Set Kurus Shaklee

Selain dari set-set breastfeeding, set kecantikan, set bersalin, kami juga menyediakan set kurus yang terdiri dari set mekanisma 3B (buang, bakar, bina).

Apa yang dibuang, dibakar dan dibina tu?

Untuk turunkan berat badan, bukan hasil satu malam dan berbeza-beza bagi setiap individu. Dan kalau anda mahu menguruskan badan anda harus faham konsep kalori. Kalori yang diambil haruslah seimbang dengan kalori yang digunakan. Kalori yang tak digunakan itu yang menjadikan badan kita bertambah gemuk!

BUANG

Buang di sini dalam ertikata detox. Detox di sini adalah dengan mengeluarkan toksin dan kotoran dalam usus kita, membersihkan sekaligus memudahkan untuk penyerapan nutrient.
Untuk detox ini antara produk pilihan adalah:


Herb-Lax
Herb-Lax adalah detox usus, mengadungi daun senna yang digunakan oleh Rasulullah sebagaimana dinyatakan dalam Tibb An-Nabawi:
Rasulullah s.a.w bersabda “Apa yang kamu gunakan untuk melancarkan pergerakan usus besar dan menggalakkan pengaliran daripada perut?” Aishah r.a. menjawab, “Euphorbia”. Baginda bersabda lagi, “Padanya terdapat penyakit dan ia sepanas api, sebaiknya gunakan senna”. 
herb lax shaklee
Alfalfa Complex
Daun Alfalfa merupakan makanan tinggi nutrisi dan sumber fiber yang baik untuk detox tubuh. Ia digunakan oleh pasukan tentera Tariq bin Ziyad sewaktu mendapat di Sepanyol pada tahun 711.
alfalfa shaklee

DTX Complex
DTX Complex juga dikenali sebagai tonik detoks hati, mengandungi milk thistle yang sekian lama digunakan dalam perubatan Islam sebelum ia dibawa ke Eropah.
liver tonic shaklee
Yang mana satu pilihan hati? Bergantung kepada bajet anda. Biasanya produk yang selalu menjadi pilihan adalah Alfalfa Complex (yang juga bagus untuk ibu menyusu), dan Herb-Lax (perut rasa kempis).

BAKAR

Selain dari aktiviti metabolisma (purata kita bakar 1200 kalori sehari dengan hanya duduk diam-diam!) Shaklee juga menyediakan produk untuk membantu dalam pembakaran lemak-lemak badan.
Omega Guard
omega guard shaklee
Omega Guard terdiri dari asid lemak perlu Omega-3 yang bertindak dengan hormon termasuk hormon leptin yang berkaitan dengan rasa lapar. Kajian menunjukkan pengambilan asid lemak Omega-3 membantu menjadikan tubuh kita ‘mesin pembakar lemak’.
Lecithin
Lecithin adalah sejenis pengemulsi lemak yang tidak dihasilkan oleh tubuh. Ia juga berguna untuk ibu menyusu bagi mengelakkan bengkak susu.
lecithin shaklee

BINA

Membina otot adalah penting dalam berdiet. Otot yang sihat membakar lemak lebih baik dan menjadikan kawalan berat badan kita menjadi lebih baik, dan mengelakkan – mudah turun mudah naik.
Oleh kerana itu pengambilan protein penting dalam program penurunan berat badan.
Cinch Shake Mix
Cinch Shake Mix merupakan produk hebat untuk inchloss dan weight loss kerana ia mengandungi protein leucine yang penting dalam pembinaan otot.
ESP (Soy Protein)
Pilihan alternatif untuk Cinch Shake Mix, adalah ESP yang membekalkan protein soya yang istimewa.
shaklee weight management

Pilihlah produk anda. Turunkan berat badan dengan cara yang betul, agar kesihatan terjamin, bukan sekadar kurus.

Hubungi saya untuk set slimming dan set diet yang sesuai dengan anda.

Set Penyusuan Shaklee : Vitamin Untuk Kesihatan Ibu Menyusu


Ramai yang menganggap ibu menyusu tidak memerlukan supplement tambahan. Tanggapan itu adalah tidak benar kerana supplement bukan sekadar untuk menambah susu atau pun memekatkan susu. Tapi untuk kesihatan ibu semasa menyusukan.Set Penyusuan Shaklee bukan sekadar milk booster (membanyakkan susu) tetapi ia adalah rangkaian vitamin dan mineral keperluan ibu yang menyusukan anak, supaya ibu akan:

  • Lebih bertenaga
  • Kurang stress/tekanan perasaan
  • Mengelakkan meroyan
  • Mengurangkan sakit badan (sakit urat)
  • Kurang mengantuk (di waktu yang tak sepatutnya mengantuk)
  • Perbaiki keintiman suami isteri
  • Memiliki wajah berseri-seri
  • Mencantikkan kulit dan kuku
  • Mengawal berat badan
  • Membanyakkan susu ibu

Kita lihat satu persatu apa yang terkandung dalam set ini.



a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin 


Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex 


Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C


Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa 


Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink

e) ESP - Soy Protein Isolate Powder


Antara komposisi utama dalam susuibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

ESP membantu memekatkan susu, memberi tenaga berkekalan yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.

Persediaan Menghadapi Ramadhan - Set Mighty 3 Gems

Persediaan Menghadapi Ramadhan dengan Set Mighty 3 Gem agar dapat berpuasa dengan lebih bertenaga!

Set Mighty 3 Gem ini sangat sesuai buat buat ibu-ibu menyusu terutama yang mengamalkan tandem nursing, ibu-ibu mengandung, mereka yang aktif dan sesiapa yang ingin memelihara taraf kesihatan sepanjang bulan puasa nanti.

Set Mighty 3 Gem mengandungi ESP (Energizing Soy Protein), Performance Drink dan Mealshake.
Kita kupas satu persatu bagaimana setiap produk dalam set ini dapat membantu anda dalam persediaan menghadapi bulan puasa tahun ini


1. ESP (Energizing Soy Protein)

ESP didatangkan dalam bentuk serbuk yang diperbuat dari 100% non-GMO soy protein yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. Kesan POSITIF dari pengambilan minuman ini ialah:

  • Ia membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan
  • Membantu kita melapik perut dan menahan lapar kerana ia membantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik di dalam perut. Oleh itu, dapat mengelakkan rasa kepedihan perut dan juga pedih ulu hati! Sangat sesuai bagi yang menghidapi gastrik
  • Gabungan kalsium dan protein di dalam ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manja kesayangan anda sepanjang anda berpuasa

2. Meal Shakes

Meal Shakes ini berperisa vanila yang pasti dapat memikat rasa semua! Ia membekalkan 35% atau lebih Nilai Harian bagi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting

  • Sumber yang kaya dengan kalsium, dan serabut membantu anda mengatasi masalah sembelit sempena bulan puasa ini.
  • Memelihara kesihatan melalui kandungan vitamin-vitamin dan mineral penting yang diperlukan badan setiap hari yang selalunya sukar dipenuhi melalui sajian berbuka dan sahur kita
3. Performance Drink

Performance Drink mempunyai rasa oren yang menyegarkan!
Mengapa ia penting buat kita sepanjang bulan puasa ini?
  • Rumusan Ekslusif Opticarb memberi kita KARBOHIDRAT bagi daya ketahanan dan elektrolit bagi penghidratan semula dengan segera
  • Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan
  • Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar
******
Bonus:
Mighty 3 Gem ini juga sesuai untuk diberikan kepada suami dan anak-anak (lebih-lebih lagi yang baru hendak belajar berpuasa pasti letih kan).

Jadi sekiranya anda membeli set ini sebenarnya anda juga memberikan yang terbaik buat keluarga anda!