Ibu Mengandung Ada Kencing Manis Pergi Hospital Naik Kereta , Balik Naik Van Jenazah

Pernah dengar cerita macam ni? Atau kenal orang macam ni?

Saya pernah dan kenal seorang hamba allah semoga rohnya di cucuri rahmat.

Pada masa sekarang, ibu mengandung ada kencing manis ni bukan lagi perkara luar biasa. Kalau dulu saringan diabetes semasa mengandung, MGTT (minum air gula),di buat pada mimggu ke 28 mengandung atau minggu ke 12 sekiranya ada sejarah kencing manis dalam keluarga dan ibu mengandung yang umur lebih 35tahun.

Tapi kalau tak silap saya bermula tahun 2011/2012 gtu syarat tu telah di ubah.Semua ibu yang berusia 25 tahun ke atas kena minum air gula seawal 12 mggu tu jugak. Kenapa di awalkan? sebab semakin lama semakin muda umur ibu mengandung ada kencing manis. 

Apa yang saya nak cerita di sini bukan pasal MGTT tu tapi berkenaan dengan selepas keputusan keluar. Kalau keputusan cemerlang alhamdulillah anda cuma perlu datang sebulan sekali untuk check-up. Tapi kalau gagal dengan flying colours , hasilnya berulang la ke klinik sebulan sekali untuk check up 4 kali sehari  yang di panggil sebagai BSP.


Amalan biasa ibu-ibu yang buat BSP ni, bermula dari malam sebelum cek tu,diorg akan control makan gila2,jaga betul-betul tak makan minum makanan manis. Dan sepanjang hari tu pun sama juga. Hasilnya keputusan BSP diorg ni normal cantik dan menarik so tidak la d declare sebagai ibu mengandung ada kencing manis. 


Ada masalah ke kat situ??? Masalah yang amat besar di situ wahai ibu-ibu sekalian. Sebabnya pada hari biasa ibu mengandung akan makan seperti biasa,minum manis, makan kek coklat moist meleleh, aiskrim lagi, nasi tak pernah miss pulak tu. So kandungan gula pada hari biasa itu,hari ibu ini menjalani kehidupan normal adalah tidak di ketahui. Ada kemungkinan kandungan gulanya adalah mencanak-canak tinggi.


Di antara masalah yang mungkin akan di hadapai sekiranya di biarkan masalah ibu mengandung ada kencing manis ni adalah : 


1.makrosomia (didefinisikan sebagai bayi yang lahir dengan berat 4.0kg atau lebih).Bayi berkemungkinan akan menghadapi kecederaan di bahu semasa kelahiran dan meningkatkan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean.  
2.Bayi anda mungkin mempunyai paras glukosa darah yang sangat rendah (hipoglisemia) 
3.Bayi juga mudah terdedah kepada Jaundis yang berpanjangan.
4.Bayi anda juga berisiko untuk menjadi obes dan menghidap diabetes jenis 2 apabila dewasa kelak.
5.Ibu berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, diabetik ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit. 
6.Mudah terdedah kepada kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar.
7.Ibu berisiko tinggi mendapat praeklampsia dan tumpah darah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan