Cara Nak Hilangkan Jerawat Badan

Masalah jerawat badan ni bukan lagi asing tidak kira lelaki atau wanita. Jerawat badan ni boleh jadi salah satu punca kurang keyakinan diri seseorang terutamanya remaja yang masih belajar di sekolah berasrama atau IPTA. 



Mungkin jadi masalah besar kepada si teruna dan anak dara yang bercadang melangsung kan perkahwinan. Menjadi teragak-agak nanti. Yelah dari luar nampak kemas cantik,kulit muka bersih. Tengok belakang badan...penuh dengan jerawat.




Apakah FAKTOR terjadinya Jerawat Badan ?

Jerawat umumnya adalah keadaaan abnormal pada kulit disebabkan gangguan rembesan berlebihan kelenjar minyak yang menyebabkan liang roma tersumbat. Ini menyebabkan bengkakan pada kulit.

Di antara faktor yang dikatakan penyebab masalah kulit ini.
  • Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an.
  • Faktor keturunan seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
  • Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
  • Masalah jerawat di badan seringkali dikaitkan dengan faktor peluh (tidur ketika badan berpeluh).
  • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
  • Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. 
  • Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.

Cara Nak Hilangkan Jerawat Badan

Secara umumnya, paling utama sekali cara nak hilangkan jerawat badan adalah dengan menjaga kebersihan diri dan melindungi kulit dari faktor luaran. Lebih-lebih lagi kalau tergolong dalam golongan yang berisiko seperti yang di nyatakan di atas.

1. Mandi setiap hari 2 atau 3 kali sehari terutama selepas membuat aktiviti yang mengeluarkan peluh

2. Menukar pakaian yang di basahi peluh sekerap mungkin

3. Elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat dan kain yang tidak sesuai dalam cuaca panas

4. Pastikan anda tidur dalam keadaan suhu yang selesa atau tidak berpeluh

5. Kurangkan stress dengan meluangkan masa bersama kawan-kawan dan keluarga.


Selain cara nak hilangkan jerawat badan seperti di atas, anda juga boleh amalkan 


1. Herblax - untuk detoxkan tubuh anda

2. GLA Complex - Membantu mencairkan sebum yang berminyak dan mengurangkan rongga tersumbat

3. Caratomax - Mengawal penghasilan berlebihan sebum

4. Vitamin C 500mg SR - Meningkatkan sistem Imun dan membantu menyekat bakteria dari menjangkiti rongga yang tersumbat.

5. Alfalfa - Membantu mengurangkan jangkitan pada kulit


Untuk penerangan lanjut hubungi saya : 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan