Jauhi 5 Makanan Yang Tidak Sihat Untuk Kanak-kanak

picture kredit
Saya sendiri sebagai seorang ibu kadang-kadang pandai mengelat bagi anak makan makanan yang cepat dan mudah. Biasanya makanan yang cepat dan mudah ini adalah makanan yang sudah di proses terlebih dahulu.
Memberi anak-anak makan makanan seperti ini bukan kehendak seorang ibu tapi saya biasanya akan menyedapkan hati dengan mengatakan dari anak langsung tidak menjamah makanan baiklah di beri makanan walaupun processed food. Rasanya ramai ibu yang seperti sayakan... Setiap kali saya bercerita dengan ibu-ibu masalah utama adalah anak tidak berselera untuk makan ataupun memilih makanan tertentu sahaja untuk dimakan.

Apapun mari kita lihat 5 jenis makanan yang patut di hindari dan dijauhi oleh kanak-kanak :

1. Bijiran Sarapan Pagi

Iklan di TV mencanangkan kebaikan bijirin sarapan pagi yang penuh dengan khasiat dan mineral untuk memberi tenaga sepanjang hari kepada kanak-kanak. Hakikatnya, bijiran sarapan pagi yang menarik minat kanak-kanak adalah bijirin sarapan yang berwarna warni bungkusan nya dan semestinya mengandungi kandungan gula yang lebih dari yang sepatutnya untuk kanak-kanak.

2. Kentang Goreng


Kentang goreng tidak kita yang di beli dari kedai makanan segera atau yang di beli dari peti sejuk beku pasaraya tidak memberi sebarang khasiat kepada anak anda. Malah mengandungi lemak dan garam yang tinggi kerana ianya perlu di deep fried dan di siram garam untuk menambahkan rasa.

3. Daging proses


Daging proses seperti sosej dan nuget memang menjadi kebiasaan mengisi peti ais ibu-ibu yang mempunyai anak yang sedang membesar. Cepat dan amat mudah di sediakan hanya perlu keluarkan dari freezer dan goreng. Masalah sebenar daging proses adalah ianya bertindak sebagai span menyerap minyak gorengan selain daripada bahan kimia yang di gunakan.


4. Pizza

Pizza memang sejenis hidangan yang lazat dan paling mudah hanya perlu order secara online atau panggilan telefon ianya sampai di depan pagar. Pizza mengandungi kalori dan lemak tinggi selain dari daging proses yang di gunakan dalam isi pizza tersebut.

5. Makan Ringan/Snek


Sukar untuk kita mencari kanak-kanak yang tidak menggemari snek/makanan ringan. Ini kerana bentuk nya menarik,rasanya yang sedap dan amat mudah dan senang di makan. Snek/makanan ringan ini diperbuat daripada tepung yang telah di tambah dengan perisa sintetik,pewarna tiruan,bahan pengawet serta mengandungi kandungan minyak dan garam.gula yang tinggi.

Bagaimana mengelakkan anak dari mengambil makanan sebegini?


1. Cari alternatif makanan yang organik/natural



2. buat sendiri snek di rumah



3. Jangan biasakan anak dengan membelikan makanan tidak sihat



Jom kita sama-sama menjaga pemakanan sihat anak-anak kita !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan