Rahim Jatuh sebab Set Pantang Shaklee ??

Bismillahirahmanirahim...

Baru-baru ni saya terbaca satu iklan produk Jamu selepas bersalin di Facebook. Sentap juga hati baca iklan tu sebab antara intipati iklan tu dia dapat customer bleeding tak berhenti yang cuma ambil set pantang shaklee je. So lepas ambil jamu dan berurut customer dah ok. Memang la dia sebut nama shaklee cuma tulis vitamin set pantang S je tapi kita pun faham la kan...


Set Pantang Shaklee ni adalah kumpulan vitamin-vitamin yang di gabungkan supaya dapat memberikan manfaat kepada ibu yang sedang berpantang. Pengambilan set pantang shaklee ni tidak meletakkan syarat bahawa tidak boleh mengamalkan amalan berpantang  tradisional seperti berurut,makan jamu dan berbengkung.  Malah kalau dapat di amalkan bersama insyallah ibu akan dapat hasil yang lebih baik.


Statement si penjual jamu tu memang tak boleh di terima kerana tidak berdasarkan fakta sebenarnya . Rahim jatuh bukan sebab tidak makan jamu tapi boleh di sebabkan oleh pengabaian kepada penjagaan diri semasa bersalin. Secara umumnya, wanita yang melahirkan anak berdepan dengan risiko peranakan rendah atau rahim turun. Ini kerana otot pelvis atau tulang kajang akan merenggang akibat peneranan yang kuat semasa proses melahirkan. Dengan mengabaikan penjagaan basic seperti terutama amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung atau berbarut boleh mengakibatkan pelbagai masalah di masa akan datang.

"Selain itu,ada juga wanita yang memendekkan masa berpantang bersama suami kerana nifas sudah kering. Walaupun persetubuhan dilakukan secara lembut, aktiviti tersebut akan mengganggu urat saraf peranakan yang menegang apabila mencapai inzal. Ketegangan urat saraf akan menyebabkan bentan urat, manakala gerakan kucupan mulut rahim akan membuka kesan luka bersalin yang masih dalam proses penyembuhan. Keluaran darah nifas yang lebat atau tumpah darah sering berlaku, sama ada dalam kalangan ibu bersalin normal atau secara pembedahan. Luka-luka jahitan di bahagian lapisan perut serta rahim akan mulai membengkak dan adakalanya jahitan terbertas dan mengakibatkan pendarahan"
Sumber : Kak Engku Bidan Bersalin 

Kesimpulannya , mengambil supplement seperti dalam Set Pantang Shaklee semasa dalam pantang sebenarnya dapat memberi manfaat kepada si ibu lebih dari sekadar mengambil Jamu dan penjagaan diri. Amalan berpantang di setiap daerah dan negeri adalah berbeza-beza. Ada sesetengah amalan,ibu hanya di benarkan mengambil nasi dan ikan kering sepanjang berpantang. Ada pulak yang tidak boleh mengambil daging dan ayam. Bukan menafikan kebaikan amalan tradisi tapi ada yang kita lihat dalam menu tersebut adalah kekurangan sumber vitamin dan mineral tertentu. Untuk memastikan tubuh ibu sihat dan mampu menjaga bayi serta menghasilkan susu ibu untuk bayi, kesemua vitamin dan mineral seharin perlu di jaga. Maka dengan penambahan set pantang shaklee ini dapat memenuhi keperluan itu. Ibu lebih bertenaga,cepat sihat dan luka yang lebih cepat pulih. secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko meroyan,kurang darah dan kurang bekalan susu ibu.




Order sekarang secara Online


atau hubungi saya jangan segan jangan malu



Lagi testimoni Set Pantang di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan