Tips Banyakkan Susu Ibu Tanpa Supplement??

Sejak akhir-akhir ni pelbagai jenis supplement ditawarkan untuk ibu yang menyusu. Semuanya menjanjikan susu yang melimpah-limpah,memancut-mancut hanya dengan pengambilan supplement. Mind set ibu muda / first time mommy sampai terganggu kerana beranggapan tanpa bantuan supplement banyakkan susu,susu tidak meriah dan tidak cukup untuk anak. Saya juga jual supplement Shaklee tapi tujuan supplement Shaklee bukan la untuk banyakkan susu sampai melimpah ruah meriah bagai tapi untuk memberikan kesihatan dan nutrisi kepada si ibu, Bila ibu sihat,badan segar, minda segar penghasilan susu lebih aktif dan produktif.

Kali ni saya ingin sharekan tips-tips banyakkan susu ibu tanpa bantuan supplement yang di beli. kalau tips ini di amalkan dengan mind set yang betul insyallah ibu tidak perlu susu melimpah susu meriah.


1. Susukan bayi mengikut permintaan

    bayi yang baru lahir mempunyai perut yang kecil. Jumlah susu yang boleh di ambil adalah sedikit berbanding yang suda berusia 1 bulan, 2 bulan dan seterusnya. Kuantiti yang boleh di digest adalah sedikit oleh itu bayi anda anda menyusu berkali-kali dalam masa sehari. Kebiasaanya dalam tempoh 2jam sekali. Tapi ada juga bayi yang akan menyusu selang sejam maknanya bayi anda akan menyusus 12 kali sehari. ada ibu-ibu yang penat dengan rutin ini dan akhirnya mengalah dan memberikan susu formula dengan alasan anak lapar tidak cukup susu. Sebenarnya memang nature bayi minum susu berulang2 kali. Demand dari bayi ini lah yang akan membantu ibu-ibu meningkatkan supply susu ibu.



2. Elakkan dari memberi susu Formula

    Seperti yang saya tulis sebelum ni, bila bayi merengek setiap sejam, si ibu mula beranggapan bayinya kekurangan susu,lapar dan akhirnya mengalah dan memberikan susu formula. Bila ibu sudah mula memberi susu formula, demand dari bayi kepada susu ibu akan berkurangan, Bila demand sudah kurang,maka supply pun akan berkurangan. Susu formula yang diberikan melalui botol menggunakan puting palsu, ini akan mengakibatkan bayi ada keliru antara puting sebenar dan puting palsu. Dan akibatnya akan menolak untuk direct latch. Tiada direct latch tiada demand maka tidak ada supply. Melainkan ibu meneruskan dengan sesi mengepam sepanjang hari bagi menggantikan demand dari bayi.




3. Banyakkan Makan makan berkhasiat

    Dalam menyusukan bayi, ibu perlu berada dalam keadaan yang sihat dan segar. Pemakanan ibu perlulah di jaga dan semestinya mempunyai nutrisi yang cukup. Nutrisi yang cukup bermakna gizi pemakanan ibu perlulah seimbang,ada karbohidrat,protein dna serat yang cukup. Amalam pemakanan dalam pantang ibu-ibu adakalanya tidak seimbang dan mengakibatkan ibu kekurangan nutrisi tertentu lalu mengalami masalah seperti sembelit,sakit-sakit badan dan tidak bermaya.



4. Berehat Dengan Cukup dan Tenang
Ibu yang baru lepas melahirkan banyak kehilangan tenaga semasa proses kelahiran dan ini memerlukan rehat yang cukup di awal-awal hari berpantang. Ibu seharusnya mengambil peluang  disaat bayi sedang tidur untuk berehat dan bukannya membuat kerja rumah lain. Memang ada keadaan di mana ibu tidak mempunyai pilihan selain terpaksa membuat kerja rumah dan menjaga anak2 yang lain tapi sekurang-kurang ibu masih ada masa untuk menenangkan diri. Ketenangan dan cukup rehat tanpa stress adalah satu lagi kunci penghasilan susu ibu. Ibu yang menyusukan bayi dengan tenang tanpa terkejar-kejar untuk membuat sesuatu, dapat memastikan bayi menyusu dengan puas dan mengosongkan susu. Bila kosong,proses pengisian semula akan lebih cepat dan bertambah sekiranya di perlukan.



Selamat Breastfeeding Mommy.... Kalau rasanya anda ada masalah breastfeeding jangan berdiam diri, hubungi Pakar Laktasi berhampiran atau pergi ke Klinik Kesihatan Ibu Anak terdekat untuk meminta bantuan. Anda juga boleh pm saya di FB :Hidayah A Kassim sekiranya ingin mendapatkan bantuan saya cuba bantu kenalkan anda dengan pakar laktasi terdekat.



2 ulasan:

  1. Info yang bagus. 4 tips di atas ni memang sangat membantu. Mengikut pengalaman saya pula, saya tak boleh minum kopi sampai 3-4 cawan sehari. Confirm susu merudum.

    BalasPadam
  2. Lain orang lain cara kan.. Saya kalau minum nestum memang insyallah banyak sikit produksi. Ada kawan sehari tak minum coffee merundum susu juga..

    BalasPadam