Tips Untuk Atasi Muntah Dan Loya Semasa Hamil

Alhamdulillah dua tiga bulan ni, banyak terima berita baik kawan-kawan yang berjaya hamil. Ada yang hamil tanpa di rancang, ada yang memang di nanti-nanti, apa pun semua kehamilan membawa berita gembira di hati ibu-ibu kan..



Kegembiran semasa hamil ada sedikit tergugat dengan kemunculan mabuk hamil atau morning sickness. Morning sickness boleh berlaku pada bila-bila masa seawal minggu ke 6 kehamilan dan biasanya berakhir pada lewat minggu ke 16. Ada juga ibu yang mengalaminya sepanjang trimester kedua kehamilan. 

Punca utama berlakunya morning sickness ni adalah disebabkan oleh kehadiran hormone dalam kuantiti banyak di awal kehamilan terutamanya hormon hCG. Mau atau tidak morning sickness terpaksa di hadapi oleh bakal-bakal ibu.

Saya kongsikan sedikit beberapa tips untuk mengatasi muntah dan loya semasa hamil.

1. Makan biskut/cracker sebaik bangun dari katil untuk membantu menyerap asid perut dan membantu menjaga tahap gula dalam darah supaya tidak terlalu rendah




2. Cuba makan snek setiap 2 jam atau sepanjang hari untuk memastikan perut tidak kosong. Perut yang kosong boleh mencetuskan asid yang menyebabkan rasa loya dan muntah.

3. Makan makanan yang boleh mencegah muntah seperti avocado,protein,keju,susu,yogurt dan asam-asam bagi mengurangkan rasa loya.Untuk ibu yang sedang mengandung, Shaklee produk yang boleh di amal adalah ESP dan Mealshake untuk mencegah muntah.



4 Elakkan makanan yang boleh mencetuskan muntah seperti makanan berminyak,kafein dan makanan yang manis-manis

5. Minum air yang secukupnya bagi menggantikan bendalir yang hilang dan bagi mengelakkan sembelit. Bagi mengurangkan loya boleh tambahkan sepotong lemon dalam air minuman anda.



6.Elakkan makan dalam jumlah banyak dan begitu juga dengan air

7. Jauhkan diri dari bau-bauan yang kurang menyenangkan dan juga dari tempat yang hangat dan penuh sesak. 

8. Ambil vitamin pranatal selepas makan atau sebelum masuk tidur. untuk set pranatal Shaklee amal Vitalea (iron supplement) , Vitamin C dan B Complex.

9. Legakan perut dengan makanan yang berhalia seperti sup dan masak halia. Shaklee menyediakan satu supplement halia yang senang di ambil dengan peppermint iaitu Peppermint Ginger Plus


10. Jumpala doktor anda sekiranya keloyaan anda teruk dan menyebabkan anda tidak bermaya.


Selamat Menikmati Saat Indah Kehamilan Anda !!
 

Kesan Kekurangan Protein Dalam Badan

Ramai yang tidak menyedari kekurangan protein dalam badan boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan. Protein boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi.



Hari ni saya nak share pasal kekurangan protein. Saya terfikir nak search pasal kekurangan protein ni sebab anak saya dulu selalau makan nasi kosong je. So saya risau sebab daging,ikan , sayur dan ayam tu jarang betul dia makan.  Tapi alhamdulillah sekarang sejak amal mealshake dan dipaksa makan ayam, skrang kalau makan memang berlauk la dia.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati. Pengambilan protien membantu menghasilkan sel baru maka sel mati dan sel lama ini dapat disingkirkan.


Semasa anak saya makan nasi kosong tu ja, apa yang nampak kaki dia cepat lebam bila terlanggar apa-apa benda. Lepas tu kuku anak memang tak cantik dia pecah2. Badan tak usah cakap la kan, memang kurus cekeding. Anyway mari kita lihat dulu risiko secara umum kesan kekuarangan protein dalam badan ya
RISIKO KEKURANGAN PROTEIN:(SECARA UMUM)

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)

5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)







Huh banyak kan kesan nyaaa...So pastikan pengambilan protein harian kita mencukupi ya. Oh ya protein bukan datang dari daging,ikan dan ayam ja tau.. Untuk yang vegetarian, mereka mendapat sumber protein dari sayur-sayuran jugak. Paling banyak mereke menggunakan soya sebagai pengganti daging,ayam dan ikan kena kandungan protein dalam soya adalah tinngi. Tapi sayur-sayuran lain banyak protein jugak kita tgk dlm gambar di bawah ni.




Untuk family saya selain protein dari pemakanan harian saya juga tambah Mealshake untuk anak-anak sebab diorg ni makan memilih so untuk memastikan cukup nutrisi harian tambah satu hidangan Mealshake. Dan untuk saya dan husband kami ambil ESP Shaklee sebab husband aktif ke gym perlukan protein jaga otot dan saya memerlukan tenaga berpanjangan setiap hari...



Tips Legakan Batuk Anak Tanpa Ubat

Sejak akhir-ahkir cuaca yang tidak menentu mengakibatkan anak-anak kecil ramai yang mengalami batuk dan selsema. Kanak-kanak di bawah usia setahun tidak digalakkan untuk mengambil ubat batuk dan selsema. Oleh itu mari kita lihat beberapa tips yang mungkin boleh membantu melegakan batuk anak-anak kita ya..

Beberapa petua ini saya dah cuba sendiri dan alhamdulillah ianya berkesan. 

Tips Melegakan Batuk Anak tanpa Ubat

1. Madu asli.

Untuk kanak-kanak, 1 sudu kecil. Kalau madu tu pekat tambahkan sedikit air.Madu boleh mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari. Ibu bapa boleh memberikan madu yang lembut pada anak berusia 2 tahun ke atas. Bagi bayi kurang setahun, pemberian madu dikhuatiri boleh menimbulkan alahan, oleh itu di nasihatkan berhati- hati jika ibubapa memberi madu pada bayi kecil.

2. Kunyit hidup 

Kunyit hidup tu, di gosokkan di permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, kemudian serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi dan hidung bayi untuk melegakan hidung tersumbat.

3. Minyak Bawang Putih
Panggang bawang putih dgn kulit sampai masak atau kulitnya sudah hitam, kemudian lenyekkan pada minyak, sapu di dada anak ketika batuk selsema..
4. Garlic socks : 
Letakkan bawang putih pada stokin anak. Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau yg berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih). Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih yang telah dibuat sprt gambar di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.
 
Untuk anak yg lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus . 
5. Petua bawang merah

Potong bawang merah kepada 2 dan letakkan di tepi bantal anak, buat selama 3 hari berturut. Bawang akan meng'absorb' semua virus2 di udara. Bawang yang terdedah tadi jangan di gunakan didalam makanan kerana dikuatiri memudaratkan. 


6. Gula Melaka

Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak- kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.

7. Pucuk Ubi

Jika anak kecil anda sedang batuk, cubalah merawatnya dengan cara berikut. Ambil sedikit pucuk ubi dan sedikit kapur (kapur yang digunakan untuk makan sirih) dan ramas-ramas atau digonyoh dengan kedua-dua tapak tangan hingga keluar air.
Ambil air itu dan sapukan dileher dan dada anak anda. Insya Allah, batuknya akan berkurangan dan beransur hilang.


8. Air suam,madu dan lemon.

campurkan air suam dengan sedikit madu dan lemon dan berikan kepada anak. Berikan sebagai minuman biasa 2-3 kali sehari sehingga lega.

9. Elakkan minuman sejuk yang boleh menyebabkan bronchospasm ( salur pernafasan mengecut dan juga elakkan juga makanan berminyak.
10. Bagi bayi yang menyusu badan, ibu digalakkan bagi menambah kekerapan susu badan.Susu badan mengandungi antibodi dan air yang diperlukan oleh bayi, terutama ketika sakit.
11. Untuk bayi kecil, boleh gunakan penyedut yang ada dijual di farmasi untuk menyedut hingus dalam hidung. Jika anak- anak telah sedikit besar , galakkan mereka menggunakan tisu untuk membuang hingus dan terus dibuang. 
12. Berikan minum banyak air masak
Air suam dapat melegakan tekak yang kering. Di samping melegakan demam jika ada, air yang banyak juga boleh mencairkan kahak dan memudahkan kahak dikeluarkan. Dengan tekak yang tidak kering dan kahak cair,batuk akan cepat lega.
13. Tinggikan sedikit bantal ketika tidur malam/ siang bagi memudahkan pernafasan.
14. Kalau ada water heater di rumah, boleh membuka shower air panas dibilik mandi dan tutup pintunya agar bilik air menjadi berwap. Kemudian duduklah bersama anak puan selama 20 minit di dalam bilik air berwap itu. Wap panas tersebut akan memudahkan pernafasan anak dan melegakan batuk anak.


Selamat Mencuba ya Mommies.... saya paling suka kunyit,bawang putih dan wap. Selain tu saya mmg banyakkan pengambilan air anak dan rajin bersihkan hidung..

Tips Banyakkan Susu Ibu Tanpa Supplement??

Sejak akhir-akhir ni pelbagai jenis supplement ditawarkan untuk ibu yang menyusu. Semuanya menjanjikan susu yang melimpah-limpah,memancut-mancut hanya dengan pengambilan supplement. Mind set ibu muda / first time mommy sampai terganggu kerana beranggapan tanpa bantuan supplement banyakkan susu,susu tidak meriah dan tidak cukup untuk anak. Saya juga jual supplement Shaklee tapi tujuan supplement Shaklee bukan la untuk banyakkan susu sampai melimpah ruah meriah bagai tapi untuk memberikan kesihatan dan nutrisi kepada si ibu, Bila ibu sihat,badan segar, minda segar penghasilan susu lebih aktif dan produktif.

Kali ni saya ingin sharekan tips-tips banyakkan susu ibu tanpa bantuan supplement yang di beli. kalau tips ini di amalkan dengan mind set yang betul insyallah ibu tidak perlu susu melimpah susu meriah.


1. Susukan bayi mengikut permintaan

    bayi yang baru lahir mempunyai perut yang kecil. Jumlah susu yang boleh di ambil adalah sedikit berbanding yang suda berusia 1 bulan, 2 bulan dan seterusnya. Kuantiti yang boleh di digest adalah sedikit oleh itu bayi anda anda menyusu berkali-kali dalam masa sehari. Kebiasaanya dalam tempoh 2jam sekali. Tapi ada juga bayi yang akan menyusu selang sejam maknanya bayi anda akan menyusus 12 kali sehari. ada ibu-ibu yang penat dengan rutin ini dan akhirnya mengalah dan memberikan susu formula dengan alasan anak lapar tidak cukup susu. Sebenarnya memang nature bayi minum susu berulang2 kali. Demand dari bayi ini lah yang akan membantu ibu-ibu meningkatkan supply susu ibu.



2. Elakkan dari memberi susu Formula

    Seperti yang saya tulis sebelum ni, bila bayi merengek setiap sejam, si ibu mula beranggapan bayinya kekurangan susu,lapar dan akhirnya mengalah dan memberikan susu formula. Bila ibu sudah mula memberi susu formula, demand dari bayi kepada susu ibu akan berkurangan, Bila demand sudah kurang,maka supply pun akan berkurangan. Susu formula yang diberikan melalui botol menggunakan puting palsu, ini akan mengakibatkan bayi ada keliru antara puting sebenar dan puting palsu. Dan akibatnya akan menolak untuk direct latch. Tiada direct latch tiada demand maka tidak ada supply. Melainkan ibu meneruskan dengan sesi mengepam sepanjang hari bagi menggantikan demand dari bayi.




3. Banyakkan Makan makan berkhasiat

    Dalam menyusukan bayi, ibu perlu berada dalam keadaan yang sihat dan segar. Pemakanan ibu perlulah di jaga dan semestinya mempunyai nutrisi yang cukup. Nutrisi yang cukup bermakna gizi pemakanan ibu perlulah seimbang,ada karbohidrat,protein dna serat yang cukup. Amalam pemakanan dalam pantang ibu-ibu adakalanya tidak seimbang dan mengakibatkan ibu kekurangan nutrisi tertentu lalu mengalami masalah seperti sembelit,sakit-sakit badan dan tidak bermaya.



4. Berehat Dengan Cukup dan Tenang
Ibu yang baru lepas melahirkan banyak kehilangan tenaga semasa proses kelahiran dan ini memerlukan rehat yang cukup di awal-awal hari berpantang. Ibu seharusnya mengambil peluang  disaat bayi sedang tidur untuk berehat dan bukannya membuat kerja rumah lain. Memang ada keadaan di mana ibu tidak mempunyai pilihan selain terpaksa membuat kerja rumah dan menjaga anak2 yang lain tapi sekurang-kurang ibu masih ada masa untuk menenangkan diri. Ketenangan dan cukup rehat tanpa stress adalah satu lagi kunci penghasilan susu ibu. Ibu yang menyusukan bayi dengan tenang tanpa terkejar-kejar untuk membuat sesuatu, dapat memastikan bayi menyusu dengan puas dan mengosongkan susu. Bila kosong,proses pengisian semula akan lebih cepat dan bertambah sekiranya di perlukan.



