Set Menyusu Shaklee Penipuan Terbesar SID ??

Bismillahirahmanirahim.....


Shaklee masuk ke pasaran Malaysia dengan jayanya sejak-sejak Set Menyusu Shaklee di commercialkan secara online. Set menyusu Shaklee merupankan set terlaris di seluruh Malaysia kerana di katakan dapat menyebabkan susu ibu melimpah ruah,macam air terjun,sekali pump boleh dapat berbelas oz. Itula yang dapat kita lihat dalam iklan-iklan Set Menyusu Shaklee ni. Walaubagaimana pun ramai pengguna yang akhirnya kecewa kerana tidak mendapat hasil seperti yang di iklankan dan menyebabkan mereka terus memboikot semua produk Shaklee dan SID Shaklee serta menjadi anti Shaklee yang tegar.


Sebagai SID Shaklee yang memang menggunakan Set Menyusu Shaklee seperti yang saya ceritakan dalam entri Kerana Shaklee saya sebenarnya suda merasai sendiri kesan positif Set Menyusu Shaklee. Tapi kalau saya mengharapkan susu melimpah ruah,memancut-mancut memang saya juga akan menjadi pengguna yang kecewa. Kerana apa yang saya dapat dari pengambilan Set Menyusu Shaklee tu adalah setakat tilam banjir setiap kali saya dan anak tidur. Tapi saya amat bersyukur dan berterima kasih dengan set menyusu Shaklee ni. Kerana tanpa Set Menyusu Shaklee dan juga amalan teknik stimulasi dan penyusuan serta menitik beratkan konsep utama penyusuan susu ibu iaitu DEMAND AND SUPPLY saya mungkin tidak akan berjaya menyusukan anak saya yang lahir pra-matang (tidak cukup bulan) dan saya hanya dapat memulakan sesi breastfeeding selepas tiga minggu usia anak saya.


Jasmine 2 wk old. Belum start BF lagi time ni


Saya mempunyai sejarah tidak berjaya breastfeeding dengan anak pertama di sebabkan kekurangan supply susu. Pada ketika itu tidak saya nafikan saya ada banyak kekurangan dari segi pengetahuan tentang konsep penyusuan dan juga teknik penyusuan bayi. Selain itu, saya mengambil ubat darah tinggi yang di katakan akan mengakibatkan supply susu berkurangan dan juga saya mengambil pil hormon tiroksin bagi menggantikan hormon semulajadi selepas membuat pembedahan membuang kelenjar tiroid.


Kelahiran kedua ini menjadikan usaha saya untuk breastfeeding lebih mencabar kerana saya tidak dapat menyusukan bayi sebaik sahaja di lahirkan. Saya memang bergantung sepenuhnya dengan kaedah marmet dan juga mengepam bagi stimulasi. Bersalin c-sec pada 32minggu, susu yang dapat saya perah tidak pun sampai 5ml setiap sesi pada minggu pertama. Namun saya tekad, dengan mengambil Set Pantang + Set Menyusu Shaklee, saya marmet untuk perah susu dan saya pam untuk stimulasi. Walaupun setiap kali saya pam, hampir tiada susu yang keluar tapi saya teruskan setiap 2 jam sekali mengepam kosong. Untuk apa ? itu adalah untuk mewujudkan DEMAND kepada susu kerana saya tiada bayi yang direct latch. Saya mengambil supplement asalnya hanya untuk menguatkan badan supaya saya dapat berulang alik ke hospital untuk bersama anak saya. Dan penambahan set menyusu kerana saya hampir kecewa dengan amaun yang saya dapat terlalu sikit.

Both B on 2nd month. Alhamdulillah

Alhamdulillah, saya berjaya ,menyusukan dan mengepam selama 6 bulan untuk anak kedua saya. Mungkin bagi sesetengah orang 6 bulan itu terlalu singkat, tapi bagi saya itu adalah satu kejayaan. Kerana saya telah berusaha mengepam 2jam sekali,selepas anak menyusu,mengepam di ofis,mengepam semasa outstation dan kejayaan terbesar saya berjaya menyusukan anak saya yang kedua yang memang memerlukan susu ibu. Saya masih makan ubat darah tinggi,saya masih ambil pil hormon( yg ni seumur hidup),saya tiada bayi untuk disusukan selama 3 mggu, tapi saya masih berjaya 6 bulan berbanding 1 bulan sahaja untuk anak yang pertama.


Balik Outstation. Pump And Pack naik flite Kuching- KK

Apa yang saya ingin kongsikan di sini, bukan susu melimpah ruah penuh freezer yang kita impikan,ada sesetengah ibu, dapat menghasilkan bekalan susu yang cukup untuk anak suda memadai,kerana tidak semua di berikan anugerah susu melimpah macam air terjun. Memang ramai yang tidak perlu berusaha untuk menghasilkan susu,cukup DL setiap kali anak demand pun cukup untuk mereka. Tapi masih ramai ibu-ibu yang perlu bantuan bukan setakat dari teknik penyusuan dan mengepam tapi juga bantuan supplemen. Ibu-ibu sebeginilah yang saya ingin bantu dengan berkongsi kejayaan kecil saya ini.

Iklan-iklan SID Shaklee itu akan menjadi penipuan besar sekiranya anda mengharapkan hanya dengan mengambil supplemen supply akan menjadi sampai tak muat freezer. Penipuan yang tiada tandingan sekiranya anda mengharap dengan hanya menyusukan bayi pada waktu malam dan  tidak mengepam semasa berkerja,ambil supplement susu anda tidak akan berkurang. Kalau anda tidak mengamalkan konsep DEMAND AND SUPPLY, makan la apa pun, pada akhirnya susu anda tetap akan berkurang dan akhirnya kering, FULL STOP. Tiada kompromi di situ. Penyusuan Susu Ibu adalah satu kerja  yang susah sebenarnya kalau anda tidak ada pengetahuan atau sokongan terutama ibu-ibu yang hamil anak pertama.

Anda perlukan sokongan? Anda perluka n sedikit tips untuk bayi pramatang? Hubungi saya insyallah saya membantu anda setakat mana yang saya mampu




Tiada ulasan:

Catat Ulasan