Bahaya Amalkan Herb-Lax Setiap Hari

Herb Lax merupakan salah satu produk Shaklee Malaysia yang paling laris dan mempunyai permintaan tinggi, Herb Lax di gunakan secara meluas dalam set diet Shaklee yang di sediakan oleh SID Shaklee Malaysia. Tahukah anda pengambilan Herb Lax tanpa aturan yang betul boleh membawa kepada kemudaratan? 




Sebelum kita lihat kesan buruk jika mengamalkan herblax tanpa konsultasi yang betul,mari kita berkenalan dulu dengan Herb Lax.  Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi:

  • Senna Leaves – Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pd usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
  • Buckhorn bark – Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.
  • Licorice Root – Membantu proses detoksifikasi.
  • Fennel seeds – Mengeluarkan toksin yangterkumpul akibat lebihan makanan danpengambilan alcohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalahsembelit dan kembung perut atau usus.
  • Anise seeds – Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membanti proses pencernaan.
  • Rhubarb root – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakansebagai antibiotic.
  • Blue Malva Flower – Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
  • Culver’s root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.
  • Alfalfa leaves – Membersihkan usus, darah dan hati.

Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis.Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.






Kebaikan Herb Lax

  • pembersihan najis yang tersekat
  • meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • membantu masalah sembelit
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • mengempiskan perut
  • ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba.

Siapakah yang perlu amalkan Herb Lax ? 

  • pengamal tegar ubat tahan sakit.
  • mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit 
  • mereka yang banyak jerawat
  • pesakit gout
  • mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan suplemen

Kesan penggunaana Herb Lax tanpa kawalan

Herb-Lax tergolong dalam kategori julap yang lembut dan hanya sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus. Penggunaan julap tanpa kawalan akan  mengakibatkan kebergantungan kepada produk. Kebergantungan bermaksud sekiranya tanpa julap usus tidak dapat berfungsi seperti biasa dan membawa kepada masalah sembelit yang teruk.


Dapatkan konsultasi dari SID anda cara pengambilan Herb-Lax yang betul atau hubungi saya untuk mendapatkan produk dan konsultasi percuma.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan