekat ye ambil masa 40 minit jugak nak driving sbb husband kena bawak slow2 luka csec masih rasa walaupun on pain killer. 8 Oktober 2012 tu jugakla hari pertama saya dukung anak saya untuk kanggaroo care. Rasa seronok campur sedih sebab kesian anak,mak dia yang tak jaga kesihatan anak kena duk hospital. sedih tengok macam-macam wayar dan tiub dicucuk kat baby, dah la kecik je waktu beratnya da turun sampai 1.08kg je.

8 Oktober 2012 1st time Umi dukung Jasmine (1.1kg)

Waktu tu saya nekad untuk breastfeeding anak saya Hospital Likas memang galakkan sangat2 susu badan terutama bayi premature ni .Oleh kerana anak yang 1st saya tak berjaya full BF,bersalin awal gak 35mggu saya jadi risau dengan yang no2 ni. Susu takde diantara sebab2nya saya makan ubat hypertension yang mmg ganggu produksi susu,saya ada masalah hypotiroid (da buang tiroid) so hormon kena betul dos kalau nak berjaya BF dan teknik penyusuan saya tak betul sebab end up dengan puting luka.

1st day at home. 44days old
Saya contact balik Master Aya dan bagitau saya nak Set menyusu Shaklee, Tak fikir panjang time tu memang terus beli ja. Baby belum boleh DL so saya kena perah dan pump untuk stimulate bagi susu keluar,saya minum ESP + Nestum time tu 3 kali sehari.  Walaupun tak banyak dapat saya tetap simpan untuk baby yg time tu belum pun boleh minum sebab ada masalah usus. Akhirnya bila baby da boleh DL (raya haji time tu) saya terus dapat katil kat hospital dan tinggal bersama baby. Syukur sangat-sangat walaupun dengan pump sahaja saya dapat wujudkan demand untuk BM dan bila baby ready nak DL saya da ada supply. Dengan anak 1st, saya tak penah rasa tilam banjir tau,yang 2nd ni tiap2 malam tilam saya banjir walaupun baby da menyusu. yelah banyak mana je baby berat 1.4kg nak minum kan..



Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Itulah cerita pahit manis dengan saya dengan Shaklee dan akhirnya bila saya dah start keja sesi pumping masih di teruskan, saya ambil keputusan untuk jadi ahli. Master Aya tak promote pun jadi ahli tapi sebab saya dah yakin,mak saya pun dah lama yakin saya je yang degil hehe so ambil keputusan jadi ahli untuk beli sendiri dan untuk bantu ibu-ibu yang punya masalah BF seperti saya.


Ibu-ibu proBF selalu kata kita tak perlu supplemen untuk dapat menghasilkan BM yang banyak. Tapi diorg takde masalah,di kurniakan kemudahan menyusukan anak,susu melimpah ruah tak yah ambil milk booster bagai,diorg tak rasa struggle ibu-ibu yang tak mampu walaupun dah apply konsep supply dan demand,power pumping dll tu. Bagi saya, konsep penyusuan itu amat penting tapi tak semua orang boleh berjaya tanpa bantuan Milk Booster. Kita kena faham masalah orang lain sebelum kita menjatuhkan hukuman pada orang itu, setuju tak??

My Small Family

Bahaya Amalkan Herb-Lax Setiap Hari

Herb Lax merupakan salah satu produk Shaklee Malaysia yang paling laris dan mempunyai permintaan tinggi, Herb Lax di gunakan secara meluas dalam set diet Shaklee yang di sediakan oleh SID Shaklee Malaysia. Tahukah anda pengambilan Herb Lax tanpa aturan yang betul boleh membawa kepada kemudaratan? 




Sebelum kita lihat kesan buruk jika mengamalkan herblax tanpa konsultasi yang betul,mari kita berkenalan dulu dengan Herb Lax.  Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi:

  • Senna Leaves – Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pd usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
  • Buckhorn bark – Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.
  • Licorice Root – Membantu proses detoksifikasi.
  • Fennel seeds – Mengeluarkan toksin yangterkumpul akibat lebihan makanan danpengambilan alcohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalahsembelit dan kembung perut atau usus.
  • Anise seeds – Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membanti proses pencernaan.
  • Rhubarb root – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakansebagai antibiotic.
  • Blue Malva Flower – Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
  • Culver’s root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.
  • Alfalfa leaves – Membersihkan usus, darah dan hati.

Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis.Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.






Kebaikan Herb Lax

  • pembersihan najis yang tersekat
  • meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • membantu masalah sembelit
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • mengempiskan perut
  • ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba.

Siapakah yang perlu amalkan Herb Lax ? 

  • pengamal tegar ubat tahan sakit.
  • mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit 
  • mereka yang banyak jerawat
  • pesakit gout
  • mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan suplemen

Kesan penggunaana Herb Lax tanpa kawalan

Herb-Lax tergolong dalam kategori julap yang lembut dan hanya sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus. Penggunaan julap tanpa kawalan akan  mengakibatkan kebergantungan kepada produk. Kebergantungan bermaksud sekiranya tanpa julap usus tidak dapat berfungsi seperti biasa dan membawa kepada masalah sembelit yang teruk.


Dapatkan konsultasi dari SID anda cara pengambilan Herb-Lax yang betul atau hubungi saya untuk mendapatkan produk dan konsultasi percuma.





Pelbagai Manfaat Dengan hanya 30sen sehari!!

Di antara produk yang paling berbaloi di miliki adalah Zinc Complex Shaklee. 
Biasanya Zinc Complex akan di pasangkan dalam Set Pantang, Set Pembedahan,Set Buasir dan Set Rambut Sihat. 



Kenapa ? Ini kerana kekurangan bekalan zinc complex dalam tubuh boleh menyebabkan luka lambat untuk pulih, Dengan mengambil suplemen,kita dapat memastikan bekalan cukup jadinya luka akan lebih cepat sembuh. So kalau anda mempunyai luka2 yang tidak sembuh2 boleh mencuba amal suplemen Zinc ya. 

Selain untuk penyembuhan luka, terdapat pelbagai lagi kegunaan atau pun kelebihan mengambil sumplemen Zinc. Kiranya anda ingin lebih suka mengambil dalam bentuk makanan.. makanan yang membekal sumber Zinc adalah seperti daging merah (lembu atau kambing),ketam,sardin(bukan dlm tin ye),kekacang terutama kacang pekan dan makanan whole grain seperti whole meal bread dan whole wheat pasta.

  • Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zinc berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau acne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan. 
  • Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zinc di dalam badan. Zincmemainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna. 
  • Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zinc juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
  • Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zinc, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.
  • Gangguan Prostat: Zinc sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zincmenyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zinc setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.
  • Hilang berat badan: Zinc memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.
  • Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
  • Pembiakan: Bagi lelaki, zinc membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
  • Fungsi Biologi: Zinc memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
  • Jangkitan: Zinc membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zinc membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
  • Antioksidan: Zinc bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .
  • Aturan Enzim: Zinc merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zinc.
  • Kanser: Bagi lelaki, zinc memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.
  • Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zinc. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zinc.
  • Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zinc. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zinc, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zinc akan membantu mencegah keguguran rambut
  • Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zinc adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zinc perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.
  • Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zinc akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zinc dan akan memperbaiki penglihatan mata.

credit : mamafaiz.com



Berminat untuk membuat pembelian? Isi borang pembelian di sebelah atau boleh hubungi saya terus untuk maklumat lanjut 






Produk Slimming untuk Ibu Menyusu ( Breastfeeding)



Ramai ibu-ibu yang sedang berpantang risau akan kesan produk slimming kepada bayi sedang menyusu badan. Dan sememangnya kebanyakan produk slimming tidak boleh di ambil oleh ibu yan menyusukan kerana 

1. Apa yang ibu ambil di salurkan kepada baby melalui susu badan terutama produk berasaskan herba

2. Ibu yang mengamal diet tertentu untuk kurus khuatir akan menyebabkan produksi susu akan berkurangan.
3. Ibu menjadi tidak bertenaga kerana kekurangan nutrien dan vitamin dalam badan akibat berdiet dan menjaga bayi.

Dengan Set Combo ini ibu tidak perlu risau kerana ianya lengkap untuk penjagaan kesihatan dan penyembuhan semasa berpantang, juga khasiat lengkap utk persediaan menyusukan bayi comel ibu serta bonus set slimming bagi memastikan ibu dapat kembali kepada berat asal sebelum hamil tanpa menjejaskan susu ibu.

* Tips : ramai ibu yang masih belum mengetahui bahawa lecithin dapat membantu masalah blocked milk ducts *


Set Pantang


1. Vitalea 

2. Bcomplex
3. Zinc
4. Vitamin C

Set Menyusu Basic

1.ESP
2.Alfalfa

Set Slimming

1.Lecithin
2.Alfalfa







Hubungi saya untuk order ya ! Khidmat Nasihat Pengambilan Supplement dan Penyusuan PERCUMA selagi anda menjadi customer saya



SET BERPANTANG SHAKLEE PILIHAN SI IBU MODEN


Ramai Ibu-ibu zaman moden lebih suka memilih untuk tidak memilih mengambil jamu semasa berpantang. Shaklee Menawarkan Set Berpantang Shaklee khas untuk ibu-ibu moden ini supaya masih dapat menjaga kesihatan walaupun tidak mengamalkan pengambilan jamu.


set pantang shaklee


Set Berpantang Shaklee ini terdiri dari :

VITALEA
Multivitamin dan multimineral yang membekalkan 28 jenis nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Ia mengandungi Beta Karotena untuk pemulihan dan perkembangan tisu; kalsium,, fosforus dengan vitamin C & D untuk kesihatan tulang dan penyusuan; Biotin dan Panthotenic Acid untuk metabolisma lemak dan Vitamin B12 untuk pembentukan sel darah merah. Maklumla ibu baru bersalin pasti banyak kehilangan darah


B COMPLEX
B Complex lengkap dengan 8 jenis vitamin B untuk kesihatan sarafs dan juga anti-stress. Ibu baru bersalin biasanya mengalami sedikit tekanan perasaan yang jika tak dibendung boleh membawa kepada meroyan. Berada dalam keadaan tertekan juga boleh memberi kesan kepada susu badan.


VITAMIN C
Vitamin C penting dalam penjagaan kolagen tubuh. Vitamin C membantu penyerapan zat besi bagi mengelakkan anemia di kalangan ibu baru bersalin. Ia juga penting untuk mencegah selesema.


ZINC
Kekurangan zinc menjadikan luka lambat sembuh, dan ia juga berkait dengan tekanan selepas bersalin. Zinc juga membantu mengelakkan jangkitan pada luka serta mengelakkan rambut gugur.

Selain yang tersenarai di atas ni ibu yang memilih set bersalin dan pantang Shaklee boleh juga mengambil suplemen2 lain seperti  :


ESP
Ibu baru bersalin memerlukan protein untuk membina kembali tisu-tisu dan memulihkan badan selepas selepas bersalin. Protein juga penting dalam penyusuan susu ibu.

OSTEMATRIX
Gabungan kalsium-magnesium-vitamin D dan mineral2 lain bukan saja baik untuk tulang dan gigi malah membantu dalam pembentukan sel darah dan mengelakkan sembelit.

ALFALFA COMPLEX
Digunakan sejak berzaman sebagai milk booster (tapi awas jika bayi mengalami jaundis, tangguhkan dulu pengambilan alfalfa)


LECITHIN
Lecithin membantu ibu menyusu mengelakkan dan merawati bengkak susu.

Set Bersalin Pembedahan Shaklee


Semakin hari semakin ramai ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan tak kira secara pilihan atau terpaksa kerana masalah kesihatan. Set Bersalin Pembedahan Shaklee ini amat sesuai untuk ibu-ibu ini terutama yang mempunyai masalah darah tinggi seperti saya yang amat tidak di galakkan mengambil Jamu semasa berpantang.


set bersalin shaklee





 Set Bersalin Pembedahan Shaklee ini amat sesuai untuk ibu yang bersalin secara pembedahan tapi ianya bukan sahaja set bersalin, malah mempunyai beberapa kegunaan lain :-


. Berpantang . Selepas Pembedahan (apa jua pembedahan) . Rambut Gugur


Set ini terdiri dari 4 jenis vitamin dan mineral:

- VITA-LEA
- B COMPLEX
- VITA C
- ZINC COMPLEX

Setiap jenis vitamin ini mempunyai fungsi tertentu dalam membantu ibu-ibu melalui proses pemulihan selepas bersalin secara pembedahan.

Ibu lepas bersalin bukan saja memerlukan khasiat vitamin dan mineral secukupnya, malah air yang mencukupi untuk menjalankan sistem tubuh yang unggul. Set Bersalin Pembedahan Shaklee membantu ibu relaks, membekalkan keperluan vitamin dan mineral asas, mempercepatkan penyembuhan luka dan pastinya tidak memudaratkan bayi yang menyusukan.

Ibu yang mengambil Set Bersalin Pembedahan Shaklee ini juga mengambil supplemen di berikut sebagai add-on:

- LECITHIN
- ALFALFA
- ENERGIZING SOY PROTEIN
- OMEGA GUARD