5 sebab Vitamin Anda Lambat Bertindak?


1.Jarang minum Air Putih

Inilah masalahnya ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air putih dan tetapi lebih suka yang bewarna dan berperisa.

Fakta : 

Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.

Amalkan :
Amalkanlah banyak minum air putih apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.


2. Mengambil vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.

Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Aturan pemakanan sepatutnya telah di terangkan kepada anda ketika anda membeli apa-apa vitamin. Dan aturan itu perlu di ikut sama seperti kita ikut jadual pemakanan ubat yang doktor berikan.

Fakta :

Apabila anda makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu

Amalkan :

Agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.


3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin .

Fakta :

Ini kerana kesannya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik.

Amalkan :

Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.



4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.

Memang ramai yang menganggap kafien sebagai sumber tenaga harian untuk membuat kerja tapi sebaiknya di minimumka pengambilannya.

Fakta :

Sebenarnya pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan. Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

Amalkan:

Cubalah untuk kurangkan pengambilan kafien secara berperingkat.



5. Makan Vitamin Tanpa Ilmu Yang Betul

Makan Vitamin mesti tahu caranya kerana ada sesetengah vitamin tidak boleh dimakan pada masa yang sama.

Fakta
Ada vitamin/makanan/minuman  yang boleh menghalang penyerapan vitamin lain menyebabkan kita tidak mendapat khasiat yang sepatutnya.


Contohnya :
Multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu (kalsium), Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.

Amalkan:

Pastikan anda bertanya kepada si penjual vitamin cara makan yang betul dan rajin membuat research anda sendiri jika perlu



Adalah penting sewaktu membuat keputusan membeli mesti mengambil kira Perkara Pertama iaitu
-Vitamin Anda HALAL
-Vitamin Anda KKM
-Vitamin Anda SELAMAT
-Vitamin Anda SEMIULAJADI
-Vitamin Anda BERKESAN


-Salam Sabtu Yang Ceria-

Cara Merawat Fibroid Dengan Shaklee?



Apakah cara untuk merawat Fibroid dan mengelakkan terjadinya Fibroid?

FIBROID adalah sejenis tumbuhan daging yang berasal dari otot rahim (myometrium) dan ia merupakan tumbuhan yang PALING SERING MELANDA WANITA dan ia BUKAN KANSER.
Bila meningkat umur empat puluhan , 30% wanita ada tumbuhan fibroid dan ramai wanita tidak menyedari bahawa mereka membawa fibroid dalam rahim kerana ia tidak menimbulkan sebarang simptom ataupun gejala.

Apakah Ketumbuhan Fibroid?

Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. 

 
Mengapa Tumbuh Fibroid?

Ramai orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak. Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25 peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau menggangu kesihatan.

Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang TIDAK BERKAHWIN atau LAMBAT KAHWIN dan juga yang berkahwin tetapi SUKAR MENGANDUNG dan beranak.Fibroid juga sering di jumpai di kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.

Mana yang timbul dahulu, fibroid ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid. Walaupun demikian, wanita yang pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid. Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau ke umur tiga puluhan atau empat puluhan dan setelah anak mereka besar walaupun mereka telah melahirkan mungkin empat atau lima orang anak selepas itu, mereka mendapati sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan apabila diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.

Fibroid Akibat Ketidakseimbangan Hormon

Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.





set fibroid




Di Shaklee, kami mencadangkan untuk mereka-meraka yg menghidapi fibroid utk mengambil GLA COMPLEX sebagai produk utama dan vitamin ACE sebagai sokongan iaitu CAROTOMAX(VIT A), VITAMIN C DAN VITAMIN E.

Kelebihan GLA

Bunga borage, evening primrose (EPO) dan bunga safflower merupakan sumber utama GLA (gamma-linolenik acid). GLA mempunyai pelbagai kebaikan dalam kehidupan kita. Tubuh kita sebenarnya boleh menghasilkan GLA sendiri daripada linolenik asid yang kita ambil setiap hari (jika ada).


Di antara kepentingan GLA terhadap tubuh kita:-

Imuniti Tubuh

Jangkitan kuman menyebabkan tubuh tidak dapat menukar linolenik acid kepada GLA. Kekurangan GLA sebenarnya menyebabkan sistem imuniti terganggu.

Masalah Kolesterol

Pengambilan GLA (bersama EPA) terbukti mempengaruhi profil lipid yang mana menurunkan kadar kolesterol. GLA dan EPA ditukarkan kepada PGE-1 (prostaglandin) yang mana kadar kolesterol tak dapat dikawal dalam sel yang tidak dapat menjalankan sintesis terhadap PGE-1 ni. Mengambil GLA setiap hari selama 3 bulan memulihkan pengekalan PGE-1 dalam tubuh sekaligus mengawal kolesterol.

Artritis

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh University of Massachussetts terhadap pesakit2 artritis, GLA dari minyak borage didapati membantu mengawal bengkak sendi dan kesakitan yang dialami oleh pesakit artritis.

PMS

Masalah PMS didapati dapat diatasi dengan pengambilan GLA yang konsisten. Masalah PMS berpunca dari penurunan kadar asid lemak dalam tubuh wanita ketidak kedatangan haid. Kekurangan asid lemak ini menjadikan simptom PMS yang jelas.

Diabetes

Kajian terhadap 111 pesakit diabetes mendapati GLA membantu mengurangkan simptom kerosakan saraf terhadap pesakit diabetes. Dalam kajian lain, GLA didapati menghalang kemerosotan saraf dari berlaku. Pesakit diabetes dikaitkan dengan masalah kekurangan PGE-1, menjadikan mereka memerlukan GLA. PGE-1 membantu dalam penghasilan insulin untuk pesakit diabetes.

Kulit Yang Sihat

GLA telah digunakan sejak berzaman untuk kesihatan kulit, dan juga membantu dalam masalah kuku rapuh. 9 kajian ke atas GLA mendapati ia mampu merawat ekzema. Walaupun kesannya agak lambat (6-9 bulan) namun ia penantian yang berbaloi.
GLA dari minyak borage adalah pilihan yang paling praktikal. Setiap kapsul mengandungi 4 kali GLA lebih dari EPO.
GLA Complex dari Shaklee merupakan GLA dari minyak borage dan berita baik untuk anda bulan Julai ini merupakan bulan promosi GLA Complex dari Shaklee.. Jangan buang masa hubungi saya segera untuk dapatkan GLA anda

shaklee gla complex
Hidayah AK.
0194794947