Petua Hilangkan Migrain

Dalam facebook sekarang, trends update status kalau sakit apa-apa pun, termasuk la saya sendiri pun buat jugak. 
Dari pemerhatian saya, antara sakit  yang paling selalu di update adalah MIGRAINE dan rata-rata yang update tu wanita. Tapi rasanya orang lelaki pun migraine jugak kan ? Menurut statisktik kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka.
Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun begitu, peluang untuk seseorang mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika ahli keluarga terdekatnya juga mengidap migrain.

Macam mana nak beza migrain dengan sakit kepala biasa-biasa ni? 
1. biasanya terjadi pada sebelah kepala sahaja dan biasanya digambarkan sebagai ‘berdenyut’. 
2. merasa loya dan kadang-kadang muntah. 
3. tidak tahan dengan cahaya yang terang atau bunyi yang kuat
4. Pergerakan kepala juga mungkin menyebabkan kesakitan bertambah.
So, selain mengambil panadol,paracetamol dan lain-lain bentuk ubat penahan sakit ada beberapa cara yang boleh di cuba untuk melegakan sakit kepala migrain ni. Cara tanpa ubat ini boleh di lakukan terus di rumah/ ofis sebab cukup simple dan mudah. 

Cara Menurunkan Tekanan Darah dengan Cepat

Sebagai penghidap tekanan darah tinggi,sebelum ini saya memang selalu menghadapi masalah tekanan darah tinggi naik secara tiba-tiba walaupun makan ubat seperti biasa. Macam-macam cara saya cuba untuk menurunkan tekanan darah dengan cepat sebab takut jadi strok.

Di antara petua yang pernah saya cuba untuk menurunkan tekanan darah dengan cepat adalah dengan berehat sambil berbaring tanpa bantal selama 10-15 minit. Menenangkan diri adalah cara paling asas bagi menurunkan tekanan darah dengan cepat.



Selain itu, saya juga selalu mengamalkan meminum air rendaman bawah putih. Caranya mudah sahaja iaitu dengan ketuk dua ulas bawang putih dan rendamkan dalam air panas. Selepas lebih kurang 5 minit baru di minum air rendaman tersebut. Rasanya agak pedas sedikit so selain itu kadang-kadang saya lagi selesa mengambil pil Garlic Complex Shaklee sebab takde rasa pedas dan cepat


Tekanan darah tinggi boleh di kawal dengan lebih baik sekiranya pemakanan dan ubat di jaga dengan baik. Selain dari diet seharian dan ubat yang di bekalkan oleh hospital, supplemen /makanan tambahan juga bagus di amalkan. 


Diantara supplement yang sesuai di amalkan oleh penghidap masalah tekanan darah tinggi adalah  Omega Guard Shaklee. Omega Guard Shaklee mengandungi Omega-3 yang membantu menurunkan paras trigliserida, kolesterol ‘jahat’ iaitu LDL dan menaikkan paras kolesterol ‘baik’ iaitu HDL. Secara teorinya saintis berpendapat, omega-3 akan memperlahankan pemendapan kolesterol pada dinding saluran darah dan mengurangkan ‘inflamasi’ mikro di seluruh tubuh manusia. 


Nak tau makanan sedap yang boleh bantu kawal tekanan darah tinggi? boleh baca di sini 

Menyusukan Bayi Pramatang

Pengalaman menyusukan bayi pramatang adalah jauh berbeza dari menyusukan anak full term. Kalau yang kata struggle nak mula menyusukan bayi baru lahir fullterm, ganda dua kesusahan tu untuk nak mula menyusukan bayi pramatang lebih-lebih lagi yang lahir kurang dari 30minggu.

Saya bersyukur di pertemukan dengan orang sekeliling yang memberikan sokongan penuh dalam usaha saya untuk memberikan yang terbaik untuk anak. Menyusukan bayi pramatang boleh menjadi satu usaha yang mengecewakan kalau tidak ada sokongan dari orang terdekat.




Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.


Bila tengok diri sendiri bercakap rasa sebak mengingatkan bagaimana saat berkenalan dengan Shaklee.
Saya tau ramai yang agak2 anti dengan set penyusuan Shaklee ni, kata tak overclaim la ,tak perlu ambil booster la.

Satu perkara yang saya nak tekankan, konsep set penyusuan Shaklee bukan semata-mata sebagai milk booster tapi adalah untuk memberikan kesihatan optimum pada ibu. Bila ibu berada dalam keadaan sihat,fizikal dan emosi, proses penghasilan susu ibu akan jadi lebih lancar.


Kepada ibu-ibu yang mempunyai anak pramatang, anda adalah WARRIOR pada bayi anda. Lebih-lebih yang mempunyai lebih dari seorang bayi pramatang. Bagi yang masih berjuang dan memerlukan sokongan, kami ada di sini. Bersedia membantu bila-bila masa di perlukan.

Cara Hilangkan Kejang Kaki Semasa Tidur

Sepanjang mengandung anak yang pertama, jarang tidur malam saya lena sebab mesti terjaga sebab kejang kaki di tengah malam. Sebelum mengandung pernah juga rasa tapi tidak la selalu seperti semasa mengandung. Waktu tu, bila pergi klinik memang tanya cuma jawapan yang di berikan itu perkara biasa semasa mengandung.

Sebenarnya masalah kejang betis d waktu malam semasa mengandung ni boleh di elakkan. Tidak perlu kita menahan sakit sementara kejang tu hilang dan menyebabkan tidur lena terganggu kan.


Kejang betis semasa tidur ni di akibatkan beberapa perkara seperti dehidrasi, kekurangan unsur mineral seperti kalsium,sodium,magenesium dan potassium, kurangnya pengaliran darah akibat kedudukan kaki semasa tidur tidak sesuai.

Untuk ibu mengandung pulak, biasanya akan di rasai pada trimester ke dua apabila rahim makin membesar dan berat bertambah memberi tekanan kepada kaki.  Pertambahan berat menyebabkan kaki letih dan mudah untuk menjadi kejang.  Selain itu,tekanan rahim yang semakin membesar kepada saluran darah juga boleh membawa kepada kejang kaki semasa tidur..

Cara hilangkan kejang kaki semasa tidur untuk wanita hamil

1. Pastikan pengambilan air yang cukup sepanjang hari bagi mengelak dehidrasi
2. Rendamkan kaki dengan air suam sebelum tidur/ meletakkan tuala panas bagi merehatkan otot.
3. Kurang berdiri pada siang hari dan kurangkan menyilang kaki.
4. Lakukan stretching ringan sebelum tidur
5. Ambil makanan yang kaya dengan sumber kalsium, pottasium, magnesium dan sodium. Diantara nya susu,keju,pisang,avocado dan boleh menambahkan suplemen sebagai tambahan kepada makanan harian . Saya mengamalkan pengambilan Ostematrix (kalsium dan magnesium) dan Perfomance Drink (potassim dan sodium).


Semoga ibu-ibu dapat tidur lebih lena lepas ni ya!!!



Petua Hilangkan Jerawat Semasa Hamil

Alahai jerawat oohhh jerawat...

Dari bujang sampai la kawin, mengandung pun ada jerawat lagi. Saya pun pernah kena juga walaupun tidak teruk mana. Tapi ada kawan tu, kesian sungguh tengok dia. asal mengandung je muka memang teruk kena jerawat.

Kehadiran jerawat semasa hamil ni membuat kan kita susah hati sangat sebab bukan boleh sebarang letak ubat dan makan ubat.So macam mana nak mengawal jerawat semasa hamil memandangkan banyak ubat-ubat boleh memudaratkan bayi dalam kandungan. Hah ni nak bagitau apa petua hilangkan jerawat semasa hamil ni. 

Resdung Oh Resdung

Resdung kini seolah-olah satu penyakit yang amat common di malaysia. Bukan hanya di kalangan orang dewasa tapi juga di kalangan kanak-kanak.Dianggarkan hampir 25% penduduk Malaysia mengalami penyakit resdung yang serius.  



GEJALA RESDUNG (SINUSITIS)
• Hidung selalu tersumbat

• Lender dari hidung dan tekak


• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata

• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang

• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan

• Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya


Ekzema Bayi: Punca Dan Tips kawalan

Sejak saya ada anak, dan anak ada potensi ekzema, di sana-sini saya terdengar cerita tentang anak-anak kecil yang mempunyai masalah ekzema yang teruk. Mempunyai anak yang bermasalah ekzema memang merisaukan lebih-lebih lagi kalau bayi yang berusia di bawah 6 bulan. Ramai yang memilih untuk mengambil ubat berasaskan steroid bagi melegakan kulit yang gatal. Sebenarnya terdapat beberapa alternatif bagi merawat ekzema tanpa streoid yang boleh di cuba. Tapi sebelum tu kita lihat dulu apa itu ekzema.
Apakah eczema?
Eczema adalah keadaan kulit yang kering serta mengalami kegatalan secara kronik. Eczema biasanya bermula dalam masa lima tahun pertama dalam kehidupan seorang bayi, paling kerap dalam masa enam bulan pertama. Ia biasanya berlangsung sehingga ke zaman kanak-kanak dan remaja. Dalam sesetengah kes ia boleh berlarutan sehingga ke dewasa.
baby eczema
Bayi yang mengalami eczema selalunya mempunyai kulit yang kering dan kemerahan terutamanya di bahagian pipi dan celah pelipat lengan dan kaki. Kulit yang mengalami ekzema tidak mampu untuk menghasilkan lembapan secara sendiri dan mengakibatkan kulit menjadi kering. Apabila kulit kering, bayi akan merasa kegatalan pada kulit dan mula menggaru di bahagian kulit tersebut. Apabila kerap digaru, kulitnya boleh terluka dan menjadi pedih serta akan dijangkiti kuman. Ini akan memburukkan lagi keadaan kulitnya yang sedia kering.
Selalunya, ia dikaitkan dengan keturunan,sekiranya salah seorang daripada ibu bapanya /keluarga menghidap masalah ekzema, kemungkinan besar bayi itu juga akan mewarisi eczema tersebut. Apapun. buat masa ini, belum ada kajian yang menjumpai faktor-faktor yang menyebabkan mengapa ada sesetengah bayi cenderung untuk menghidap eczema
Malangnya, tiada penawar untuk eczema. Mujurlah, kebanyakan eczema pada kanak-kanak menjadi kurang serius dengan berlalunya masa. Berita baik ialah ekzema boleh dikawal.

Kami Pengedar Shaklee di Sabah : Kaki Blogger Pollux Family

Eh apa tu Pollux Family??

pengedar shaklee sabah - pollux
We Are Happy Family !!!

Pollux Family adalah salah satu daripada jaringan terbesar pengedar Shaklee di Sabah. Berada di bawah naungan Master Coordinator tersayang Master Aya Chalo. Aktiviti pembukaan Pollux Family pada bulan november ini adalah dengan mengadakan Kelas Kaki Blogger (beginner) khas untuk pengedar-pengedar Shaklee di Kota Kinabalu. Tujuan kelas di adakan adalah untuk mendedahkan pengedar di KK ini dengan penggunaan blog.

Shaklee Sabah - Pollux
Semua tgh kusyuk dengar penerangan Masterji

Suasana santai memang menjadi kebiasaan kami sambil belajar sambil berkenal-kenalan sebabnya yang hadir dari pelbagai level dalam Pollux. Dengan begini kami dapat mengeratkan sillaturahim antara sidelines, takde gaduh2 ye kita sedara gtu hehehe..

Ish macam formal berabis ni post anyway jom layan gambar.. Lepas ni pengedar Shaklee Sabah bawah Pollux lagi gempaks ...
Shaklee KK

Pengedar Shaklee KK
Ini anak buah saya yg datang TQQ

Psttt : kelas blog kami free tau untuk Pollux Family. Kelas marketing kami pun free je.. Khas untuk pengedar Shaklee Sabah POLLUX Family...


Nak Join Kami ?

Jangan Segan Jangan Malu , Cari Saya

Dye Ak
ID 892823
0194794947 (sms/whatsapp/wechat/telegram)
FB : Hidayah A Kassim

Produk Of The Month NOVEMBER : Omega Guard Shaklee



Alhamdulillah. Produk Promosi bulan ini adalah Omega Guard..
Bukan 1 TAPI 2 Promo untuk Omega Guard bulan ni.

Promo 1 : Buy 6 FREE 1




Promo 2  ; TWIN PACK 5% OFF


Apa Fungsi Omega ??
Jom layan video ni jap.. 




Omega Guard Shaklee - Ibu Hamil/Menyusu, Kanak2, Pesakit from iReach HD on Vimeo.