GLA Complex VS Evening Primrose Oil Untuk Melegakan Simpton Prahaid dan Menopause

Evening Primrose Oil telah di gunakan secara meluas sejak dahulu lagi. Evening Primrose Oil atau di kenali dengan singkatan EPO biasanya di gunakan untuk menjaga kesihatan dalaman wanita terutamanya yang mempunya sindrom pra-haid yang teruk dan wanita menopause. 




Ramai yang membandingkan antara EPO dan juga GLA Complex Shaklee tanpa melihat apa itu sebenarnya EPO.



Apakah itu Evening Primrose Oil (EPO)?



Evening primrose (atau dalam bahasa Latinnya Oenothera biennis) merupakan tumbuhan yang unik serta menarik yang juga dikenali sebagai ‘evening star’. Tumbuhan ini terdapat di kawasan iklim sederhana di Amerika Utara dan Eropah serta di tempat-tempat lain di seluruh dunia yang mempunyai iklim yang sama. Evening primrose oil (EPO) dihasilkan daripada biji benih tumbuhan yang unik ini.
Bahan aktif
Evening primrose oil lazimnya digunakan dalam pemakanan tambahan dan kosmetik. Bahan aktif yang terdapat dalam evening primrose oil adalah asid lemak omega-6, asid gamma-linolenik dan asid linoleik (asid lemak perlu). Asid lemak perlu adalah penting dalam badan bagi tujuan tumbesaran dan perkembangan.
Kegunaan
  • Evening primrose oil digunakan untuk melegakan ekzema (keadaan di mana kulit mengalami keradangan, menjadi gatal atau bersisik akibat alergi atau iritasi lain). Evening primrose oil dapat membantu melembapkan dan melembutkan kulit apabila ia disapukan pada kulit.
  • Evening primrose oil juga digunakan untuk melegakan simptom-simptom fizikal dan psikologikal sindrom prahaid seperti sakit pada payudara akibat perubahan hormon semasa haid, serta simptom menopaus seperti ‘hot flushes’ serta kekejangan otot.
  • Evening primrose oil digunakan untuk keadaan yang yang melibatkan keradangan seperti artritis reumatoid. Dalam kes ini, asid gamma linolenik yang terdapat dalam evening primrose oil menghalang penghasilan bahan kimia yang menyerupai hormon dalam darah yang dinamakan prostaglandin.

Ini sedikit sebanyak maklumat berkenaan EPO yang saya perolehi dari laman web myhealth.gov.my


Bagaimana pula dengan GLA Complex Shaklee?

GLA Complex Shaklee juga mengandungi asid gamma-linolenik (Gamma Linolenik Acid) yang tapinya kandunan GLA dalam GLA Complex Shaklee di perolehi dari sumber Borage Oil bukannya dari sumber Evening Primrose Oil.



Apa Itu GLA (Gamma Linolenic Acid)

Gamma Linolenic Acid atau lebih di kenali dengan singkatan GLA pertama kali diasingkan daripada daripada Evening Primrose Oil Seed. Tumbuhan herba ini ditanam oleh orang asli Amerika untuk merawat bengkak di dalam badan. Pada abad ke-17, ia telah diperkenalkan ke Eropah dan menjadi ubat tradisional popular, mendapat nama ‘king's cure-all’. 

GLA diperolehi daripada minyak sayuran seperti minyak safflower (Carthamus tinctorius),minyak primrose (Oenothera biennis) (EPO), minyak biji kismis hitam, minyak biji borage, dan minyak biji rami. GLA juga ditemui dalam jumlah yang berbeza dalam biji rami boleh dimakan, oat, barli, dan spirulina. Minyak safflower tidak mengandungi GLA, tetapi apabila telah diubahsuai secara genetik GLA minyak safflower didapati dalam kuantiti komersial sejak 2011 mengandungi 40% GLA.  minyak Borage mengandungi 20% GLA, julat minyak Evening Primrose dari 8% kepada 10% GLA dan minyak Blackcurrant mengandungi 15-20%.

Sumber : Wikipedia

GLA Complex Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO.




Kesimpulannya, pilihan di tangan anda untuk menggunakan GLA dari sumber Evening Primrose atau dari Sumber Borage untuk mendapatkan kesan yang terbaik untuk kesihatan anda.

Untuk membuat pesanan 


atau hubungi saya untuk COD 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan