Cara Hilangkan Kejang Kaki Semasa Tidur

Sepanjang mengandung anak yang pertama, jarang tidur malam saya lena sebab mesti terjaga sebab kejang kaki di tengah malam. Sebelum mengandung pernah juga rasa tapi tidak la selalu seperti semasa mengandung. Waktu tu, bila pergi klinik memang tanya cuma jawapan yang di berikan itu perkara biasa semasa mengandung.

Sebenarnya masalah kejang betis d waktu malam semasa mengandung ni boleh di elakkan. Tidak perlu kita menahan sakit sementara kejang tu hilang dan menyebabkan tidur lena terganggu kan.


Kejang betis semasa tidur ni di akibatkan beberapa perkara seperti dehidrasi, kekurangan unsur mineral seperti kalsium,sodium,magenesium dan potassium, kurangnya pengaliran darah akibat kedudukan kaki semasa tidur tidak sesuai.

Untuk ibu mengandung pulak, biasanya akan di rasai pada trimester ke dua apabila rahim makin membesar dan berat bertambah memberi tekanan kepada kaki.  Pertambahan berat menyebabkan kaki letih dan mudah untuk menjadi kejang.  Selain itu,tekanan rahim yang semakin membesar kepada saluran darah juga boleh membawa kepada kejang kaki semasa tidur..

Cara hilangkan kejang kaki semasa tidur untuk wanita hamil

1. Pastikan pengambilan air yang cukup sepanjang hari bagi mengelak dehidrasi
2. Rendamkan kaki dengan air suam sebelum tidur/ meletakkan tuala panas bagi merehatkan otot.
3. Kurang berdiri pada siang hari dan kurangkan menyilang kaki.
4. Lakukan stretching ringan sebelum tidur
5. Ambil makanan yang kaya dengan sumber kalsium, pottasium, magnesium dan sodium. Diantara nya susu,keju,pisang,avocado dan boleh menambahkan suplemen sebagai tambahan kepada makanan harian . Saya mengamalkan pengambilan Ostematrix (kalsium dan magnesium) dan Perfomance Drink (potassim dan sodium).


Semoga ibu-ibu dapat tidur lebih lena lepas ni ya!!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan