Alhamdullillah Ramadhan tiba lagi. Sempena bulan puasa ni saya share sikit berkaitan Breastfeeding. Ramai ibu-ibu yang fully breastfeeding merasakan mereka tidak mampu untuk meneruskan penyusuan ataupun berpuasa. Insyallah saya harap artikel ini dapat membantu.
Breastfeeding bukan lagi satu perkara yang asing pasa masa sekarang. Secara alami,setiap ibu mampu menyusui anaknya. Susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mempunyai daya tahan yabg diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya dari serangan dan jangkitan yang biasa dihidapi oleh bayi baru lahir.
Selain bayi,ibu juga mendapat manfaat kesihatan dari penyusuan tersebut. Sesetengah jenis kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang breastfeed bayinya. Breastfeeding secara eksklusif disarankan untuk diberi sehingga 6 bulan dan selepas itu di teruskan sehingga 2 tahun dengan makanan tambahan. Diet seimbang amat penting kepada para ibu yang breastfeeding bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan si ibu.
Bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya nutrien berikut di sarankan untuk yang menyusui bayinya
1. Multivitamin
menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu. Kadar vitamin yang cukup membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan secara menyeluruh.
2.Protein
Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Bayi amat memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein amat penting untuk pengeluaran susu ibu.
3.Vitamin C
Khasiat Vitamin C tidak terhad untuk kebaikan kepada si ibu. Dengan menyusui bayi secara eksklusif dapat memastikan bayi mendapat vitamin c yang cukup bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit,gusi dan gigi yang sihat.
4. Vitamin B Complex
Vitamin B Complex merupakan vitamin yang di perlukan oleh ibu dan bayi setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisme yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon,pembentukan sel-sel darah merah,penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat.
5. Kalsium
40 peratus dari susu ibu adalah kalsium. Kalsium di perlukan untuk membina tulang yang sihat dna pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusukan bayi di sarankan megambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.
6.Asid lemak Omega 3
Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega 3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia telah di buktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula,tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) atau autisme.
7. Alfalfa
Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk petumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga di gunakan secara tradisional untuk meningkat pengeluaran bekalan susu ibu.
Kesemua makanan tambahan ini dapat membantu ibu menjalani ibadah puasa dengan lebih baik dan insyallah dapat menyusukan bayi tanpa mengalami masalah kekurangan susu badan dengan syarat ibu mengekalkan konsep Supply And Demand.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan