Ibu Mengandung Ada Kencing Manis Pergi Hospital Naik Kereta , Balik Naik Van Jenazah

Pernah dengar cerita macam ni? Atau kenal orang macam ni?

Saya pernah dan kenal seorang hamba allah semoga rohnya di cucuri rahmat.

Pada masa sekarang, ibu mengandung ada kencing manis ni bukan lagi perkara luar biasa. Kalau dulu saringan diabetes semasa mengandung, MGTT (minum air gula),di buat pada mimggu ke 28 mengandung atau minggu ke 12 sekiranya ada sejarah kencing manis dalam keluarga dan ibu mengandung yang umur lebih 35tahun.

Tapi kalau tak silap saya bermula tahun 2011/2012 gtu syarat tu telah di ubah.Semua ibu yang berusia 25 tahun ke atas kena minum air gula seawal 12 mggu tu jugak. Kenapa di awalkan? sebab semakin lama semakin muda umur ibu mengandung ada kencing manis. 

Apa yang saya nak cerita di sini bukan pasal MGTT tu tapi berkenaan dengan selepas keputusan keluar. Kalau keputusan cemerlang alhamdulillah anda cuma perlu datang sebulan sekali untuk check-up. Tapi kalau gagal dengan flying colours , hasilnya berulang la ke klinik sebulan sekali untuk check up 4 kali sehari  yang di panggil sebagai BSP.


Amalan biasa ibu-ibu yang buat BSP ni, bermula dari malam sebelum cek tu,diorg akan control makan gila2,jaga betul-betul tak makan minum makanan manis. Dan sepanjang hari tu pun sama juga. Hasilnya keputusan BSP diorg ni normal cantik dan menarik so tidak la d declare sebagai ibu mengandung ada kencing manis. 


Ada masalah ke kat situ??? Masalah yang amat besar di situ wahai ibu-ibu sekalian. Sebabnya pada hari biasa ibu mengandung akan makan seperti biasa,minum manis, makan kek coklat moist meleleh, aiskrim lagi, nasi tak pernah miss pulak tu. So kandungan gula pada hari biasa itu,hari ibu ini menjalani kehidupan normal adalah tidak di ketahui. Ada kemungkinan kandungan gulanya adalah mencanak-canak tinggi.


Di antara masalah yang mungkin akan di hadapai sekiranya di biarkan masalah ibu mengandung ada kencing manis ni adalah : 


1.makrosomia (didefinisikan sebagai bayi yang lahir dengan berat 4.0kg atau lebih).Bayi berkemungkinan akan menghadapi kecederaan di bahu semasa kelahiran dan meningkatkan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean.  
2.Bayi anda mungkin mempunyai paras glukosa darah yang sangat rendah (hipoglisemia) 
3.Bayi juga mudah terdedah kepada Jaundis yang berpanjangan.
4.Bayi anda juga berisiko untuk menjadi obes dan menghidap diabetes jenis 2 apabila dewasa kelak.
5.Ibu berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, diabetik ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit. 
6.Mudah terdedah kepada kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar.
7.Ibu berisiko tinggi mendapat praeklampsia dan tumpah darah.

Petua Hilangkan Migrain

Dalam facebook sekarang, trends update status kalau sakit apa-apa pun, termasuk la saya sendiri pun buat jugak. 
Dari pemerhatian saya, antara sakit  yang paling selalu di update adalah MIGRAINE dan rata-rata yang update tu wanita. Tapi rasanya orang lelaki pun migraine jugak kan ? Menurut statisktik kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka.
Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun begitu, peluang untuk seseorang mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika ahli keluarga terdekatnya juga mengidap migrain.

Macam mana nak beza migrain dengan sakit kepala biasa-biasa ni? 
1. biasanya terjadi pada sebelah kepala sahaja dan biasanya digambarkan sebagai ‘berdenyut’. 
2. merasa loya dan kadang-kadang muntah. 
3. tidak tahan dengan cahaya yang terang atau bunyi yang kuat
4. Pergerakan kepala juga mungkin menyebabkan kesakitan bertambah.
So, selain mengambil panadol,paracetamol dan lain-lain bentuk ubat penahan sakit ada beberapa cara yang boleh di cuba untuk melegakan sakit kepala migrain ni. Cara tanpa ubat ini boleh di lakukan terus di rumah/ ofis sebab cukup simple dan mudah. 

Cara Menurunkan Tekanan Darah dengan Cepat

Sebagai penghidap tekanan darah tinggi,sebelum ini saya memang selalu menghadapi masalah tekanan darah tinggi naik secara tiba-tiba walaupun makan ubat seperti biasa. Macam-macam cara saya cuba untuk menurunkan tekanan darah dengan cepat sebab takut jadi strok.

Di antara petua yang pernah saya cuba untuk menurunkan tekanan darah dengan cepat adalah dengan berehat sambil berbaring tanpa bantal selama 10-15 minit. Menenangkan diri adalah cara paling asas bagi menurunkan tekanan darah dengan cepat.



Selain itu, saya juga selalu mengamalkan meminum air rendaman bawah putih. Caranya mudah sahaja iaitu dengan ketuk dua ulas bawang putih dan rendamkan dalam air panas. Selepas lebih kurang 5 minit baru di minum air rendaman tersebut. Rasanya agak pedas sedikit so selain itu kadang-kadang saya lagi selesa mengambil pil Garlic Complex Shaklee sebab takde rasa pedas dan cepat


Tekanan darah tinggi boleh di kawal dengan lebih baik sekiranya pemakanan dan ubat di jaga dengan baik. Selain dari diet seharian dan ubat yang di bekalkan oleh hospital, supplemen /makanan tambahan juga bagus di amalkan. 


Diantara supplement yang sesuai di amalkan oleh penghidap masalah tekanan darah tinggi adalah  Omega Guard Shaklee. Omega Guard Shaklee mengandungi Omega-3 yang membantu menurunkan paras trigliserida, kolesterol ‘jahat’ iaitu LDL dan menaikkan paras kolesterol ‘baik’ iaitu HDL. Secara teorinya saintis berpendapat, omega-3 akan memperlahankan pemendapan kolesterol pada dinding saluran darah dan mengurangkan ‘inflamasi’ mikro di seluruh tubuh manusia. 


Nak tau makanan sedap yang boleh bantu kawal tekanan darah tinggi? boleh baca di sini