Selamat Breastfeeding Mommy.... Kalau rasanya anda ada masalah breastfeeding jangan berdiam diri, hubungi Pakar Laktasi berhampiran atau pergi ke Klinik Kesihatan Ibu Anak terdekat untuk meminta bantuan. Anda juga boleh pm saya di FB :Hidayah A Kassim sekiranya ingin mendapatkan bantuan saya cuba bantu kenalkan anda dengan pakar laktasi terdekat.



5 Makan Lazat yang membantu Menurunkan Tekanan Darah

Dalam usaha mengawal tekanan darah tinggi, kita selalu di momokkan dengan makanan sihat dan kebanyakannya rasanya yang tidak sedap. Sebagai orang yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi saya memang terpaksa mengawal pemakanan dengan ketat. Dengan sedikit google research dan perbincangan dengan doktor saya berjaya menemui beberapa makanan yang sedap dan lazat tapi juga bagus untuk bagi membantu mengawal tekanan darah tinggi.


Tekanan darah tinggi pada masa kini bukan lagi masalah khas untuk warga emas tapi juga di hidapi oleh golongan muda seawal usia 20 an. Saya sendiri mula di kesan mempunyai masalah darah tinggi semasa mengandung anak yang pertama di usia 20an. Selepas 2 tahun tekanan darah tinggi saya normal semula dan kembali tinggi semasa mengandung anak kedua saya di mana saya di declare pre-eclampsia. Lepas bersalin sehingga la sekarang saya masih mengambil ubat dari hospital tapi dengan mengawal pemakanan dan pengambilan supplemen saya dapat mengurangkan dos ubat.


Berikut adalah 5 makanan yang lazat dan mampu membantu mengawal tekanan darah tinggi yang memang saya amalkan sampai ke hari ini :

Buah Pisang


Buah pisang adalah buah yang paling popular , pisang adalah lazat, mudah didapati, murah dan penuh dengan serat. Setiap pisang juga mempunyai sekurang-kurangnya 450 miligram kalium, yang paling kuat di antara ubat semula jadi bagi membantu merendahkan tekanan darah tinggi.

Untuk merendahkan tekanan darah , anda perlu mengurangkan pengambilan garam dan menelan lebih kalium juga. Banyak bukti saintifik telah membuktikan bahawa kekurangan elektrolit ini memainkan peranan penting dalam kejadian penyakit tekanan darah tinggi dan yang menghadkan pengambilan kalium boleh menyebabkan kenaikan tekanan darah walaupun di kalangan orang yang tidak mempunyai masalah sebelumnya. Pengambilan kalium yang rendah juga menambah kemungkinan anda mengalami strok.


Avocado

Satu lagi kuasa besar kalium, Avocado, mengandungi 975 miligram mineral. Ia juga mempunyai pelbagai  vitamin, mineral, fitonutrien dan lemak monotaktepu untuk jantung yang sihat. Cuba gantikan avokado masak pada sandwich dan bukannya mayonis atau mentega .


Yogurt


Orang dewasa yang mengambil 1000-1500 miligram kalsium sehari dalam makanan mereka mengurangkan risiko dijangkiti tekanan darah tinggi, menurut satu kajian .

Bagaimana anda mungkin mendapat kalsium yang cukup daripada makanan? Mulakan dengan sumber yang paling kaya di luar sana - yogurt tanpa lemak biasa - dan makan dua atau lebih cawan sehari. Yogurt juga dapat menjaga sistem penghadaman anda selaras dengan membekalkan secara langsung probiotik seperti Lactobacillus acidophilus dan Bifidobacterium lactis, yang menggalakkan fungsi usus.



Coklat gelap  (Dark Chocolate)



Ini kegemaran saya dalam usaha mengawal tekanan darah tinggi .Apa yang ada dalam coklat gelap yang dapat memberi manfaat ? Polyphenols, kelas utama phytochemical bioaktif terbukti untuk melindungi daripada penyakit jantung dan vaskular. Flavonoid, subkelas polifenol yang mencakupi kira-kira dua pertiga daripada pengambilan polifenol, terdapat dalam kepekatan yang tinggi dalam coklat gelap, dan juga buah-buahan dan sayur-sayuran. Untuk memenuhi keinginan coklat dan menurunkan tekanan darah anda, pergi kepada sumber asli.. Serbuk koko asli tanpa gula mempunyai kepekatan tertinggi flavonoid berbanding sebarang produk coklat, diikuti dengan coklat memasak tanpa gula . Serbuk koko juga rendah gula, lemak dan kalori daripada bar coklat pepejal.


Wain Merah 



Oopps ini saya bukan minum Red Wine ye.. Saya amalkan Vivix Shaklee yang mempunyai kebaikan lebih dari red wine ni. Pengambilan Wain merah yang terlalu banyak meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dan pelbagai masalah kesihatan yang lain. Tetapi dalam jumlah yang sederhana (dan hanya secara sederhana), wain merah melegakan arteri sekaligus merendahkan tekanan darah tinggi, mengurangkan gula dalam darah dan mengurangkan risiko penyakit kencing manis anda.


Kuncinya adalah kehadiran bahan-bahan yang dipercayai untuk menurunkan tekanan darah dalam kombinasi - etil alkohol (etanol) dan polifenol antioksidan, termasuk resveratrol dan procyanidins.


So siapa kata pemakanan untuk kesihatan itu tidak sedap belaka? Makanan boleh jadi sedap dan berkhasiat tinggi dalam masa yang sama asalkan kita pandai mempelbagaikan nya...

Selamat Menjaga Pemakanan Anda ya!!!!

Jauhi 5 Makanan Yang Tidak Sihat Untuk Kanak-kanak

picture kredit
Saya sendiri sebagai seorang ibu kadang-kadang pandai mengelat bagi anak makan makanan yang cepat dan mudah. Biasanya makanan yang cepat dan mudah ini adalah makanan yang sudah di proses terlebih dahulu.
Memberi anak-anak makan makanan seperti ini bukan kehendak seorang ibu tapi saya biasanya akan menyedapkan hati dengan mengatakan dari anak langsung tidak menjamah makanan baiklah di beri makanan walaupun processed food. Rasanya ramai ibu yang seperti sayakan... Setiap kali saya bercerita dengan ibu-ibu masalah utama adalah anak tidak berselera untuk makan ataupun memilih makanan tertentu sahaja untuk dimakan.

Apapun mari kita lihat 5 jenis makanan yang patut di hindari dan dijauhi oleh kanak-kanak :

1. Bijiran Sarapan Pagi

Iklan di TV mencanangkan kebaikan bijirin sarapan pagi yang penuh dengan khasiat dan mineral untuk memberi tenaga sepanjang hari kepada kanak-kanak. Hakikatnya, bijiran sarapan pagi yang menarik minat kanak-kanak adalah bijirin sarapan yang berwarna warni bungkusan nya dan semestinya mengandungi kandungan gula yang lebih dari yang sepatutnya untuk kanak-kanak.

2. Kentang Goreng


Kentang goreng tidak kita yang di beli dari kedai makanan segera atau yang di beli dari peti sejuk beku pasaraya tidak memberi sebarang khasiat kepada anak anda. Malah mengandungi lemak dan garam yang tinggi kerana ianya perlu di deep fried dan di siram garam untuk menambahkan rasa.

3. Daging proses


Daging proses seperti sosej dan nuget memang menjadi kebiasaan mengisi peti ais ibu-ibu yang mempunyai anak yang sedang membesar. Cepat dan amat mudah di sediakan hanya perlu keluarkan dari freezer dan goreng. Masalah sebenar daging proses adalah ianya bertindak sebagai span menyerap minyak gorengan selain daripada bahan kimia yang di gunakan.


4. Pizza

Pizza memang sejenis hidangan yang lazat dan paling mudah hanya perlu order secara online atau panggilan telefon ianya sampai di depan pagar. Pizza mengandungi kalori dan lemak tinggi selain dari daging proses yang di gunakan dalam isi pizza tersebut.

5. Makan Ringan/Snek


Sukar untuk kita mencari kanak-kanak yang tidak menggemari snek/makanan ringan. Ini kerana bentuk nya menarik,rasanya yang sedap dan amat mudah dan senang di makan. Snek/makanan ringan ini diperbuat daripada tepung yang telah di tambah dengan perisa sintetik,pewarna tiruan,bahan pengawet serta mengandungi kandungan minyak dan garam.gula yang tinggi.

Bagaimana mengelakkan anak dari mengambil makanan sebegini?


1. Cari alternatif makanan yang organik/natural



2. buat sendiri snek di rumah



3. Jangan biasakan anak dengan membelikan makanan tidak sihat



Jom kita sama-sama menjaga pemakanan sihat anak-anak kita !!!