Tips Untuk Atasi Muntah Dan Loya Semasa Hamil

Alhamdulillah dua tiga bulan ni, banyak terima berita baik kawan-kawan yang berjaya hamil. Ada yang hamil tanpa di rancang, ada yang memang di nanti-nanti, apa pun semua kehamilan membawa berita gembira di hati ibu-ibu kan..



Kegembiran semasa hamil ada sedikit tergugat dengan kemunculan mabuk hamil atau morning sickness. Morning sickness boleh berlaku pada bila-bila masa seawal minggu ke 6 kehamilan dan biasanya berakhir pada lewat minggu ke 16. Ada juga ibu yang mengalaminya sepanjang trimester kedua kehamilan. 

Punca utama berlakunya morning sickness ni adalah disebabkan oleh kehadiran hormone dalam kuantiti banyak di awal kehamilan terutamanya hormon hCG. Mau atau tidak morning sickness terpaksa di hadapi oleh bakal-bakal ibu.

Saya kongsikan sedikit beberapa tips untuk mengatasi muntah dan loya semasa hamil.

1. Makan biskut/cracker sebaik bangun dari katil untuk membantu menyerap asid perut dan membantu menjaga tahap gula dalam darah supaya tidak terlalu rendah




2. Cuba makan snek setiap 2 jam atau sepanjang hari untuk memastikan perut tidak kosong. Perut yang kosong boleh mencetuskan asid yang menyebabkan rasa loya dan muntah.

3. Makan makanan yang boleh mencegah muntah seperti avocado,protein,keju,susu,yogurt dan asam-asam bagi mengurangkan rasa loya.Untuk ibu yang sedang mengandung, Shaklee produk yang boleh di amal adalah ESP dan Mealshake untuk mencegah muntah.



4 Elakkan makanan yang boleh mencetuskan muntah seperti makanan berminyak,kafein dan makanan yang manis-manis

5. Minum air yang secukupnya bagi menggantikan bendalir yang hilang dan bagi mengelakkan sembelit. Bagi mengurangkan loya boleh tambahkan sepotong lemon dalam air minuman anda.



6.Elakkan makan dalam jumlah banyak dan begitu juga dengan air

7. Jauhkan diri dari bau-bauan yang kurang menyenangkan dan juga dari tempat yang hangat dan penuh sesak. 

8. Ambil vitamin pranatal selepas makan atau sebelum masuk tidur. untuk set pranatal Shaklee amal Vitalea (iron supplement) , Vitamin C dan B Complex.

9. Legakan perut dengan makanan yang berhalia seperti sup dan masak halia. Shaklee menyediakan satu supplement halia yang senang di ambil dengan peppermint iaitu Peppermint Ginger Plus


10. Jumpala doktor anda sekiranya keloyaan anda teruk dan menyebabkan anda tidak bermaya.


Selamat Menikmati Saat Indah Kehamilan Anda !!
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan