Selamatkan Buah Pinggang Anda

Terbaca satu site dengan tajuk NANTI BUAH PINGGANG SAYA ROSAK dan saya amat tertarik dengan info yang di berikan dalam tu.

Sebagai si penjual vitamin, saya selalu mendapat soalan dari pelanggan, adakah dengan mengambil supplement ni ubat hospital tak payah ambil dah?

Dan jawapan yang selalu saya berikan, vitamin/ supplement ini hanya makan tambahan yang membantu anda mengawal tapi bukan untuk tujuan merawat. Ubat yang di bekalkan oleh Doktor anda WAJIB di ambil seperti biasa selagi tidak diberhentikan oleh doktor yang merawat. 

Biasanya, kami si penjual vitamin akan tolong anda susun jadual makan vitamin anda mengikut keperluan anda dan ubat lain yang anda ambil. Pastikan anda mintak jadual/aturan makan dari si penjual vitamin Shaklee anda ye.

Sedikit info yang saya petik dari web The Malaysian Medical Gazzet 

Pesakit kronik/ penyakit tidak berjangkit ( NCD)

Penyakit ini lazimnya terdiri daripada 3 penyakit utama yang mempunyai kadar peratusan yang tinggi di negara ini iaitu : 
  1. Darah tinggi (43.5 %- umur lebih 30)
  2. Kencing manis (21%)
  3. Berat badan berlebihan dan obesiti (44%)
Sebenarnya apa yang membahayakan pesakit adalah pembunuh dalam diam iaitu kesan jangka masa panjang penyakit yg tidak terkawal. Ia merupakan risiko kepada penyakit seperti strok, penyakit jantung dan buah pinggang.

Penyakit tidak berjangkit dan komplikasi
Apabila badan berhadapan dgn penyakit kronik, pembuluh darah akan menebal dan saluran darah akan cenderung untuk tersumbat. Apabila ia tersumbat,  ia akan menghalang peredaran darah ke anggota-anggota penting badan seperti otak, jantung, buah pinggang dan saraf-saraf.

Oleh disebabkan perkara di atas, doktor akan memberikan ubat kepada pesakit untuk mengembalikan fisiologi pesakit kepada paras normal. Dengan ini risiko komplikasi seperti strok, serangan jantung dan kerosakan buah pinggang akan berkurangan.







Makan ubat sahaja, boleh elakkan komplikasi?
Sebenarnya, gaya hidup sihat merupakan faktor yg paling penting. Amalan pemakanan yg sihat adalah sangat kritikal bagi menjamin kesihatan seorang pesakit.

Pemakanan untuk pesakit darah tinggi seharusnya kurang masin. Garam yg disyorkan adalah bersamaan 1 1/4 sudu kecil sehari sahaja. Elakkan makanan sampingan seperti jeruk, kicap, sos tomato dan cili.

Manakala bagi pesakit kencing manis adalah kadar gula yang kurang. Bukan tidak langsung makan nasi misalnya. Makan dalam kuantiti yg kecil dan kerap. Pastikan ada sarapan pagi (8am), minum pagi (10am), makan tengahari (1pm), minum petang (4pm) mkn malam (7 mlm), dan sebelum tidur (10mlm).
Separuh pinggan sayuran, satu suku lauk dan suku lagi nasi. Elakkan minuman manis seperti kopi pracampur dan banyakkn minum air kosong. 

Bagi pesakit yang mempunyai kolesterol tinggi pula, elakkan makanan yang digoreng dan berminyak. Lebihkan sup, dan makanan bakar atau stim.
Senaman pula digalakkan selang sehari selama 30min. Contoh aktiviti adalah seperti berjalan laju, berbasikal, badminton dan basuh baju yang banyak.

Jadi, bagaimana hendak memastikan buah pinggang selamat?
Senang sahaja. Ambil ubat yg diperskripsikan, ikut nasihat para profesional, ambil darah bila perlu, ikuti gaya hidup sihat dan jangan lupa datang temu janji.


nak tau supplement yang sesuai bagi penjagaan kesihatan anda? Hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA sekarang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan