Ekzema Bayi: Punca Dan Tips kawalan

Sejak saya ada anak, dan anak ada potensi ekzema, di sana-sini saya terdengar cerita tentang anak-anak kecil yang mempunyai masalah ekzema yang teruk. Mempunyai anak yang bermasalah ekzema memang merisaukan lebih-lebih lagi kalau bayi yang berusia di bawah 6 bulan. Ramai yang memilih untuk mengambil ubat berasaskan steroid bagi melegakan kulit yang gatal. Sebenarnya terdapat beberapa alternatif bagi merawat ekzema tanpa streoid yang boleh di cuba. Tapi sebelum tu kita lihat dulu apa itu ekzema.
Apakah eczema?
Eczema adalah keadaan kulit yang kering serta mengalami kegatalan secara kronik. Eczema biasanya bermula dalam masa lima tahun pertama dalam kehidupan seorang bayi, paling kerap dalam masa enam bulan pertama. Ia biasanya berlangsung sehingga ke zaman kanak-kanak dan remaja. Dalam sesetengah kes ia boleh berlarutan sehingga ke dewasa.
baby eczema
Bayi yang mengalami eczema selalunya mempunyai kulit yang kering dan kemerahan terutamanya di bahagian pipi dan celah pelipat lengan dan kaki. Kulit yang mengalami ekzema tidak mampu untuk menghasilkan lembapan secara sendiri dan mengakibatkan kulit menjadi kering. Apabila kulit kering, bayi akan merasa kegatalan pada kulit dan mula menggaru di bahagian kulit tersebut. Apabila kerap digaru, kulitnya boleh terluka dan menjadi pedih serta akan dijangkiti kuman. Ini akan memburukkan lagi keadaan kulitnya yang sedia kering.
Selalunya, ia dikaitkan dengan keturunan,sekiranya salah seorang daripada ibu bapanya /keluarga menghidap masalah ekzema, kemungkinan besar bayi itu juga akan mewarisi eczema tersebut. Apapun. buat masa ini, belum ada kajian yang menjumpai faktor-faktor yang menyebabkan mengapa ada sesetengah bayi cenderung untuk menghidap eczema
Malangnya, tiada penawar untuk eczema. Mujurlah, kebanyakan eczema pada kanak-kanak menjadi kurang serius dengan berlalunya masa. Berita baik ialah ekzema boleh dikawal.
Dalam kebanyakan kes eczema, kulit akan menjadi bertambah baik dengan menggunakan teknik-teknik penjagaan kulit yang lembut dan ubat-ubatan topikal yang diberi atas nasihat doktor. Merawat eczema memerlukan rawatan pada kulit yang mengalami kekeringan dan keradangan, yang kebanyakannya rawatan secara luaran. Satu rutin mandi yang baik adalah perlu untuk merawat kekeringan kulit. 
Ada beberapa ibu-ibu  salah faham tentang susu ibu yang menjadi pencetus (“trigger”) kepada eczema berikut. Kebanyakan eczema pada bayi tiada kaitan dengan pemakanan, sama ada susu ibu atau susu formula. Ramai bayi yang mengalami eczema dilabel secara tidak betul sebagai “alah susu”. Jadi, jangan berhenti menyusu badan atau memberi susu formula tanpa berbincang dengan doktor anak anda. .
Rutin mandi yang dan penjagaan yang di maksudkan adalah menggunakan sabun mandi serta shampoo dan losyen yang khusus untuk eczema, iaitu yang tiada bahan pengawet, pewangi tiruan atau pewarna tiruan memberi kesan yang positif. Pastikan air mandian suam sahaja dan tidak terlalu panas. Losyen perlu disapu tiap-tiap kali selepas mandi supaya kulitnya sentiasa lembap. Bedak perlu dielakkan sama sekali kerana bedak akan mengeringkan kulitnya. Memang berkesan dan kulit anak saya tiada lagi kekeringan dan kemerahan serta tiada lagi menggaru. Buat masa ini set mandian bayi Tropika VCO adalah yang terbaik bagi saya  dan beberapa orang sahabat saya.
Ada juga di kalangan ibu-ibu yang menyapukan sedikit susu ibu ke atas kulit anak mereka sebagai rawatan untuk eczema dan dilaporkan berkesan. Mungkin anda berminat untuk mencubanya.
Ada beberapa faktor lain yang mungkin menjadi pencetus kepada kegatalan pada anak yang ada eczema:
  1. peluh
  2. habuk
  3. kain fabrik seperti wool
  4. sabun pakaian (seeloknya guna yang khusus untuk bayi dan kanak-kanak)
  5. alahan kepada makanan
Mungkin ada lain yang tidak disenaraikan tetapi yang disenaraikan di atas adalah pencetus yang biasa (“common”) serta perlu dielakkan.
Artikel oleh Dr. Sears yang menggunakan “minyak omega 3″ (omega 3 oil) untuk merawat eczema sebagai rawatan secara dalaman di mana ibu yang menyusu digalakkan untuk menambahkan kandungan “minyak omega 3″ dalam susunya dengan memakan ikan salmon beberapa kali seminggu atau ambil kapsul minyak omega 3.
Filet ikan salmon

Melalui cara ini dikatakan ia dapat membantu kulit anak anda menghasilkan lembapan secara sendiri.  Minyak omega 3 juga baik untuk tumbesaran otak anak. Jadi, ada juga baiknya untuk mengambil minyak omega 3 secara kerap sebagai supplemen. 
Selain Omega 3 , makanan/supplement  antioksidan seperti Vitamin C dan Vitamin E juga bagus sebagai pelindung dan penjagaan kulit. Vitamin E boleh di gunakan sebagai masker/ sapuan di kulit agar luka lebih cepat sembuh. Selain itu, bagi anak-anak yang lebih setahun, pengambilan air yang cukup dapat memastikan anak tidak terhidrasi dan menjadikan kulit kurang air.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan