Dalam facebook sekarang, trends update status kalau sakit apa-apa pun, termasuk la saya sendiri pun buat jugak.
Dari pemerhatian saya, antara sakit yang paling selalu di update adalah MIGRAINE dan rata-rata yang update tu wanita. Tapi rasanya orang lelaki pun migraine jugak kan ? Menurut statisktik kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka.
Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun begitu, peluang untuk seseorang mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika ahli keluarga terdekatnya juga mengidap migrain.
Macam mana nak beza migrain dengan sakit kepala biasa-biasa ni?
1. biasanya terjadi pada sebelah kepala sahaja dan biasanya digambarkan sebagai ‘berdenyut’.
2. merasa loya dan kadang-kadang muntah.
3. tidak tahan dengan cahaya yang terang atau bunyi yang kuat
4. Pergerakan kepala juga mungkin menyebabkan kesakitan bertambah.
So, selain mengambil panadol,paracetamol dan lain-lain bentuk ubat penahan sakit ada beberapa cara yang boleh di cuba untuk melegakan sakit kepala migrain ni. Cara tanpa ubat ini boleh di lakukan terus di rumah/ ofis sebab cukup simple dan mudah.