Tips Legakan Batuk Anak Tanpa Ubat

Sejak akhir-ahkir cuaca yang tidak menentu mengakibatkan anak-anak kecil ramai yang mengalami batuk dan selsema. Kanak-kanak di bawah usia setahun tidak digalakkan untuk mengambil ubat batuk dan selsema. Oleh itu mari kita lihat beberapa tips yang mungkin boleh membantu melegakan batuk anak-anak kita ya..

Beberapa petua ini saya dah cuba sendiri dan alhamdulillah ianya berkesan. 

Tips Melegakan Batuk Anak tanpa Ubat

1. Madu asli.

Untuk kanak-kanak, 1 sudu kecil. Kalau madu tu pekat tambahkan sedikit air.Madu boleh mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari. Ibu bapa boleh memberikan madu yang lembut pada anak berusia 2 tahun ke atas. Bagi bayi kurang setahun, pemberian madu dikhuatiri boleh menimbulkan alahan, oleh itu di nasihatkan berhati- hati jika ibubapa memberi madu pada bayi kecil.

2. Kunyit hidup 

Kunyit hidup tu, di gosokkan di permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, kemudian serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi dan hidung bayi untuk melegakan hidung tersumbat.

3. Minyak Bawang Putih
Panggang bawang putih dgn kulit sampai masak atau kulitnya sudah hitam, kemudian lenyekkan pada minyak, sapu di dada anak ketika batuk selsema..
4. Garlic socks : 
Letakkan bawang putih pada stokin anak. Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau yg berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih). Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih yang telah dibuat sprt gambar di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.
 
Untuk anak yg lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus . 
5. Petua bawang merah

Potong bawang merah kepada 2 dan letakkan di tepi bantal anak, buat selama 3 hari berturut. Bawang akan meng'absorb' semua virus2 di udara. Bawang yang terdedah tadi jangan di gunakan didalam makanan kerana dikuatiri memudaratkan. 


6. Gula Melaka

Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak- kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.

7. Pucuk Ubi

Jika anak kecil anda sedang batuk, cubalah merawatnya dengan cara berikut. Ambil sedikit pucuk ubi dan sedikit kapur (kapur yang digunakan untuk makan sirih) dan ramas-ramas atau digonyoh dengan kedua-dua tapak tangan hingga keluar air.
Ambil air itu dan sapukan dileher dan dada anak anda. Insya Allah, batuknya akan berkurangan dan beransur hilang.


8. Air suam,madu dan lemon.

campurkan air suam dengan sedikit madu dan lemon dan berikan kepada anak. Berikan sebagai minuman biasa 2-3 kali sehari sehingga lega.

9. Elakkan minuman sejuk yang boleh menyebabkan bronchospasm ( salur pernafasan mengecut dan juga elakkan juga makanan berminyak.
10. Bagi bayi yang menyusu badan, ibu digalakkan bagi menambah kekerapan susu badan.Susu badan mengandungi antibodi dan air yang diperlukan oleh bayi, terutama ketika sakit.
11. Untuk bayi kecil, boleh gunakan penyedut yang ada dijual di farmasi untuk menyedut hingus dalam hidung. Jika anak- anak telah sedikit besar , galakkan mereka menggunakan tisu untuk membuang hingus dan terus dibuang. 
12. Berikan minum banyak air masak
Air suam dapat melegakan tekak yang kering. Di samping melegakan demam jika ada, air yang banyak juga boleh mencairkan kahak dan memudahkan kahak dikeluarkan. Dengan tekak yang tidak kering dan kahak cair,batuk akan cepat lega.
13. Tinggikan sedikit bantal ketika tidur malam/ siang bagi memudahkan pernafasan.
14. Kalau ada water heater di rumah, boleh membuka shower air panas dibilik mandi dan tutup pintunya agar bilik air menjadi berwap. Kemudian duduklah bersama anak puan selama 20 minit di dalam bilik air berwap itu. Wap panas tersebut akan memudahkan pernafasan anak dan melegakan batuk anak.


Selamat Mencuba ya Mommies.... saya paling suka kunyit,bawang putih dan wap. Selain tu saya mmg banyakkan pengambilan air anak dan rajin bersihkan hidung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan