Petua Hilangkan Migrain

Dalam facebook sekarang, trends update status kalau sakit apa-apa pun, termasuk la saya sendiri pun buat jugak. 
Dari pemerhatian saya, antara sakit  yang paling selalu di update adalah MIGRAINE dan rata-rata yang update tu wanita. Tapi rasanya orang lelaki pun migraine jugak kan ? Menurut statisktik kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka.
Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun begitu, peluang untuk seseorang mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika ahli keluarga terdekatnya juga mengidap migrain.

Macam mana nak beza migrain dengan sakit kepala biasa-biasa ni? 
1. biasanya terjadi pada sebelah kepala sahaja dan biasanya digambarkan sebagai ‘berdenyut’. 
2. merasa loya dan kadang-kadang muntah. 
3. tidak tahan dengan cahaya yang terang atau bunyi yang kuat
4. Pergerakan kepala juga mungkin menyebabkan kesakitan bertambah.
So, selain mengambil panadol,paracetamol dan lain-lain bentuk ubat penahan sakit ada beberapa cara yang boleh di cuba untuk melegakan sakit kepala migrain ni. Cara tanpa ubat ini boleh di lakukan terus di rumah/ ofis sebab cukup simple dan mudah. 

1. Merendam Tangan dalam Air Sejuk
Rendamkan kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk selagi anda boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. Anda juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di dalam air.
2. Berada Di Dalam Bilik gelap dan sunyi
Berehat di dalam keadaan bergelap di dalam bilik dan senyap semasa serangan migrain. Cahaya dan bunyi tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala.

3. Mengambil Sedikit Kafein
Yang ni pelik tapi benar. Kita tau pengambilan jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat dna pencetus migrain tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit. Boleh la cuba ambil sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasa sendiri kesannya.
4. Yang ni kena buat di rumah. Home remedy for migraine. Carikan bahan-bahan berikut :
~ kacang hijau
~ lada hitam
~ garam kasar
Ketiga-tiga bahan tersebut diisi atas kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat. Ini kena buat sambil berselawat dan yakin akan hilang sakit kepala migrain tu.
 5. Dengan mengamalkan pengambilan supplement di samping menambahkan makanan yang kaya dengan sumber  Riboflavin, B-6, vitamin D dan magnesium, insyallah sakit kepala migrain dapat di hilangkan dan dikurangkan kekerapannya.



Riboflavin (B-2) dan B-6 terdapat  di dalam Bcomplex Shaklee dan Ostematrix Shaklee juga lengkap dengan magnesium dan vitamin D. 



1 ulasan: