Cara Nak Hilangkan Jerawat Badan

Masalah jerawat badan ni bukan lagi asing tidak kira lelaki atau wanita. Jerawat badan ni boleh jadi salah satu punca kurang keyakinan diri seseorang terutamanya remaja yang masih belajar di sekolah berasrama atau IPTA. 



Mungkin jadi masalah besar kepada si teruna dan anak dara yang bercadang melangsung kan perkahwinan. Menjadi teragak-agak nanti. Yelah dari luar nampak kemas cantik,kulit muka bersih. Tengok belakang badan...penuh dengan jerawat.




Apakah FAKTOR terjadinya Jerawat Badan ?

Jerawat umumnya adalah keadaaan abnormal pada kulit disebabkan gangguan rembesan berlebihan kelenjar minyak yang menyebabkan liang roma tersumbat. Ini menyebabkan bengkakan pada kulit.

Di antara faktor yang dikatakan penyebab masalah kulit ini.
  • Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an.
  • Faktor keturunan seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
  • Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
  • Masalah jerawat di badan seringkali dikaitkan dengan faktor peluh (tidur ketika badan berpeluh).
  • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
  • Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. 
  • Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.

Cara Nak Hilangkan Jerawat Badan

Secara umumnya, paling utama sekali cara nak hilangkan jerawat badan adalah dengan menjaga kebersihan diri dan melindungi kulit dari faktor luaran. Lebih-lebih lagi kalau tergolong dalam golongan yang berisiko seperti yang di nyatakan di atas.

1. Mandi setiap hari 2 atau 3 kali sehari terutama selepas membuat aktiviti yang mengeluarkan peluh

2. Menukar pakaian yang di basahi peluh sekerap mungkin

3. Elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat dan kain yang tidak sesuai dalam cuaca panas

4. Pastikan anda tidur dalam keadaan suhu yang selesa atau tidak berpeluh

5. Kurangkan stress dengan meluangkan masa bersama kawan-kawan dan keluarga.


Selain cara nak hilangkan jerawat badan seperti di atas, anda juga boleh amalkan 


1. Herblax - untuk detoxkan tubuh anda

2. GLA Complex - Membantu mencairkan sebum yang berminyak dan mengurangkan rongga tersumbat

3. Caratomax - Mengawal penghasilan berlebihan sebum

4. Vitamin C 500mg SR - Meningkatkan sistem Imun dan membantu menyekat bakteria dari menjangkiti rongga yang tersumbat.

5. Alfalfa - Membantu mengurangkan jangkitan pada kulit


Untuk penerangan lanjut hubungi saya : 





Cara Tambah Tenaga Ibu Berkerja untuk Urus Rumahtangga ....


Masalah utama seorang ibu yang berkerja ni mesti balik rumah letih tapi kena teruskan juga untuk menguruskan rumah tangga.

Bukan senang nak uruskan rumahtangga tanpa pembantu lebih2 lagi kalau ada anak kecil dan anak-anak yang bersekolah.

Yelah, yang baby dan toddler kena mandikan siapkan kalau dari nursery/pengasuh belum siap. Lepas tu nak masak pulak untuk suami dan anak-anak. Lepas masak dan makan, kena kemas dapur dannnnn baaanyaaak lagi membawa ke tengah malam. Belum kita kerja ofis yang kena sambung buat kat rumah

Untuk ibu berkerja yang menyusukan pulak, in between kerja-kerja rumah ada extra tugas iaitu menyusukan anak.. Sesetengah tu terpaksa bersengkang mata nak buat stok bekalan EBM untuk siang hari pulak.

Jom tengok video ni macam mana Puan ni dapat mengurangkan keletihan badan selepas balik dari bekerja.


Ibu Mengandung Ada Kencing Manis Pergi Hospital Naik Kereta , Balik Naik Van Jenazah

Pernah dengar cerita macam ni? Atau kenal orang macam ni?

Saya pernah dan kenal seorang hamba allah semoga rohnya di cucuri rahmat.

Pada masa sekarang, ibu mengandung ada kencing manis ni bukan lagi perkara luar biasa. Kalau dulu saringan diabetes semasa mengandung, MGTT (minum air gula),di buat pada mimggu ke 28 mengandung atau minggu ke 12 sekiranya ada sejarah kencing manis dalam keluarga dan ibu mengandung yang umur lebih 35tahun.

Tapi kalau tak silap saya bermula tahun 2011/2012 gtu syarat tu telah di ubah.Semua ibu yang berusia 25 tahun ke atas kena minum air gula seawal 12 mggu tu jugak. Kenapa di awalkan? sebab semakin lama semakin muda umur ibu mengandung ada kencing manis. 

Apa yang saya nak cerita di sini bukan pasal MGTT tu tapi berkenaan dengan selepas keputusan keluar. Kalau keputusan cemerlang alhamdulillah anda cuma perlu datang sebulan sekali untuk check-up. Tapi kalau gagal dengan flying colours , hasilnya berulang la ke klinik sebulan sekali untuk check up 4 kali sehari  yang di panggil sebagai BSP.


Amalan biasa ibu-ibu yang buat BSP ni, bermula dari malam sebelum cek tu,diorg akan control makan gila2,jaga betul-betul tak makan minum makanan manis. Dan sepanjang hari tu pun sama juga. Hasilnya keputusan BSP diorg ni normal cantik dan menarik so tidak la d declare sebagai ibu mengandung ada kencing manis. 


Ada masalah ke kat situ??? Masalah yang amat besar di situ wahai ibu-ibu sekalian. Sebabnya pada hari biasa ibu mengandung akan makan seperti biasa,minum manis, makan kek coklat moist meleleh, aiskrim lagi, nasi tak pernah miss pulak tu. So kandungan gula pada hari biasa itu,hari ibu ini menjalani kehidupan normal adalah tidak di ketahui. Ada kemungkinan kandungan gulanya adalah mencanak-canak tinggi.


Di antara masalah yang mungkin akan di hadapai sekiranya di biarkan masalah ibu mengandung ada kencing manis ni adalah : 


1.makrosomia (didefinisikan sebagai bayi yang lahir dengan berat 4.0kg atau lebih).Bayi berkemungkinan akan menghadapi kecederaan di bahu semasa kelahiran dan meningkatkan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean.  
2.Bayi anda mungkin mempunyai paras glukosa darah yang sangat rendah (hipoglisemia) 
3.Bayi juga mudah terdedah kepada Jaundis yang berpanjangan.
4.Bayi anda juga berisiko untuk menjadi obes dan menghidap diabetes jenis 2 apabila dewasa kelak.
5.Ibu berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, diabetik ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit. 
6.Mudah terdedah kepada kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar.
7.Ibu berisiko tinggi mendapat praeklampsia dan tumpah darah.