Tips Berjaya Breastfeeding di bulan Puasa..


Semakin hari semakin ramai ibu-ibu yang berpuasa sambil menyusukan anak walaupun telah di berikan kemudahan untuk ibu mengandung dan ibu menyusukan untuk tidak berpuasa. Sebelum ni saya dah kongsi kan makanan tambahan yang patut di ambil bagi mengekal kan kesihatan sepanjang berpuasa sekaligus mengekalkan penghasilan susu. Kali ni saya share sedikit berkaitan tips penyusuan dan milk booster natural ya agar dapat membantu ibu berjaya breastfeeding di bulan puasa ini.



1. Teruskan penyusuan/jadual mengepam 

Bagi ibu yang tidak berkerja di luar, teruskan menyusukan bayi seperti biasa sama seperti hari-hari sebelum ini. Manakala bagi ibu yang berkerja di luar,jadual mengepam juga kekalkan seperti biasa. Ini penting bagi memastikan penghasilan susu ibu berterusan dan tidak berkurangan. Konsep Supply and Demand ini adalah yang paling utama bagi memastikan ibu berjaya breastfeeding bulan ramadhan.





2. Banyak kan pengambilan air/cecair

Semasa tidak berpuasa iaitu selepas berbuka sehingga la waktu sahur, pertingkatkan sedikit pengambilan cecair dari sebelum ini bagi mengelakkan masalah kurang air dan mengakibatkan susu badan berkurang. Pengambilan cecair bukan bermaksud air sahaja tapi boleh juga memperbanyakkan lauk yang berkuah seperti sup atau pun bubur. 




3. Amalkan Milk Booster/ Makanan tambahan 

Ada ibu yang tidak memerlukan milk booster pada masa biasa tapi di bulan puasa memerlukan sedikit bantuan. Milk booster ada pelbagai mengikut tuan punya diri ada yang bertindak balas dengan Milo, Nestum, Horlicks, Sup Ayam, Sup Betik Muda,Sup Lobak Putih. Ada juga yang mengambil minuman milk booster seperti perlbagai Teh untuk ibu BF, Jus-jus kesihatan seperti jus kurma dan juga minuman malt atau chocolate khas untuk ibu menyusu. Shaklee menyediakan gabungan ESP dan alfalfa yang boleh di amalkan semasa bersahur. Resepi ESP untuk bersahur yang paling di gemari adalah ESP+sususegar+Kurma yang di sejukkan semalam. Oh ya...pastikan anda mengambil Milk Booster ketika bersahur ya.





4. Yakin dan berdoa dan zikir

Ini juga penting. Ibu mesti yakin mampu berpuasa dan BF baby dalam masa yang sama. Fizikal dan mental mesti seiring barulah ibu berjaya breastfeed sepanjang bulan puasa ini. Selain itu ada beberapa doa dan zikir yang boleh di amalkan saya kongsikan dari Blog Ainul Malik yang gojes ..

1) Surah al-kauthar



2) Surah al-Baqarah, ayat 60



3) Surah al-hujurat



4) Zikir ya Matin



Semoga post ini dapat membantu ibu-ibu menyempurnakan ibadah puasa dan menyusukan bayi ibu-ibu sekalian ya.. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan