Anda Tidak Perlukan Supplement Jika.....


Dengan lambakan supplemen dan makanan tambahan pada masa sekarang ni, kita mula ragu-ragu adakah pengambilan supplemen itu perlu seperti yang di war-warkan atau agenda semata untuk mendapat keuntungan. Tidak di nafikan cara terbaik untuk mendapat sumber vitamin dan mineral dalam kehidupan seharian kita adalah dari pemakanan kita. Penjagaan diet yang betul dan terancang memastikan anda tidak memerlukan makanan tambahan dalam diet harian anda.

Di sini saya kongsikan sedikit maklumat berkenaan piramid makanan kita dan apa yang di bekalkan oleh setiap tingkat piramid tersebut.


Piramid Makanan
Sumber : http://www.eufic.org/article/en/expid/food-based-dietary-guidelines-in-europe/
Karbohidrat yang berkualiti 

Membekalkan : Vitamin B,iron dan magnesium

Pada masa sekarang, ramai yang mula mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam menu seharian mereka kerana di katakan karb ini boleh menggemukkan atau membahayakan kesihatan. Pendedahan yang terkini menunjukkan kita perlu mengambil karbohidrat secara sederhana bukan mengurangkan secara mendadak pengambilan. Dan perlu mengambil perhatian karb yang di ambil mestila karb yang mengandungi jumlah vitamin atau mineral yang padat 

FN : Bagi yang ingin menguruskan badan dengan mengurangkan karb lebih baik sekiranya mengambil supplemen tambahan Bcomplex dan Vitalea yang mengandungi iron.

Buah-buahan dan Sayuran

Membekalkan : Vitamin C,asid folik,Vitamin A,E dan K. serta anti oksidan

Idealnya, separuh dari hidangan kita perlulah terdiri dari buah-buah dan sayur-sayuran dimana portion sayuran melebihi buah. Kita perlu memasukkan pelbagai jenis buah dan sayuran kerana setiap jenis membekalkan kuantiti Vitamin yang berbeza. Begitu juga dengan buah-buahan, setiap warna buah menunjukkan perbezaan nutrien yang terdapat di dalam buah tersebut.

FN: Bagi kurang minat buah-buahan dan sayuran anda boleh menambah suplement Sustained Release Vitamin C,Caratomax,Vitamin E dan Bcomplex.

Produk Tenusu

Membekalkan : Kalsium,Iodine dan Riboflavin

Tidak ramai yang menghiraukan kepentingan produk tenusu dalam diet harian. Namun tidak dapat dinafikan produk tenusu merupakan sumber utama kalsium dan iodin. Dua bahagian produk tenusu setiap hari dapat membekalkan jumlah yang memadai untuk diet harian kita. Bagi yang mempunya alergi kepada produk tenusu (biasa nya susu lembu) ada alternatfi lain yang dapat memenuhui keperluan kalsium tetapi akan kurang dari segi bekalan iodin.

FN: Ostematrix Shaklee bukan sekadar Kalsium tapi juga dilengkapi dengan magnesium,Vitamin D,Manganese dan Boron

Lean Protein 

Membekalkan : iron,zinc,thiamin,niacin dan iodine

Sumber protein seperti ayam,daging merah dan makanan laut perlu dihidangkan sama banyak dengan karbohidrat anda iaitu suku dari hidangan anda.Pemilihan kepelbagaian sumber protein memastikan anda mendapat sumber vitamin yang pelbagai.

Minyak,kekacang dan Lemak 

Membekalkan : vitamin D.omega-3,iron,zinc,selenium,kalsium dan vitamin e.

Jumlah yang di syorkan adalah penggunaan secara sederhana.Pengambilan kekacang,bijirin dan minyak sayuran dapat memenuhi keperluan vitamin larut lemak D dan E. Ia juga mengandungi pelbagai mineral termasuk zinc dan kalsium.

Sumber : 
The Pocket Guide To Vitamins By Angela Dowden


Bagaimana? Adakah hidangan anda setiap hari sama seperti gambaran di bawah??

Sumber : http://eatdrinkbetter.com/2011/06/03/usda-food-pyramid/




Kalau jawapan anda adalah TIDAK, hubungi saya untuk saya bantu anda memilih supplemen yang terbaik untuk anda. Dan Khidmat Nasihat ada PERCUMA...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan