Tips Untuk Atasi Muntah Dan Loya Semasa Hamil

Alhamdulillah dua tiga bulan ni, banyak terima berita baik kawan-kawan yang berjaya hamil. Ada yang hamil tanpa di rancang, ada yang memang di nanti-nanti, apa pun semua kehamilan membawa berita gembira di hati ibu-ibu kan..



Kegembiran semasa hamil ada sedikit tergugat dengan kemunculan mabuk hamil atau morning sickness. Morning sickness boleh berlaku pada bila-bila masa seawal minggu ke 6 kehamilan dan biasanya berakhir pada lewat minggu ke 16. Ada juga ibu yang mengalaminya sepanjang trimester kedua kehamilan. 

Punca utama berlakunya morning sickness ni adalah disebabkan oleh kehadiran hormone dalam kuantiti banyak di awal kehamilan terutamanya hormon hCG. Mau atau tidak morning sickness terpaksa di hadapi oleh bakal-bakal ibu.

Saya kongsikan sedikit beberapa tips untuk mengatasi muntah dan loya semasa hamil.

1. Makan biskut/cracker sebaik bangun dari katil untuk membantu menyerap asid perut dan membantu menjaga tahap gula dalam darah supaya tidak terlalu rendah




2. Cuba makan snek setiap 2 jam atau sepanjang hari untuk memastikan perut tidak kosong. Perut yang kosong boleh mencetuskan asid yang menyebabkan rasa loya dan muntah.

3. Makan makanan yang boleh mencegah muntah seperti avocado,protein,keju,susu,yogurt dan asam-asam bagi mengurangkan rasa loya.Untuk ibu yang sedang mengandung, Shaklee produk yang boleh di amal adalah ESP dan Mealshake untuk mencegah muntah.



4 Elakkan makanan yang boleh mencetuskan muntah seperti makanan berminyak,kafein dan makanan yang manis-manis

5. Minum air yang secukupnya bagi menggantikan bendalir yang hilang dan bagi mengelakkan sembelit. Bagi mengurangkan loya boleh tambahkan sepotong lemon dalam air minuman anda.



6.Elakkan makan dalam jumlah banyak dan begitu juga dengan air

7. Jauhkan diri dari bau-bauan yang kurang menyenangkan dan juga dari tempat yang hangat dan penuh sesak. 

8. Ambil vitamin pranatal selepas makan atau sebelum masuk tidur. untuk set pranatal Shaklee amal Vitalea (iron supplement) , Vitamin C dan B Complex.

9. Legakan perut dengan makanan yang berhalia seperti sup dan masak halia. Shaklee menyediakan satu supplement halia yang senang di ambil dengan peppermint iaitu Peppermint Ginger Plus


10. Jumpala doktor anda sekiranya keloyaan anda teruk dan menyebabkan anda tidak bermaya.


Selamat Menikmati Saat Indah Kehamilan Anda !!
 

Kesan Kekurangan Protein Dalam Badan

Ramai yang tidak menyedari kekurangan protein dalam badan boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan. Protein boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi.



Hari ni saya nak share pasal kekurangan protein. Saya terfikir nak search pasal kekurangan protein ni sebab anak saya dulu selalau makan nasi kosong je. So saya risau sebab daging,ikan , sayur dan ayam tu jarang betul dia makan.  Tapi alhamdulillah sekarang sejak amal mealshake dan dipaksa makan ayam, skrang kalau makan memang berlauk la dia.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati. Pengambilan protien membantu menghasilkan sel baru maka sel mati dan sel lama ini dapat disingkirkan.


Semasa anak saya makan nasi kosong tu ja, apa yang nampak kaki dia cepat lebam bila terlanggar apa-apa benda. Lepas tu kuku anak memang tak cantik dia pecah2. Badan tak usah cakap la kan, memang kurus cekeding. Anyway mari kita lihat dulu risiko secara umum kesan kekuarangan protein dalam badan ya
RISIKO KEKURANGAN PROTEIN:(SECARA UMUM)

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)

5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)







Huh banyak kan kesan nyaaa...So pastikan pengambilan protein harian kita mencukupi ya. Oh ya protein bukan datang dari daging,ikan dan ayam ja tau.. Untuk yang vegetarian, mereka mendapat sumber protein dari sayur-sayuran jugak. Paling banyak mereke menggunakan soya sebagai pengganti daging,ayam dan ikan kena kandungan protein dalam soya adalah tinngi. Tapi sayur-sayuran lain banyak protein jugak kita tgk dlm gambar di bawah ni.




Untuk family saya selain protein dari pemakanan harian saya juga tambah Mealshake untuk anak-anak sebab diorg ni makan memilih so untuk memastikan cukup nutrisi harian tambah satu hidangan Mealshake. Dan untuk saya dan husband kami ambil ESP Shaklee sebab husband aktif ke gym perlukan protein jaga otot dan saya memerlukan tenaga berpanjangan setiap hari...



Tips Legakan Batuk Anak Tanpa Ubat

Sejak akhir-ahkir cuaca yang tidak menentu mengakibatkan anak-anak kecil ramai yang mengalami batuk dan selsema. Kanak-kanak di bawah usia setahun tidak digalakkan untuk mengambil ubat batuk dan selsema. Oleh itu mari kita lihat beberapa tips yang mungkin boleh membantu melegakan batuk anak-anak kita ya..

Beberapa petua ini saya dah cuba sendiri dan alhamdulillah ianya berkesan. 

Tips Melegakan Batuk Anak tanpa Ubat

1. Madu asli.

Untuk kanak-kanak, 1 sudu kecil. Kalau madu tu pekat tambahkan sedikit air.Madu boleh mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari. Ibu bapa boleh memberikan madu yang lembut pada anak berusia 2 tahun ke atas. Bagi bayi kurang setahun, pemberian madu dikhuatiri boleh menimbulkan alahan, oleh itu di nasihatkan berhati- hati jika ibubapa memberi madu pada bayi kecil.

2. Kunyit hidup 

Kunyit hidup tu, di gosokkan di permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, kemudian serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi dan hidung bayi untuk melegakan hidung tersumbat.

3. Minyak Bawang Putih
Panggang bawang putih dgn kulit sampai masak atau kulitnya sudah hitam, kemudian lenyekkan pada minyak, sapu di dada anak ketika batuk selsema..
4. Garlic socks : 
Letakkan bawang putih pada stokin anak. Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau yg berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih). Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih yang telah dibuat sprt gambar di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.
 
Untuk anak yg lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus . 
5. Petua bawang merah

Potong bawang merah kepada 2 dan letakkan di tepi bantal anak, buat selama 3 hari berturut. Bawang akan meng'absorb' semua virus2 di udara. Bawang yang terdedah tadi jangan di gunakan didalam makanan kerana dikuatiri memudaratkan. 


6. Gula Melaka

Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak- kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.

7. Pucuk Ubi

Jika anak kecil anda sedang batuk, cubalah merawatnya dengan cara berikut. Ambil sedikit pucuk ubi dan sedikit kapur (kapur yang digunakan untuk makan sirih) dan ramas-ramas atau digonyoh dengan kedua-dua tapak tangan hingga keluar air.
Ambil air itu dan sapukan dileher dan dada anak anda. Insya Allah, batuknya akan berkurangan dan beransur hilang.


8. Air suam,madu dan lemon.

campurkan air suam dengan sedikit madu dan lemon dan berikan kepada anak. Berikan sebagai minuman biasa 2-3 kali sehari sehingga lega.

9. Elakkan minuman sejuk yang boleh menyebabkan bronchospasm ( salur pernafasan mengecut dan juga elakkan juga makanan berminyak.
10. Bagi bayi yang menyusu badan, ibu digalakkan bagi menambah kekerapan susu badan.Susu badan mengandungi antibodi dan air yang diperlukan oleh bayi, terutama ketika sakit.
11. Untuk bayi kecil, boleh gunakan penyedut yang ada dijual di farmasi untuk menyedut hingus dalam hidung. Jika anak- anak telah sedikit besar , galakkan mereka menggunakan tisu untuk membuang hingus dan terus dibuang. 
12. Berikan minum banyak air masak
Air suam dapat melegakan tekak yang kering. Di samping melegakan demam jika ada, air yang banyak juga boleh mencairkan kahak dan memudahkan kahak dikeluarkan. Dengan tekak yang tidak kering dan kahak cair,batuk akan cepat lega.
13. Tinggikan sedikit bantal ketika tidur malam/ siang bagi memudahkan pernafasan.
14. Kalau ada water heater di rumah, boleh membuka shower air panas dibilik mandi dan tutup pintunya agar bilik air menjadi berwap. Kemudian duduklah bersama anak puan selama 20 minit di dalam bilik air berwap itu. Wap panas tersebut akan memudahkan pernafasan anak dan melegakan batuk anak.


Selamat Mencuba ya Mommies.... saya paling suka kunyit,bawang putih dan wap. Selain tu saya mmg banyakkan pengambilan air anak dan rajin bersihkan hidung..