Selamatkan Buah Pinggang Anda

Terbaca satu site dengan tajuk NANTI BUAH PINGGANG SAYA ROSAK dan saya amat tertarik dengan info yang di berikan dalam tu.

Sebagai si penjual vitamin, saya selalu mendapat soalan dari pelanggan, adakah dengan mengambil supplement ni ubat hospital tak payah ambil dah?

Dan jawapan yang selalu saya berikan, vitamin/ supplement ini hanya makan tambahan yang membantu anda mengawal tapi bukan untuk tujuan merawat. Ubat yang di bekalkan oleh Doktor anda WAJIB di ambil seperti biasa selagi tidak diberhentikan oleh doktor yang merawat. 

Biasanya, kami si penjual vitamin akan tolong anda susun jadual makan vitamin anda mengikut keperluan anda dan ubat lain yang anda ambil. Pastikan anda mintak jadual/aturan makan dari si penjual vitamin Shaklee anda ye.

Sedikit info yang saya petik dari web The Malaysian Medical Gazzet 

Pesakit kronik/ penyakit tidak berjangkit ( NCD)

Penyakit ini lazimnya terdiri daripada 3 penyakit utama yang mempunyai kadar peratusan yang tinggi di negara ini iaitu : 
  1. Darah tinggi (43.5 %- umur lebih 30)
  2. Kencing manis (21%)
  3. Berat badan berlebihan dan obesiti (44%)
Sebenarnya apa yang membahayakan pesakit adalah pembunuh dalam diam iaitu kesan jangka masa panjang penyakit yg tidak terkawal. Ia merupakan risiko kepada penyakit seperti strok, penyakit jantung dan buah pinggang.

Penyakit tidak berjangkit dan komplikasi
Apabila badan berhadapan dgn penyakit kronik, pembuluh darah akan menebal dan saluran darah akan cenderung untuk tersumbat. Apabila ia tersumbat,  ia akan menghalang peredaran darah ke anggota-anggota penting badan seperti otak, jantung, buah pinggang dan saraf-saraf.

Oleh disebabkan perkara di atas, doktor akan memberikan ubat kepada pesakit untuk mengembalikan fisiologi pesakit kepada paras normal. Dengan ini risiko komplikasi seperti strok, serangan jantung dan kerosakan buah pinggang akan berkurangan.







Makan ubat sahaja, boleh elakkan komplikasi?
Sebenarnya, gaya hidup sihat merupakan faktor yg paling penting. Amalan pemakanan yg sihat adalah sangat kritikal bagi menjamin kesihatan seorang pesakit.

Pemakanan untuk pesakit darah tinggi seharusnya kurang masin. Garam yg disyorkan adalah bersamaan 1 1/4 sudu kecil sehari sahaja. Elakkan makanan sampingan seperti jeruk, kicap, sos tomato dan cili.

Manakala bagi pesakit kencing manis adalah kadar gula yang kurang. Bukan tidak langsung makan nasi misalnya. Makan dalam kuantiti yg kecil dan kerap. Pastikan ada sarapan pagi (8am), minum pagi (10am), makan tengahari (1pm), minum petang (4pm) mkn malam (7 mlm), dan sebelum tidur (10mlm).
Separuh pinggan sayuran, satu suku lauk dan suku lagi nasi. Elakkan minuman manis seperti kopi pracampur dan banyakkn minum air kosong. 

Bagi pesakit yang mempunyai kolesterol tinggi pula, elakkan makanan yang digoreng dan berminyak. Lebihkan sup, dan makanan bakar atau stim.
Senaman pula digalakkan selang sehari selama 30min. Contoh aktiviti adalah seperti berjalan laju, berbasikal, badminton dan basuh baju yang banyak.

Jadi, bagaimana hendak memastikan buah pinggang selamat?
Senang sahaja. Ambil ubat yg diperskripsikan, ikut nasihat para profesional, ambil darah bila perlu, ikuti gaya hidup sihat dan jangan lupa datang temu janji.


nak tau supplement yang sesuai bagi penjagaan kesihatan anda? Hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA sekarang


Basic H : Pembersih Periuk Hangus yang Ohsem

Mesti ramai ada periuk hangus dan berkerak kat dapur yang susah nak bersihkan.. Silap masuk tong sampah terus sebab tak larat nak sental kan.. Dapur saya adalah 3 periuk hangus yang perlu di bersihkan. Macam-macam produk pembersih periuk hangus dan penyental saya guna masih tak bersih. (Penat nak sental tu)

Anyway akhirnya saya cuba Basic H untuk bersihkan.. nah  ini hasil yang saya dapat




Meh berkenalan dengan Basic H ni

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate

Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.

Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
*Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
*Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
*Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
*Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
*Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan

Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
*Dinding
*Permukaan dapur, jubin dan lantai
*Peralatan
*Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
*Tingkap dan cermin
*Perkakas
*Benda-benda diperbuat daripada kayu
*Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)



Tahukah Anda?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Vitamin Semulajadi atau sintetik pilihan kita??

Vitamin Shaklee di war-warkan sebagai vitamin semulajadi tapi apakah itu vitamin semulajadi?
Jadual di bawah di harapkan dapat membantu anda memahami apa itu vitamin semulajadi dengan lebih jelas dan terang ya!!!






Hubungi saya untuk mendapat Vitamin Semulajadi yang bersesuaian dengan keperluan seharian anda !!



Sijil Halal Shaklee

Produk Shaklee telah melalui proses pengiktirafan status halal oleh Islamic Services Of America yang merupakan satu badan yang di iktiraf oleh JAKIM. Anda boleh membuat rujukan badan yang di iktiraf oleh JAKIM di sini.


Sijil Halal Shaklee 2013
Sijil Halal 2013

Sijil Halal Shaklee 2014
Sijil Halal 2014