Apakah cara untuk merawat Fibroid dan mengelakkan terjadinya Fibroid?
FIBROID adalah sejenis tumbuhan daging yang berasal dari otot rahim (myometrium) dan ia merupakan tumbuhan yang PALING SERING MELANDA WANITA dan ia BUKAN KANSER. Bila meningkat umur empat puluhan , 30% wanita ada tumbuhan fibroid dan ramai wanita tidak menyedari bahawa mereka membawa fibroid dalam rahim kerana ia tidak menimbulkan sebarang simptom ataupun gejala.
Apakah Ketumbuhan Fibroid?
Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot.
Mengapa Tumbuh Fibroid?
Ramai orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak. Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25 peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau menggangu kesihatan.
Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang TIDAK BERKAHWIN atau LAMBAT KAHWIN dan juga yang berkahwin tetapi SUKAR MENGANDUNG dan beranak.Fibroid juga sering di jumpai di kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.
Mana yang timbul dahulu, fibroid ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid. Walaupun demikian, wanita yang pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid. Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau ke umur tiga puluhan atau empat puluhan dan setelah anak mereka besar walaupun mereka telah melahirkan mungkin empat atau lima orang anak selepas itu, mereka mendapati sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan apabila diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.
Fibroid Akibat Ketidakseimbangan Hormon
Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.
Di Shaklee, kami mencadangkan untuk mereka-meraka yg menghidapi fibroid utk mengambil GLA COMPLEX sebagai produk utama dan vitamin ACE sebagai sokongan iaitu CAROTOMAX(VIT A), VITAMIN C DAN VITAMIN E.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan